Tugas mengurus rumah tangga dan menjaga anak-anak pada zaman kini bukanlah perkara yang mudah. Ia sangat jauh berbeza dengan waktu nenek moyang dahulu sehingga ada pasangan mengeluh penat bekerja dan sering berakhir dengan perbalahan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, suami isteri kena sama-sama rasa
- Jangan biar isteri penat seorang diri, suami kena bantu 5 perkara ini
Dengan kos sara hidup yang kian meningkat telah mendesak ramai pasangan suami isteri bekerja lebih masa. Anak-anak pula akan dihantar ke pusat jagaan dengan bayaran tertentu setiap bulan.
Penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, suami isteri kena sama-sama rasa
Memetik perkongsian oleh Firdaus Shakirin, dalam menjalani kehidupan rumah tangga dan sentiasa berlawan siapa lagi yang penat, banyak buat kerja, maka sampai bila-bila kita akan bergaduh serta bermasam muka dengan pasangan.
Prinsip rumah tangga saya, buat setakat yang larat sahaja. Jika tidak boleh buat, tinggalkan. Jangan paksa diri dan jangan mengejarkan kesempurnaaan.
”Malam ni masak apa?”
Isteri jawab tak tahu lagi, belum buat pilihan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.
Terus saya balas, ”Tak payah masak, saya tapau makan malam”
Balik rumah dan sebaik sahaja melangkah masuk, saya tengok baju masih berada dekat ampaian. Saya panggil anak dan minta dia ambilkan bakul.
Saya kutip dan masukkan ke dalam rumah. Lepas maghrib pula, sambil tengok berita saya akan lipat.
Kalau ikutkan, boleh je saya balik rumah pastu tanya ”Kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak angkat lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot, takkan balik rumah kena buat macam-macam kerja lagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerjanya sendiri. Dia bukan membuta dari pagi sampai ke petang, isteri bukannya goyang kaki tanpa buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu tidak bermakna dia tidak buat apa-apa.
Bila rasa larat, dia akan kemas. Kalau tak larat, biar rumah bersepah. Larat masak, masak.. Kalau tak larat, kita bungkus di kedai. Kalau larat lipat baju, lipat. Kalau tak esoklah kita buat.
Ada juga jenis nak yang sempurna, nak siapkan juga walaupun tidak sempat. Boleh, teruskan dan buatlah. Tiada paksaan pun cuma janganlah merungut bila buat pilihan macam tu.
Dalam rumah tangga ni, penat bekerja luar dan di rumah kena sama-sama rasa. Kalau salah seorang sahaja yang penat, maka rumah tangga tu akan tenat.
Jangan biar isteri penat seorang diri, suami kena bantu 5 perkara ini
- Penat mengurus rumah. Sesibuk mana pun suami keluar mencari rezeki, bantulah isteri ringankan beban seperti tolong jagakan anak atau kemas dapur. Waktu kerja isteri di rumah tiada hadnya, berilah peluang untuknya meluruskan kaki sekejap.
- Penat melayan karenah anak. Suami jangan bersikap lepas tangan bila anak menangis. Anda kena bantu tenangkan anak atau tolong buatkan susu. Jangan ditambah lagi keadaan rumit dengan memarahi anak yang sedang menangis, lama-lama dia akan menjauh dari anda.
- Mengajar anak di rumah. Dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak, ibu ayah memainkan peranan yang cukup besar. Bila ada waktu terluang, elak menghabiskan masa dengan sibuk bermain telefon. Anak-anak yang masih kecil amat memerlukan perhatian dari anda.
- Mengambil berat perasaan pasangan. Jangan biarkan isteri melayan emosinya sendiri. Jika dibiarkan, amat tinggi risiko untuk isteri berdepan kemurungan kerana dia merasakan tertekan dan keseorangan dalam mengurus hal rumah tangga.
- Menyediakan keperluan rumah. Meskipun isteri adalah ketua di dapur, namun ia tidak bermakna suami perlu bersikap acuh tak acuh akan setiap keperluan dapur. Pastikan anda menanyakan isteri keperluan yang sudah habis dan perlu dibeli agar memudahkannya memasak.
Kesimpulannya, tiada rumah tangga yang sempurna. Apabila berkongsi hidup, anda dan pasangan hendaklah sentiasa memikul tanggungjawab masing-masing.
Jangan ambil mudah bila pasangan mula berubah atau mendiamkan diri daripada kebiasaanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!
Baca juga: Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan
Baca juga: Usahalah Untuk Makan Malam Bersama, Waktu Ini Paling Berharga Buat Suami Isteri