Spotting Atau Pendarahan Kecil Awal Kehamilan, Buat 4 Perkara Ini Elak Keguguran

Apabila berlakunya pendarahan atau spotting ketika hamil, bakal ibu pasti rasa tidak senang duduk. Cuba lakukan 4 perkara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang berada pada fasa awal kehamilan, apabila ada pendarahan kecil pasti rasa tidak senang duduk dan risau dengan keadaan bayi dalam kandungan.

Selalunya apabila ada spotting atau pendarahan kecil ini ramai yang ingat mereka akan keguguran sedangkan ia mungkin kerana beberapa perkara.

Kali ini kami kongsikan saranan doktor ini sekiranya anda mendapati pada awal kehamilan anda mendapat spotting yang paling dirisaukan oleh ibu-ibu hamil.

Pendarahan kecil atau spotting pada awal kehamilan, ini yang anda perlu tahu

Kredit: klikdokter

Spotting, light bleeding atau pendarahan kecil ini biasanya berlaku dalam satu pertiga di kalangan ibu hamil. Ia biasanya tidak memberi ancaman kepada ibu dan bayi.

Antara penyebabkan kepada berlakunya perkara ini adalah kerana  berhubungan kelamin, jangkitan kuman atau koyak pada dinding vagina. Tetapi perlu diingat adakalanya pendarahan boleh juga disebabkan oleh ancaman keguguran, hamil di luar rahim atau uri di bawah.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Fertiliti, Dr Maiza spotting ditakrifkan sebagai pendarahan ringan dari faraj yang berlaku di luar jangka masa normal kitaran haid.

Lazimnya ia hanya melibatkan sejumlah kecil darah, wanita mungkin menyedari kehadirannya pada tisu ketika mengelap faraj selepas buang air kecil atau tompokan coklat di seluar dalam.

Spotting boleh bawa pelbagai tanda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Krdit: hotzehealth

Satu dari 4 ibu hamil mengalami spotting pada awal kehamilan sehingga 12 minggu. Kebanyakannya tidak berkait dengan masalah kehamilan yang serius dan berjaya melahirkan bayi dengan selamat. Lazimnya spotting berwarna coklat, merah cair atau merah jambu.

Bagaimanapun katanya, spotting ketika hamil ini boleh menjadi tanda atau simptom:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Awal kehamilan (implantation bleed)

Berlaku dalam masa 7 hingga 10 hari semasa awal kehamilan ketika telur yang telah disenyawakan oleh sperma menempel di dinding rahim

  • Ancaman keguguran (threatened miscarriage)

Ancaman keguguran atau keguguran sepenuhnya. Kebanyakan masa pendarahan jenis ini diikuti dengan gejala lain seperti sakit di bahagian ari-ari.

  • Jangkitan vagina

Kebanyakan penyakit kelamin seperti kuman Chlamydia boleh menyebabkan pendarahan. Jangkitan ini mestilah dirawat.

  • Subchorionic hemorrhage

Pendarahan sekeliling uri yang biasanya berhenti sendiri dan tidak meminggalkan komplikasi kepada kandungan.

  • Kehamilan luar rahim

Berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada bahagian selain dinding rahim selalunya di bahagian tiub fallopian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendarahan biasanya berlaku bersama gejala sakit di bahagian perut. Kandungan jenis ini selalu menjadi ancaman kepada ibu kerana ia akan pecah dan menyebabkan kontaminasi di dalam rongga abdomen.

Lakukan 4 perkara ini jika anda alami spotting

Jika anda mengalami pendarahan kecil, jangan panik. Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Doktor ini menasihatkan ini antara yang perlu ibu hamil lakukan di rumah ketika alami spotting:

  1. Elakkan berhubungan intim
  2. Berehat secukupnya
  3. Elakkan aktiviti lasak
  4. Teruskan pengambilan Folic acid

Bila anda perlu jumpa doktor?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: babycenter

Jangan bertangguh untuk berjumpa doktor sekiranya anda hamil dan perkara ini terjadi pada anda. Jangan bertangguh dan buat keputusan sendiri. Segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.

  1. Mengalami sakit perut
  2. Spotting berubah warna ke merah pekat dan semakin banyak
  3. Pendarahan vagina bercampur ketulan darah beku yang banyak
  4. Keluar ketulan yang kelihatan seakan daging atau hati

Pendarahan vagina selepas 20 minggu kehamilan

Pendarahan bagina juga boleh berlaku selepas 20 minggu kehamilan. Antara penyebabnya termasuklah:

#1. Placenta previa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedudukan uri di bawah menutupi jalan keluar bayi juga boleh menyebabkan pendarahan dan menjadi ancaman kepada nyawa ibu dan anak dalam kandungan

#2. Placenta abruptio

Boleh berlaku disebabkan uri berpisah dengan rahim dan menyebabkan pendarahan yang banyak disertai sakit perut.

#3. Rahim pecah

Boleh berlaku pada wanita yang pernah bersalin secara caesarean semasa kehamilan terdahulu.

#4. Kelahiran pra matang

Boleh memberikan tanda-tanda seperti ketika hendak bersalin. Sekiranya anda mengalami pendarahan vagina ketika hamil, pastikan berjumpa doktor untuk penilaian seterusnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: dr.maiza, klinik dr Azie

Kredit foto: berita harian, healthunlocked

Baca juga: Beza “spotting” atau pendarahan semasa hamil- bila anda patut risau?

Baca juga: Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?

Baca juga: Pendarahan impantasi sama seperti haid, bagaimana nak bezakannya?

Penulis

Lala Annuar