Dengan lambakan produk di pasaran, tidak mudah bagi ibu bapa untuk memilih moisturizer untuk kulit kering untuk bayi yang bukan sahaja lembut untuk si manja, malah selamat untuk mereka. Tambahan lagi, disebabkan kulit bayi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan sempurna, jadi tidak banyak produk yang betul-betul memahami kehendak si manja.
Ramai ibu bapa baru membuat kesilapan dengan menganggap bahawa kulit bayi mereka cukup terhidrat kerana sangat lembut. Tetapi hakikatnya, tanpa penjagaan kulit yang betul serta tanpa penggunaan moisturizer untuk kulit kering, bayi mudah mengalami pelbagai masalah kulit, seperti kulit sensitif dan kering.
Tidak seperti kulit orang dewasa, kulit bayi kehilangan kelembapan lebih cepat kerana epidermis (lapisan atas) tidak tebal seperti dermis (lapisan di bawah). Kulit bayi juga lebih nipis, yang menjadikannya lebih sensitif dan sering bertindak balas terhadap tekanan persekitaran.
Isi Kandungan
Memilih Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Si Comel
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membeli pelembap bayi:
- Cari produk yang menyenaraikan “air" dalam senarai ramuan. Produk ini cenderung tidak memerlukan pengawet, penstabil kimia atau pengisi.
- Butter dan minyak sangat melembapkan jadi cari bahan seperti shea butter atau minyak kelapa untuk melegakan kulit gatal.
- Tidak terlalu banyak ramuan Sekiranya terdapat banyak senarai ramuan, mungkin yang terbaik adalah menjauhkan diri kecuali anda benar-benar memahami apa itu. Mentega atau losyen badan tidak memerlukan terlalu banyak ramuan untuk jadi lebih selamat dan berkesan.
- Dapatkan produk tanpa pewangi untuk mengelakkan masalah alergi atau ekzema. Sekiranya anda lebih suka sesuatu yang wangi, pilih produk wangi semula jadi yang menggunakan minyak pati dan bukannya komponen kimia.
8 Moisturizer Untuk Kulit Kering Yang Selamat Untuk Kulit Si Manja
Bagi membantu ibu ayah, berikut merupakan beberapa pilihan produk moisturizer untuk kulit kering untuk bayi yang terbaik di pasaran:
QV Baby Moisturising Cream
Terbaik Keseluruhan
|
Beli di Shopee |
Mama’s Choice Daily Nourishing Face Cream
Terbaik Bebas Paraben
|
Beli di Shopee |
MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion for Normal Skin
Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir
|
Beli di Shopee |
Aquaphor Healing Ointment
Terbaik Serbaguna
|
Beli di Shopee |
CeraVe Baby Moisturizing Lotion
Terbaik Penyerapan Terpantas
|
Beli di Shopee |
Cetaphil Baby Daily Lotion With Shea Butter
Terbaik Menghidrat Lebih Lama
|
Beli di Shopee |
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Terbaik Tidak Berminyak
|
Beli di Shopee |
Sebamed Baby Lotion
Terbaik Melindungi Mantel Asid
|
Beli di Shopee |
QV Baby Moisturising Cream
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Keseluruhan
Moisturizer untuk kulit kering ini merupakan krim yang kaya melempap 24 jam. Ia membantu menyubur dan menyegarkan kulit bayi dan melegakan bahagian kulit yang kering. Ia juga mengandungi squalane, satu komponen yang ditemui di dalam minyak semula jadi kulit. Squalane membantu mengunci lembapan kulit berpanjangan.
QV Baby Moisturising Cream ini sesuai untuk digunakan setiap hari dan dengan apa kondisi kulit sekali pun seperti ekzema, dermatitis, dan psoriasis.
Ia diformulasikan dengan 3 jenis bahan pelembap (emollient, humectant dan occludent) yang menawarkan lembapan yang kaya dan sempurna pada kulit bayi.
Yang menariknya lagi, QV Baby Moisturising Cream ini juga memenangi TAP Awards 2023 sebagai satu pelembap terbaik untuk kulit bayi.
Apa yang kami suka?
- Krim melembap yang kaya untuk kegunaan harian
- Untuk kulit kering, halus dan sensitif
- Dengan vitamin B3 untuk membantu menyokong perlindungan kulit
- Mengandungi 5 pelembap dan menyediakan sehingga 24 jam hidrasi
- Tidak berminyak dan pH seimbang
- Mesra Vegan – tidak mengandungi bahan dari haiwan
Mama’s Choice Daily Nourishing Face Cream
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bebas Paraben
Jenama Mama’s Choice cukup sinonim dengan formulasinya yang selamat dan semulajadi, jadi tidak hairanlah Mama’s Choice Daily Nourishing Face Cream menjadi antara pilihan terbaik untuk Mama. Jika si kecil anda mengalami masalah kulit mengelupas, kering, ekzema, jerawat, bintik putih (milia) dan kasar, krim ini mampu memperbaiki dan melembut kulit secara efektif.
Kombinasi di dalam formulasi krim ini begitu mengagumkan yang mengandungi bahan semulajadi seperti bunga matahari yang dapat memberi perlindungan kepada kulit, aloe vera organik yang dapat memberi ketenangan dan melembutkan kulit, ceramide untuk menghalang kehilangan kelembapan dan sweet almond untuk merawat kulit kering. Kombinasi kesemua bahan ini menjadikan kulit anak anda lembut dan licin.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi aloe vera organik yang dapat memberi ketenangan dan mempunyai pensijilan Ecocert Organic
- Tiada paraben, alkohol dan toksin
- Hipoalergenik menjadikannya selamat untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif
- Kaya dengan bahan semulajadi yang aktif
- Diyakini halal dan diuji secara dermatologi
- Mampu melembapkan kulit bayi yang kering
- Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir sehingga usia 3 tahun
Mustela Hydra Bebe Body Lotion
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir
Losyen untuk kulit kering bayi Mustela ini bertindak memberikan penghidratan dan kelegaan segera pada si manja. Selain melindungi dari kulit kering, produk ini juga menjadikan kulit terasa halus.
Dengan 97% bahan semula jadi menjadikan ia selamat untuk penggunaan bayi baru lahir! Kandungan Avocado Perseose semula jadinya juga menyerap dengan cepat untuk melembutkan dan melindungi kulit si manja.
Apa yang kami suka?
- Melembapkan dan menghidrat
- Disuntik dengan bahan-bahan hypoallergenic yang menyuburkan kulit bayi yang lembut, menjadikannya lembut, halus, dan sihat.
- Lembut dan berkesan untuk bayi baru lahir, bayi, dan balita
- Formula semula jadi melembapkan kulit tanpa bahan kimia berbahaya, jadi lembut dan berkesan untuk kulit baru lahir yang paling halus.
- Terdiri daripada 97% bahan berasaskan tumbuhan
- Bebas paraben, phthalate dan phenoxyethanol
- Hypoallergenic
Aquaphor Healing Ointment
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Serbaguna
Aquaphor Healing Ointment diformulasikan secara unik untuk memulihkan kulit yang licin dan sihat.
Ia berbeza dengan losyen atau krim kerana ia boleh digunakan bagi melindungi dan menenangkan kulit yang sangat kering, bibir pecah-pecah, tangan dan kaki yang retak, luka dan luka bakar kecil, dan banyak kerengsaan kulit yang lain.
Tambahan lagi, ia bebas pengawet dan selamat untuk si manja!
Apa yang kami suka?
- Produk yang boleh digunakan untuk banyak keperluan penjagaan kulit
- Menyuburkan kulit sambil mewujudkan penghalang pelindung yang memungkinkan aliran oksigen untuk mewujudkan persekitaran penyembuhan yang ideal
- Boleh digunakan sebagai krim tangan untuk tangan kering untuk mengembalikan kelembapan untuk meningkatkan penyembuhan
- Bebas bahan pengawet dan wangian
- Terbukti secara klinikal dapat mengembalikan kulit yang licin dan sihat
CeraVe Baby Moisturizing Lotion
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Penyerapan Terpantas
Dihasilkan dengan pakar dermatologi, CeraVe Baby Moisturizing Lotion mempunyai formulasi berpaten yang mengandungi vitamin dan 3 ceramida penting.
Ia melembapkan selama 24 jam sambil membantu melindungi dan mengekalkan penghalang kulit halus bayi. Yang menariknya, setelah digunakan, ia dapat diserap dengan cepat, menjadikan kulit terasa halus dan terhidrat dan tidak berminyak!
Apa yang kami suka?
- Formulasi khas untuk kulit kering
- Dihasilkan dengan ahli dermatologi
- Melindungi dan memelihara penghalang kulit halus bayi
- Mengandungi ceramida dan vitamin penting
- Melembapkan 24 Jam
- Bebas paraben, sulfat dan wangian
- Botol bebas phthalates & BPA
- Melindungi dan membantu melegakan kulit yang pecah atau retak untuk sementara waktu
Cetaphil Baby Daily Lotion With Shea Butter
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Menghidrat Lebih Lama
CETAPHIL Baby Daily Lotion membekalkan kelembapan pada kulit si manja dengan penghidratan yang berpanjangan.
Dengan ramuan lembut yang semulajadi seperti calendula, losyen harian berkhasiat ini adalah sebahagian daripada produk ideal bagi rutin penjagaan harian bayi anda. Si manja pun mesti rasa selesa setiap kali dibelai!
Apa yang kami suka?
- Memastikan kulit lembut bayi sentiasa terhidrat selama 24 jam
- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit bayi daripada kering
- Menenangkan, melembutkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit
- Hypoallergenic
- Tidak melekit
- Bebas paraben
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Tidak Berminyak
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion mengandungi oatmeal koloid semulajadi yang diadun dengan emolien yang menenangkan dan membantu melindungi kulit halus bayi.
Produk ini mengandungi formula berkhasiat dan tidak berminyak menyerap dengan cepat, melembapkan selama 24 jam penuh, tidak mengandungi alkohol pengeringan dan tidak akan menyumbat liang.
Ia diformulasikan untuk hypoallergenic, bebas pewangi dan cukup lembut untuk penggunaan harian pada kulit sensitif bayi.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi oatmeal koloid semulajadi yang diadun dengan emolien
- Menenangkan dan membantu melindungi kulit halus bayi anda.
- Formula berkhasiat dan tidak berminyak secara semula jadi
- Melindungi kulit halus dan melembapkan selama 24 jam
- Penggunaan setiap hari pada kulit sensitif bayi
Sebamed Baby Lotion
Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Melindungi Mantel Asid
Losyen untuk kulit kering bayi jenama Sebamed ini direka khusus untuk menjaga kulit bayi yang baru lahir, yang masih dalam proses membentuk mantel asid secara semulajadi.
Ia dalah pilihan yang terbaik untuk ibu bapa yang ingin memastikan kulit bayi mereka dijaga dengan baik, melembapkan, menenangkan, dan melindungi kulit bayi yang halus.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi bahan pelembap semulajadi menyokong keseimbangan hidro dan perlindungan kulit
- Kandungan camomile bertindak sebagai agen penenang kulit.
- Rawatan kompleks dengan Allantoin menjadikan kulit lembut dan licin.
- Mempunyai pH 5.5 yang ideal untuk menggalakkan perkembangan mantel asid semula jadi pada kulit bayi.
- Produk ini telah diuji secara dermatologi dan klinikal untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya.
Perbandingan Harga Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik
Jenama | Berat kandungan (ml/gram) | Harga (RM/unit) | Harga (RM/ml/gram) |
QV Baby Moisturising Cream | 250g | RM67.80 | RM0.27 |
Mama’s Choice Daily Nourishing Face Cream | 50g | RM38.70 | RM0.77 |
Mustela Hydra Bebe Body Lotion | 300ml | RM73.15 | RM0.24 |
Aquaphor Healing Ointment | 85g | RM78.90 | RM0.93 |
Cerave Baby Moisturizing Lotion | 473ml | RM103.30 | RM0.21 |
Cetaphil Baby Daily Lotion With Shea Butter | 400ml | RM49.90 | RM0.12 |
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion | 227g | RM37.60 | RM0.16 |
Sebamed Baby Lotion | 400ml | RM55.00 | RM0.13 |
Tips Memakaikan Moisturizer Untuk Kulit Kering Pada Bayi
Memakaikan pelembap kulit pada bayi bukan sahaja memberi manfaat pada kulit si manja, tetapi sekiranya anda melakukan dengan betul, si manja akan mengalami pengalaman yang menenangkan.
Setiap kali selepas mandi, ibu atau bapa boleh cuba membelai si manja dengan aturan berikut:
- Mulakan dengan menggunakan baby lotion atau minyak urut bayi ke telapak tangan bayi anda.
- Urut losyen atau minyak ke telapak tangan bayi anda dengan gerakan bulat.
- Ulangi pergerakan yang sama ke bahagian belakang tangan bayi anda, dan kemudian perlahan-lahan bergerak ke atas.
- Tarik perlahan setiap jari bayi, kemudian gerakkan ke kaki.
- Luangkan masa untuk membelai keseluruhan tubuh si manja.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Jenis Masalah Kulit Sering Dialami Bayi Baru Lahir & Yang Manakah Paling Bahaya
Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!
Baca juga: 5 Cara Selesaikan Masalah Kulit Bayi Yang Kering!