X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak hampir diculik di KL Sentral depan orang ramai, ibu ini beri amaran pada semua!

4 min bacaan
Anak hampir diculik di KL Sentral depan orang ramai, ibu ini beri amaran pada semua!

Ibu bapa harus lebih waspada ketika keluar bersama anak-anak kerana operasi sindiket penculikan anak semakin berleluasa di setiap tempat!

Peringatan buat ibu bapa ketika berjalan bersama anak-anak tak kira di mana-mana sekalipun – Awas! Operasi penculikan anak semakin berleluasa dan telah berlaku baru-baru ini di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Kronologi kejadian kes penculikan anak di KL Sentral

penculikan anak, culik anak, penculikan anak di KL Sentral, kes penculikan anak, kes penculikan anak di Malaysia, kes culik anak, kes menculik anak, kes menculik anak di Malaysia, menculik, menculik kanak-kanak, kanak-kanak diculik, anak hampir diculik

Kejadian buruk ini telah menimpa seorang ibu bernama Nurul Suhada, di mana anaknya hampir diculik oleh seorang wanita yang tak dikenali.

Pada 5 September yang lalu, ibu tersebut keluar bersama saudaranya ke KL Sentral sekitar jam 2.30 petang sambil ditemani anaknya yang berumur 10 bulan.

Tiba-tiba, ada seorang wanita menegur dan mengatakan bahawa anak Nurul Suhada itu adalah anaknya! Kemudian, wanita itu berang hingga mengejar Nurul.

Nurul Suhada menduga wanita itu mungkin anggota sindiket penculikan anak atau mempunyai masalah mental.

“Saya banyak baca kes sebegini tapi hari ini ia terjadi pada diri sendiri apabila ada wanita yang cuba menculik anak lelaki saya.

“Pada mulanya saya tidak sedar, tapi apabila sampai di bahagian food court baru saya perasaan yang ada seseorang mengekori dari belakang,” jelasnya.

Sindiket penculikan anak: Wanita itu mengaku anak lelaki Nurul adalah anaknya!

penculikan anak, culik anak, penculikan anak di KL Sentral, kes penculikan anak, kes penculikan anak di Malaysia, kes culik anak, kes menculik anak, kes menculik anak di Malaysia, menculik, menculik kanak-kanak, kanak-kanak diculik, anak hampir diculik

Tidak lama selepas itu, wanita yang mengekori mereka  mula menjerit dan meminta Nurul berhenti. Dia juga kemudian mula bertanya kepada Nurul, apakah tujuannya dan apakah benar anak tersebut anak Nurul?

“Awalnya saya tidak curiga dan mengatakan bahawa anak itu adalah anak saya. Setelah mendengarnya, wanita itu mula naik hantu!” kata Nurul menceritakan situasi yang terjadi.

Pertemuan itu kemudian berubah menjadi aksi berkejaran sehingga Nurul berlari ke kaunter MRT.

Nurul bernasib baik apabila mendapat bantuan polis di kawasan tersebut. Kemudian, dia menjelaskan situasi yang berlaku kepada polis terbabit.

Namun wanita terbabit tetap berteriak dan mengatakan anak Nurul itu adalah anaknya yang hilang. 

Kemudian, Nurul terus menunjukkan MyKid anaknya kepada polis tersebut bagi membuktikan bahawa dia adalah ibu kandung anak lelaki itu.

Akan tetapi, wanita itu tetap berdegil hingga Nurul berasa amat takut.

Bantuan pihak polis menghalang kes penculikan anak ini

penculikan anak, culik anak, penculikan anak di KL Sentral, kes penculikan anak, kes penculikan anak di Malaysia, kes culik anak, kes menculik anak, kes menculik anak di Malaysia, menculik, menculik kanak-kanak, kanak-kanak diculik, anak hampir diculik

Kredit: Suara.com

Polis berkenaan cuba menenangkan kemarahan wanita tersebut tapi tetap gagal. Wanita itu tetap berteriak dan melemparkan tas tangannya ke arah polis.

“Setelah itu ramai pihak polis yang tiba di lokasi tersebut tetapi mereka tidak dapat menenangkannya sehingga meminta kami untuk lari. Kemudian saya berasa lega setelah selamat menaiki komuter di stesen itu,” katanya.

Walaupun berjaya lari daripada wanita itu, namun Nurul rasa kecewa dengan orang yang berada di sekitar kawasan itu kerana tidak turut membantu. Malah bantuan hanya datang apabila bertemu pihak polis.

Pengajaran dari kisah ini, ibu bapa harus lebih waspada dengan orang yang tak dikenali

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah jangan memberi keizinan kepada orang yang tak dikenali menyentuh atau mengendong anak anda, walaupun mereka bersikap ramah.

Menurut Sinar Harian, Nurul menduga itu adalah lakonan palsu tentang penculikan anak. Maka dia ingin ingatkan semua ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga ketika membawa anak keluar bersama-sama.

5 cara melindungi anak dari diculik

#1. Jangan biarkan anak bersendirian

Anda harus memastikan  anak sentiasa bersama seseorang yang boleh dipercayai.

Diingatkan supaya tidak membiarkan anak berjumpa rakan-rakan mereka di taman atau di hujung jalan tanpa pengawasan anda.

Jika anda terlepas pandang pergerakan anak, ada banyak sindiket penculikan anak menunggu mangsa mereka.

#2. Hati-hati dengan orang yang tak dikenali

Penting untuk ajar anak supaya tidak berinteraksi dengan orang asing.

Terangkan pada anak jika tidak aman atau berasa takut, maka tidak ada salah untuk menjerit, melarikan diri dan meminta pertolongan.

#3. Ambil foto anak ketika keluar dari rumah

Sekiranya anak keluar dari rumah untuk pergi ke sesuatu tempat, ambil gambarnya dahulu. Jika perkara buruk ini berlaku, anda boleh mengedarkan gambar tersebut dengan cara pakaiannya semasa keluar dari rumah.

#4. Pegang tangan anak ketika keluar bersama

Anak-anak ini cenderung berlari-larian ketika keluar di mana-mana.

Oleh itu, anda harus tetap memegang tangan anak meskipun berada di pusat membeli belah, taman tasik, taman permainan atau dimana sekalipun.

#5. Pantau pergerakan anak

Ketika keluar bersama pilih pakaian anak yang berwarna cerah supaya dapat membezakan anak dengan orang lain.

Selain itu, pastikan anak-anak mengetahui maklumat diri ibu bapanya seperti nama penuh,nombor telefon dan alamat rumah.

Kemudian ajar juga kemana harus dituju jika mereka mungkin sesat ketika berada diluar dan dengan siapa harus dihubungi.

Semoga perkongsian kisah ini memberikan kita tauladan dan pengajaran bersama. 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong – Ibu Ini Berkongsi Kisahnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Anak hampir diculik di KL Sentral depan orang ramai, ibu ini beri amaran pada semua!
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham