Pemakanan ketika hamil adalah aspek penting dalam memastikan ibu dan janin mendapatkan nutrien yang mencukupi untuk perkembangan yang sihat. Pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan memastikan pertumbuhan janin yang baik.
Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang pemakanan ketika hamil, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, Ms Nursyafiqah.
Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Pakar Pemakanan dari Pantai Hospital Klang di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
1. Trimester ketiga ibu selalunya sukar untuk mengawal selera makan. Apakah saranan Cik untuk pengambilan makanan yang cukup nutrisi dan tidak menyebabkan ibu berpotensi untuk menghidapi GDM?
Jawapan: Kawalan GDM boleh dilakukan dengan mengawal pengambilan makanan berkarbohidrat , lebihkan makanan berserat 3 kali pengambilan sayur 2 kali pengambilan buah, serta makan pada waktu yang tersusun. Limitkan gula atau makanan manis. Puan boleh susun makanan harian kepada 3 kali makanan utama (breakfast, lunch dan dinner ) dan 2 kali snack in between ( jika perlu ) . Ini membantu dari segi kawalan selera makan, membantu mengawal gula dalam darah dan memastikan secukupnya nutrisi diperlukan oleh badan.
2. Adakah sesuatu makanan seperti nanas mengundang kepada keguguran di awal kehamilan?
Jawapan: Pengambilan nenas semasa mengandung adalah selamat dan risiko untuk mengalami keguguran adalah rendah. Tambahan lagi, nenas jugak mengandungi pelbagai vitamins dan mineral untuk keperluan badan.
3. Makanan apa yang sesuai untuk mengelakkan air liur berlebihan keluar?
Jawapan: Makanan yang masam kebiasaannya memberi kesan kepada pengeluaran air liur. Sekiranya berlebihan dan tidak terkawal, dapatkan rawatan dan nasihat doktor segera.
4. Adakah bagi ibu mengandung yang mengalami GDM dietitian yang di sarankan oleh pakar betul-betul berkesan dan kandungan gula tidak naik kerana saya pernah terbaca ada sesetengah ibu mengandung yang berkongsi pendapat mengatakan diet yang disarankan kadang tidak menjadi dan gula naik. Adakah kerana cheat day pada waktu lain dan straight ikut pemakanan yang dicadangkan ketika ujian gula di jalankan.
Jawapan: Bagi ibu yang mengalami GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Tidak sarankan untuk cheat day tetapi lebih kepada “ cheat meal “. Saranan saya, puan boleh melakukan self monitoring bacaan gula di rumah sekiranya puan mempunya mesin tersebut. Contohnya, jika pagi ini puan makan nasi goreng, dua jam kemudian puan boleh check untuk melihat bacaan gula. Ini dapat membantu puan untuk mengenal pasti lebih mengenai makanan yang boleh meningkatkan gula dalam badan.
5. Benarkah tidak semua buah boleh diambil sesuka hati ketika mengandung lebih-lebih lagi yang menghidap GDM dan perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai. Bagi sesetengah ibu mengandung yang tidak tahu dan menganggap semua buah mengandungi khasiat yang tersendiri.
Jawapan: Buah boleh diambil sekiranya menghidap GDM, namun hadkan kepada 2 kali buah sahaja sehari dan mengikut porsi yang ditetapkan. Contohnya, sewaktu minum pagi boleh ambil 1 medium size oren, minum petang boleh ambil 1 biji pisang emas.
6. Bagaimana diet untuk ibu hamil yang ada masalah autoimmune disease (psoriasis)? Sebab perasan sejak mengandung, psoriasis jadi flare up lebih dari kebiasaan (maybe hormones sudah berubah). Untuk pemakanan saya memang elak pengambilan gula putih, elak makanan yang tinggi histamine dan lain-lain.
Jawapan: Pengambilan makanan yang sihat seperti lebihkan sayur serta buah buahan yang mengandungi antioksidan, serat dan pelbagai vitamin yang dapat membantu dalam mengawal psoriasis serta tambahkan bijirin penuh didalam pemakanan, elakkan makanan yang boleh menjadi punca atau “trigger” kepada psoriasis.
7. Adakah pil-pil pelengkap yang lain perlu diambil untuk ibu hamil selain dari iberet, zincofer, obimin dan sebagainya untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dari kekurangan zat/nutrisi yang menyebabkan kurang sempurna?
Jawapan: Pil atau suplemen diperlukan sebagai makanan untuk membantu bagi menambah dan melengkapkan nutrisi dalam badan. Antara supplements yang perlu fokus adalah asid folik, zat besi, vitamin C, Calcium dan vitamin D. Dapatkan nasihat daripada pakar seandainya puan ingin mengambil supplements tambahan.
8. Selain pemakanan sihat dan seimbang yang disaran oleh pakar dietitian dan doktor, apakah vitamin dan makanan tambahan antenatal yang terbaik dan selamat untuk diambil ketika mengandung kerana sesetengah daripada ibu mengandung mengalami alahan teruk terhadap makanan?
Jawapan: Vitamin yang disarankan untuk ambil sepanjang kehamilan adalah kalsium, vitamin D, Zat besi, Vitamin C serta asid folik.
9. Pada trimester ketiga selalu akan berlalu kekurangan air ketuban, betul ke minum air kelapa dapat membantu? Dan betul ke awal trimester dilarang minum air kelapa?
Jawapan: Minum air kelapa adalah selamat, selain daripada itu ia juga mengandungi mineral yang baik untuk badan.
10. Pengambilan diet yang seimbang yang disarankan oleh KKM, iaitu suku suku separuh, adakah relevan untuk ibu mengandung yang mempunyai GDM, jika relevan, bagaimana jadual yang disarankan?
Jawapan: Benar, suku suku separuh dengan porsi yang betul amat relevan untuk diamalkan bagi ibu yang mengalami GDM. Ini kerana, konsep suku suku separuh yang menekankan kepada keseimbangan dan kepelbagaian nutrisi. Selain dari pada itu, pengambilan serat yang berlebihan ( ½ pinggan adalah sayur ) mampu membantu mengawal gula dengan lebih baik.
11. Apakah makanan alternatif apa yang dapat menaikkan HB, selain dari ambil ubat klinik?
Jawapan: Makan makanan yang tinggi zat besi seperti paru, hati lembu, kerang dan sebagainya bersama makanan yang tinggi vitamin C. Jarakkan pengambilan makanan tinggi zat besi sekiranya anda mengambil minuman berkafein (kopi, teh, coklat ), susu kerana ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam badan.
12. Dilema ibu GDM. Apakah jenis makanan yang perlu diawasi dan jenis makanan yang boleh diambil ketika hypo?
Jawapan: Bagi ibu yang menghidap GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Elakkan memakan banyak pada sesuatu masa dan elakkan jarak masa yang terlalu panjang. Ketika Hypo, boleh ambil sama ada 1 sudu makan gula / 2 sudu makan madu / gula gula 3 biji , Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit.
13. Adakah susu kambing sesuai diminum sepanjang kehamilan ? Saya ada terbaca kebanyakan susu untuk ibu mengandung di pasaran tinggi kandungan gula.
Jawapan: Susu kambing boleh diambil untuk namun pastikan ianya telah melalui proses pasteurization untuk keselamatan pada ibu. Elakkan mengambil susu direct dari ladang. Kandungan gula pada susu di pasaran adalah lebih kurang sama, hadkan pengambilan kepada 2 kali sehari.
14. Apa cara untuk hilangkan rasa loya? saya rasa loya sampai tiada selera makan.
Jawapan: Cara untuk hilangkan loya adalah dengan memastikan anda kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan badan mendapat cukup air serta nutrisi yang lengkap. Kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya, dan cuba elakkan. Selain itu, elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan. Bonus point, pengambilan halia terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
15. Pemakanan apa yang terbaik untuk memastikan bayi sihat? Jika ada, cadangan vitamin ibu mengandung yang baik dan selamat diambil.
Jawapan: Tiada makanan khusus yang membantu bayi untuk sihat didalam kandungan melainkan ibu haruslah memakan makanan yang seimbang dan lengkap nutrisi. Pengambilan vitamin seperti zat besi , vitamin C, calcium, vitamin D, Asid folic adalah disarankan ketika hamil.
16. Ada alternatif lain buahan atau sayuran untuk ganti kalsium daripada susu? jika ada, any suggestion? sebab tidak boleh minum susu ibu hamil secara langsung.
Jawapan: Boleh ambil makanan seperti yogurt, keju, ikan bilis serta makanan tinggi kalsium yang lain.
17. What is the best indication/symptom that tells you whenever you are hypo if you have gdm other than taking a blod sugar level test?
Jawapan: Early warning symptoms may include shaking, trembling or weakness, sweating, hunger, headache, bad temper, tingling of the lips or fingers or even intense hunger.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia