Payudara besar biasanya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Jika seseorang wanita memiliki payudara yang bersaiz lebih besar, biasanya, anak perempuannya juga akan mewarisi kelebihan yang sama.
Selain itu, ukuran payudara juga boleh menjadi lebih besar selepas anda bersalin. Tapi, tahukah anda yang memiliki payudara ini ada banyak kelebihannya dari segi kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan buat wanita?
Menurut kajian oleh Cosmetic Surgery Solicitors yang dilakukan dengan 871 wanita, mereka dapati bahawa 39 peratus wanita bersaiz cup C gembira dengan saiz mereka, sama juga dengan 37 peratus wanita bersaiz cup D atau DD. Malah ada wanita yang mengatakan bahawa saiz payudara mereka juga membentuk personaliti mereka secara menyeluruh!
Memang jika anda ada payudara bersaiz lebih besar, anda pasti akan berhadapan dengan masalah susah nak cari saiz bra atau baju yang bersesuaian. Malah, jika anda terjumpa saiz yang sesuai sekalipun, pastinya rekaan bukan secantik untuk mereka yang saiz lebih kecil!
7 Kelebihan Memiliki Payudara Besar
Namun begitu, tak sangka pula saiz payudara ada kelebihan sendiri! Antaranya ialah:
1. Pelampung semula jadi
Jaringan adipose yang ada di payudara berisi lemak yang boleh membuatkan wanita memiliki daya apungan yang lebih tinggi berbanding wanita dengan payudara kecil.
Sebab itu wanita ini susah nak tenggelam, bahkan anda boleh jadi perenang yang handal! Siapa sangka kan?
2. Sumber untuk rasa hangat
Malah, jaringan adipose yang berisi lemak ini juga boleh membuatkan wanita dengan payudara yang besar berasa lebih hangat ketika cuaca sejuk.
Hal ini sebab dengan buah dada yang besar, suhu tubuh akan cenderung menjadi lebih hangat. Maka anda takkan mudah kesejukan!
3. Anda lebih subur
Hormon yang menyebabkan payudara wanita menjadi besar juga akan membantu sistem reproduksi anda menjadi lebih sihat.
Dalam beberapa kebudayaan dan kepercayaan, payudara yang bersaiz lebih besar itu dianggap sebagai tanda kesuburan seorang wanita!
4. Melindungi wajah jika terjatuh
Saat anda jatuh terpelosok ke hadapan, saiz payudara lebih besar ini dikatakan yang akan jadi penyelamat muka.
Ia akan mengurangkan kesan luka di bahagian wajah sebab payudara bertindak sebagai “bantal” mencium tanah terlebih dulu.
5. Umur lebih panjang
Wanita yang memiliki tubuh chubby cenderung berumur lebih panjang berbanding wanita kurus yang sering mengalami masalah kesihatan. Malah sebenarnya lebih bahagia dalam rumah tangga!
Ini kerana wanita dengan memiliki saiz payudara yang lebih besar biasanya akan memiliki tubuh berisi. Oleh sebab itu, amat digalakkan untuk anda menjalankan gaya hidup yang lebih sihat.
6. Kelebihan ketika menyusu anak
Apabila ibu memiliki buah dada yang besar, ibu tak perlu risau tentang penghasilan susu badan. Bila susu badan susah keluar, anda boleh mengurut payudara.
Kelenjar susu badan lebih senang ditemui, jadi ini akan lebih memudahkan proses mengurut dilakukan.
7. Memudahkan suami ketika foreplay
Payudara ialah salah satu tempat sensitif dan titik rangsang bagi seorang wanita. Selain itu, jika suami bijak merangsang payudara isteri, isteri akan terima banyak kelebihan!
Payudara yang berukuran besar akan memudahkan suami meramas, menghisap malah menjadi “bantal” saat kalian beraksi di ranjang. Pastinya anda kena bersyukur dengan saiz payudara anda itu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia