TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pelajar Belum Vaksin Disuruh Belajar di Kaki Lima, Ibu Mengaku Sedih & Rasa Terguris

25 Mar, 2022
Pelajar Belum Vaksin Disuruh Belajar di Kaki Lima, Ibu Mengaku Sedih & Rasa Terguris

Pelajar belum vaksin memang tidak dibenarkan memasuki bangunan, namun tindakan pihak sekolah untuk halau pelajar agak keterlaluan.

Pada musim pandemik Covid-19 kini, rakyat di seluruh negara tanpa mengira usia dikehendaki untuk mengambil vaksin sebelum dibenarkan untuk memasuki mana-mana premis atau bangunan. Bagi pelajar belum vaksin, mereka tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan hanya boleh belajar melalui atas talian.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pelajar belum vaksin disuruh belajar di kaki lima, ibu mengaku sedih
  • Tindakan pihak sekolah tidak wajar, kanak-kanak mungkin berisiko diculik

Namun, ada juga beberapa orang pelajar yang masih belum divaksin dan tidak mempunyai kemudahan untuk belajar secara atas talian. Di Luwu, Indonesia baru-baru ini tular gambar kanak-kanak sekolah rendah yang belajar di kaki lima kerana dihalau guru dari sekolah.

Pelajar belum vaksin disuruh belajar di kaki lima, ibu mengaku sedih

pelajar belum vaksin

Sumber gambar: Utusan

Dalam sebuah gambar berlokasi di Luwu, Indonesia yang tular baru-baru ini, kelihatan dua murid sekolah rendah yang sedang belajar di kaki lima di sebuah pasar.

Gambar tersebut mencetus persoalan orang sekeliling kerana kanak-kanak tersebut tidak berada dalam kawasan sekolah, walaupun berpakaian lengkap dengan uniform sekolah.

Menurut media tempatan di negara jiran itu, kedua-dua pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah kerana mereka masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 yang diperlukan sekiranya hendak belajar dalam kawasan sekolah.

kanak-kanak suntik vaksin

Oleh sebab itu, pihak sekolah telah mengeluarkan arahan supaya kedua pelajar tersebut belajar di tempat lain.

Ibu kepada salah seorang pelajar tersebut, yang dikenali sebagai Gusnawati, mengaku sedih apabila melihat anaknya diperlakukan sebegitu. Sebelum ini, anak serta rakan sebayanya diarahkan untuk belajar di luar kelas, namun kini mereka nekad menghalau kanak-kanak ini dari kawasan sekolah.

Menurutnya, di tempat lain, pihak sekolah masih menerima pelajar untuk masuk ke dalam kelas walaupun belum menerima suntikan vaksin Covid-19. Pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil buku dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sekiranya masih belum menerima suntikan vaksin.

Namun, telah dimaklumkan dalam Surat Edaran Protokol Kesihatan Daerah Luwu bahawa pelajar yang belum menerima vaksin tidak akan dibenarkan untuk menghadiri kelas dan belajar secara fizikal, mereka perlu belajar secara atas talian sahaja.

Tindakan pihak sekolah tidak wajar, kanak-kanak mungkin berisiko diculik

Walaupun peraturan tentang kebenaran memasuki bangunan tanpa suntikan vaksin Covid-19 di Luwu agak ketat, namun tidak wajar bagi pihak sekolah untuk menghalau kanak-kanak itu untuk belajar di kawasan lain selain sekolah.

Ini kerana kanak-kanak tersebut boleh menghadapi risiko untuk diculik, walaupun di kawasan pasar yang dipenuhi manusia.

Di Malaysia juga pernah gempar dengan kes kanak-kanak yang diculik di Pasar Sungai Chua, Kajang dengan kehadiran ibu mangsa yang berada berdekatan pada ketika itu. Nah, jika berdekatan dengan penjaga pun boleh diculik, apatah lagi sekiranya mereka berada di kawasan berisiko tanpa pengawasan!

kanak-kanak culik

Sumber gambar: Iluminasi

Sekiranya terdapat pelajar yang hadir ke sekolah tanpa suntikan vaksin Covid-19, pihak sekolah tidak sewajarnya menghalau sahaja pelajar tersebut untuk belajar di tempat lain.

Dalam isu ini, pihak sekolah boleh terus menghubungi ibu ayah atau penjaga pelajar untuk mengambil pulang pelajar dan memberi pelajar tersebut tempat untuk menunggu ibu ayah mereka sehingga tiba untuk dibawa pulang.

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa

Dengan tindakan ini, ia akan meminimakan risiko kepada pelajar berkenaan.

Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

Baca juga: Dibuka Hujung Januari, 10 Info Pemberian Vaksin Covid-19 Kanak-Kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Baca juga: Seawal Bilakah Anak Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Ambil Vaksin? Ini Jawapan Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pelajar Belum Vaksin Disuruh Belajar di Kaki Lima, Ibu Mengaku Sedih & Rasa Terguris
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham