X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selepas 15 Mei, Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun, Ibu Sila Take Note!

14 Apr, 2022
Selepas 15 Mei, Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun, Ibu Sila Take Note!

Pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bakal berakhir 15 Mei ini. Pihak KKM menyeru ibu ayah segera bawa anak vaksin

Pemberian vaksin Covid-19 bagi dos yang pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan berakhir pada tarikh 15 Mei ini.

Bagi ibu ayah yang masih belum berkesempatan membawa anak-anak, sila pertimbangkan untuk melakukannya dengan segera sementara ia masih diberikan secara percuma.

Pemberian vaksin dos pertama untuk golongan kanak-kanak akan berakhir 15 Mei

tarikh akhir vaksin kanak-kanak

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C).

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan dos pertama bagi vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Dengan pengumuman ini, ibu bapa perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022.’’

‘’Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

“Namun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya.

Pemberian vaksin kanak-kanak menunjukkan trend yang menurun

vaksin kanak-kanak

Dr Noor Azmi berkata, kanak-kanak dalam kategori yang dinyatakan itu boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai perkara itu akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Tindakan memutuskan tarikh akhir untuk pemberian vaksin terpaksa dibuat berikutan trend pemberian vaksinasi terhadap kanak-kanak semakin menurun.

“KKM sudah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids, permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

‘’Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir bagi dos pertama dan kedua perlu dibuat,” katanya.

Lindungilah diri anak dengan suntikan vaksin Covid-19

vaksin covid untuk kanak-kanak

Dr Noor Azmi berkata sehingga semalam sebanyak 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 195,865 sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari yang lalu.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri sudah memulakan operasi ‘Gerak Gempur’ di lapangan. Ibu ayah yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

“Ibu bapa yang bersetuju akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama dan ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka untuk vaksinasi COVID-19, boleh mendaftarkan anak dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei ini.

“Ini bagi membolehkan pautan kepada sistem tempahan janji temu dapat diberikan sebelum tarikh akhir dos pertama. Saya menyeru ibu bapa yang masih belum membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin secara percuma melalui PICKids sebelum tarikh akhir dos pertama.

“Pilihlah untuk vaksinkan anak anda bagi mengelakkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Vaksin Anak Ke Tak? Doktor Tampil Perjelaskan INFO Sebenar Ibu Ayah Perlu Tahu

Baca juga: Seawal Bilakah Anak Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Ambil Vaksin? Ini Jawapan Doktor

Baca juga: Anak 3 Tahun Dijangkiti Covid Buat Kali Ketiga, Ibu Menyesal Tak Sudah Bawa Pergi Bercuti

Stories Rakan Kongsi
Real Mum Review: Skinature By Drypers
Real Mum Review: Skinature By Drypers
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Selepas 15 Mei, Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun, Ibu Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

    Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

  • Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

    Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.