Perubahan hormon serta fizikal seringkali menjadi punca utama pedih ulu hati ketika hamil. Ini menyebabkan ramai wanita hamil mengadu bahawa mereka berasa tidak selesa, selalu muntah dan sakit dada.
Semakin besar kandungan mereka, semakin teruk pedih ulu hati semasa mengandung. Bahkan ada sesetengah wanita pula terpaksa menghadap masalah ini sepanjang lebih awal iaitu seawal trimester pertama.
Sakit ulu hati ketika hamil
Manakala masalah ini pula sering berlaku di kalangan wanita hamil dalam trimester ketiga. Sebenarnya, sakit ulu hati ketika hamil ini adalah perkara normal!
Usah terlalu bimbang. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, pedih ulu hati semasa hamil ini biasanya akan hilang. Sekiranya anda menghadapi masalah ini sekarang, ini antara tips berguna yang dapat membantu anda.

Pedih ulu hati semasa hamil adalah gejala biasa yang dialami wanita semasa hamil. Perubahan hormon dan perubahan bentuk badan boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Pedih ulu hati ketika mengandung memang normal berlaku dan punca pedih ulu hati ketika mengandung ini adalah kerana asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus.
Pedih ulu hati semasa hamil adalah gejala kehamilan yang biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Anda boleh mencegah atau melegakan pedih ulu hati semasa hamil dengan membuat beberapa perubahan pada diet anda, seperti makan lebih kerap tetapi portion lebih kecil dan mengelakkan makanan pedas atau bergoreng.
Sesetengah yogurt atau susu juga boleh membantu melegakan gejala.
Punca pedih ulu hari semasa mengandung

Kesan peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikan ia lebih lembut dan mengendur. Antara simptom pedih ulu hati ketika hamil termasuklah pedih pada bahagian dada, perut tidak selesa, pedih perut ketika hamil, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut.
Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.
Punca pedih ulu hati semasa kehamilan termasuklah:
- Tahap hormon berubah: Tahap hormon anda yang berubah semasa kehamilan turut menjejaskan proses pencernaan makanan dan ini menyebabkan pedih ulu hati ketika hamil. Hormon sering melambatkan sistem pencernaan anda. Makanan bergerak lebih perlahan, menyebabkan kembung perut dan pedih ulu hati.
- Sfinkter esofagus mengendur: Progesteron, yang dikenali sebagai hormon kehamilan, boleh menyebabkan sfinkter esofagus bawah berehat. Apabila ia mengendur, asid perut boleh naik ke esofagus.
- Rahim membesar: Apabila bayi anda membesar, rahim anda semakin besar. Ia boleh menyesakkan perut anda dan menolak asid perut ke atas, ke dalam esofagus anda. Itulah sebabnya pedih ulu hati lebih kerap berlaku semasa trimester ketiga iaitu beberapa bulan terakhir kehamilan.
Cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung

Ada beberapa cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung yang boleh anda cuba. Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan.
Berikut cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung dan rawatan semulajadi yang berupaya mencegah. Jom tengok apakah ia!
#1. Elak pencetus masalah pedih ulu hati
Cuba elak terus pencetus pedih ulu hati, termasuklah:
- Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
- Makan coklat – melemahkan LES
- Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
- Makanan pedas dan berminyak
- Minuman berkafein dan berkarbonat
#2. Tukar tabiat makan dan gaya hidup
Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuklah:
- Makan sedikit, tapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
- Kunyah makanan dengan perlahan.
- Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
- Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
- Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
- Elakkan minum ketika makan.
- Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.
#3. Amalkan makanan yang boleh mengelak masalah pedih ulu hati ketika hamil
Ini antara makanan yang sesuai untuk pedih ulu hati yang ibu hamil boleh amalkan selalu:
- Dadih dan susu – Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit.
- Gula getah – Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus.
- Betik – Buah betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.
- Air kosong – Air kosong untuk memastikan badan anda kekal terhidrat kerana pedih ulu hati boleh menyebabkan anda muntah-muntah
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehidrasi, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa. Jadi anda perlu memilih makanan yang sesuai untuk pedih ulu hati dengan lebih berhati-hati ya.
#4. Ubah gaya baring dan pakai pakaian longgar
- Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring – Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Ini bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur.
- Pakaian longgar – Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.
#5. Ubat-ubatan
Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:
- Antacids – Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.
- Alginates – Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan. Antara ubat yang mengandungi alginates adalah Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus. Jadi gaviscon untuk ibu mengandung boleh mengurangkan masalah pedih ulu hati ini.
- Penekan keasidan – Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid seperti ranitidine dan omeprazole. Ranitidine tiada kesan sampingan tetapi omeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.
Ubatan cecair adalah terbaik kerana ia menyeliputi esofagus. Elakkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen dan aspirin yang boleh menyebabkan pedih ulu hati semakin teruk.
Pedih ulu hati adakah sama dengan gastrik & GERD?
Istilah pedih ulu hati biasanya disamakan dengan refluks asid. Namun ia membawa maksud yang berbeza.
Refluks asid merujuk kepada keadaan yang membolehkan asid perut bergerak dari perut anda sehingga ke esofagus. (Penyakit refluks gastroesophageal, atau GERD, adalah bentuk refluks asid yang teruk.)
Pedih ulu hati iaitu rasa sakit atau pedih di dada anda, adalah simptom refluks asid. Wanita mungkin mengalami refluks asid semasa hamil dan mengalami pedih ulu hati akibat perubahan tahap hormon dan bayi membesar.
Apakah rasa pedih ulu hati semasa hamil? Jika anda mengalami pedih ulu hati, ini antara perjara yang mungkin anda rasai:
- Rasa terbakar atau sakit di dada anda
- Rasa kembung atau kenyang
- Sendawa kerap
- Rasa sakit
Lebih separuh daripada semua wanita hamil melaporkan pedih ulu hati yang teruk, terutamanya semasa trimester ketiga. Ia lebih biasa pada orang yang pernah hamil sebelum ini dan mereka mengalami pedih ulu hati sebelum hamil.
Disebabkan itu, ada yang mengatakan pedih ulu hati tanda hamil kerana ini adalah simptom yang biasa dialami pada awal dan akhir kehamilan.
Bila patut risau
Jika pedih ulu hati tidak hilang, berjumpalah dengan doktor anda. Mereka boleh menetapkan ubat-ubatan yang selamat untuk diambil semasa mengandung.
Anda juga harus menghubungi doktor anda jima:
- Mempunyai pedih ulu hati yang menyebabkan anda terjaga pada waktu malam
- Menghadapi masalah menelan
- Memuntahkan darah
- Mempunyai tahi berwarna hitam
- Berat badan menurun
- Pedih ulu hati boleh mempunyai simptom yang serupa dengan serangan jantung. Jika anda tidak pernah mengalami pedih ulu hati sebelum ini dan anda mengalami sakit dada, dapatkan rawatan segera.
Pedih ulu hati ketika hamil hanya akan benar-benar hilang selepas melahirkan bayi. Jadi banyakkan bersabar dan bayangkan wajah bayi anda yang comel.
Semoga berjaya.
Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Semakin Membesar!
Baca juga: Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!
Baca juga: Ketahui Perbezaan Refluks GER dan GERD Pada Bayi, GERD Dikatakan Lebih Serius!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!