Seluruh Malaysia terkejut dengan berita pelawak meninggal dunia, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey di kediamannya pada Isnin yang lalu.
Pastinya ahli keluarga dan isteri tercinta antara orang yang paling merasai kehilangan ini sehingga adiknya, Ali Puteh kering airmata apabila mengenangkan kembali setiap pengorbanan dilakukan oleh arwah.
Namun, selang beberapa hari Allah menarik nyawa abangnya, Ali telah dikurniakan rezeki yang tidak dijangka.
Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah disahkan telah berbadan dua dan usia kandungannya mencecah enam minggu. Ia adalah berita yang tidak pernah disangka-sangka oleh pelawak terkenal itu.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.”
Kongsinya, hanya perkataan berkenaan yang mampu dia ungkapkan buat waktu ini. Bayangkan dia yang merasai kehilangan abang tercinta, namun Allah hadirkan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini,” ujarnya.
Jauh di dalam hati, dia dapat membayangkan sekiranya arwah Abam masih ada, pastinya dialah insan yang paling gembira dan teruja.
Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali menyatakan bahawa pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan oleh pihak perubatan seperti biasa.
“Insya-Allah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain. Cuma bezanya kali ini, isteri mungkin akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada sejarah anak mengalami jantung berlubang.”
Tambah Ali, dia menzahirkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dia dan keluarga.
foto: sinar harian
Pada 26 November lalu, Ali telah kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan injap jantung terbalik.
Anak syurga berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir ketika usianya tiga bulan selepas 17 hari menjalani rawatan di hospital.
Pelawak meninggal dunia
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Isteri Abam telah menghubungi Ali dan mengatakan bahawa keadannya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” kongsi Ali yang gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut. Dia ada memaklumkan arwah mengalami demam dan kurang sihat sejak dua hari lalu.
Isterinya telah mengajak Abam untuk mendapatkan rawatan hospital setelah dia mengadu sakit kepala. Namun, sikapnya tidak mahu menyusahkan orang lain, dia telah menolak ajakan Hidayah.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya bangun dan kejutkan Abam untuk solat subuh, namun dia tiada tindak balas daripada dia,” kongsi Hidayah sambil menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia 5 bulan.
Menurut ibu kepada Abam, Sabariah Arshad, 63, berkata pelawak meninggal dunia ini sangat terkesan kerana dirinya seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang tua.
Kongsi Sabariah, Abam sering mengingatkannya untuk ambil ubat dan jika dirinya sakit, Abam adalah orang yang akan susah hati.
Dia juga mengatakan bahawa Abam adalah seorang anak yang baik sehingga tiada sesiapa yang boleh melawan kebaikannya kerana dia sangat baik.
Tambahnya lagi, meskipun sudah berkahwin Abam telah membelikan sebuah kereta besar untuk kegunaan ibunya dari hasil wang kemenangan ketika menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.
“Apalah gunanya saya ada kereta ini sekiranya tuannya sudah pergi tinggalkan saya. Pastinya saya akan rindu dengan Abam, kami sangat rapat sebelum dan selepas namanya popular,” kata Sabariah.
Bukan itu sahaja, pemergian Abam dalam keadaan mengejut telah membuatkan dia terkesima dan sukar untuk percaya akan ketentuan takdir yang ditetapkan.
“Saya tidak percaya pada mulanya. Saya telah menggoyangkan badannya berulang kali, namun doktor sudah mengesahkan Abam sudah tiada jam 7.15 pagi,”
“Sebagai ibu, saya hanya perlu reda dan mendoakan yang baik-baik untuk arwah anak,” katanya.
Pemergian Abam telah menggemparkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana arwah sangat terkenal dengan personaliti yang memiliki keperibadian menawan.
Dalam pada itu, ribuan orang telah memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu sepanjang hayatnya.
Sumber: Astro Awani
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commengajar-anak-anda-mengenai-kematian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!