3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Ada orang kata bersalin induce itu sakit, benarkah? Untuk tahu lebih lanjut, jom kita ikuti pengalaman tiga orang ibu ini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risaunya kalau  “overdue” sebab langsung tak ada tanda-tanda nak bersalin. Ada orang cakap pengalaman bersalin induce itu lebih sakit berbanding bersalin secara normal. Ya Tuhan takutlah! 

Itulah serba sedikit gemuruh di hati para ibu bila bercakap tentang pengalaman bersalin induce ini.

Apatah lagi, bila bukaan pintu rahim perlahan, pasti doktor akan buat keputusan untuk memberi suntikan ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran. Ia dilakukan jika terdapat sebarang risiko dan bayi perlu dikeluarkan secepat mungkin. 

Antara sebab proses induce termasuklah masalah air ketuban, jangkitan rahim, masalah kesihatan bayi, masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi atau kehamilan melebihi 42 minggu   (overdue). 

Untuk itu, kami ingin berkongsi dengan anda tiga pengalaman bersalin induce yang dikongsikan oleh para ibu yang pernah mengalaminya. 

Pengalaman bersalin induce – Tiga ibu berkongsi cerita mereka 

Aini Shah, 29 tahun 

***

Ketika itu, saya sedang mengemas bilik nursery anak. Tiba-tiba rasa ada cecair yang keluar dari vagina.

Ketika selak dress, saya lihat ada darah. Terus saya telefon suami dan meminta dia pulang kerana saya berseorangan ketika itu. Pada masa yang sama, saya mula rasa kontraksi Braxton Hicks, namun tidak sakit. 

Suami pulang jam 6 petang untuk hantar saya ke hospital jika berlaku sebarang kecemasan. Pada malam itu juga, saya kerap ke bilik air. Setiap 15 minit buang air kecil dan keadaan itu berlanjutan sampai pukul 3 pagi!

Setelah selesai buang air kecil dan kembali ke tempat tidur, saya rasa sesuatu keluar dengan laju dari vagina dan ia merupakan mucus plug hingga saya mengalami pendarahan. 

Ketika di hospital, bukaan baru 1 cm dan setelah ditahan dua hari di wad bukaan jadi 2 cm. Disebabkan saya ada kencing manis ketika mengandung, doktor jadualkan saya bersalin pada pagi 14 januari secara induce. 

Baca juga: Induce semasa dalam proses bersalin, selamat atau tidak?

Malam berikutnya, saya rasa kontraksi dan ia lebih sakit setiap lima minit. Doktor standby tengah pagi itu check bukaan baru 3 cm dan minta bertahan sampai 8 pagi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sampai 8 pagi, saya diusung ke labour theatre dan bukaan masih 4 cm. Kemudian, doktor terus pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin. 

Pukul 12 tengah hari doktor check bukaan baru 6 cm, lalu doktor buat keputusan untuk induce. Walaupun epidural, namun saya tetap berasa sakit yang amat terutama apabila bukaan sudah mencecah 8 cm dan mula rasa untuk meneran. 

Akhirnya tepat jam 5.30 petang, bukaan sudah 10cm di mana rambut bayi mulai kelihatan. Mulalah ketika itu saya meneran sambil dibantu 15 orang jururawat dan seorang doktor pakar. 

Suami di sebelah hanya membaca selawat dan membelai ubun kepala saya untuk memberi semangat. Pada saat terakhir untuk meneran, saya mengumpul tenaga hingga terdengar suara tangisan pertama bayi. Tanpa sedar, saya menangis gembira. 

Nur Hidayah binti Huslan, 29 tahun 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada pagi 31 Mac 2016, saya sepatutnya menghadiri kelas antenatal, namun terasa seperti ada titisan air menurun.

Sejurus selesai kelas tersebut, saya terus ke hospital bersama suami dan doktor memutuskan saya perlu ditahan di wad kerana khuatir kekurangan air ketuban selain proses kehamilan yang sudah matang. 

Hari berikutnya, jam 3 petang, saya diberi induce kali pertama namun masih tidak rasa sebarang kesakitan. 

Subuh keesokannya, terasa minor contraction tapi tiada bukaan. Hampir 12 jam menahan sakit kontraksi selepas proses induce pertama, namun bukaan hanya 1 cm hingga doktor buat keputusan melakukan induce kedua dan mengalami demam akibat jangkitan virus.

Pemeriksaan serviks kali ketiga dilakukan namun tanpa sengaja air ketuban dipecahkan ketika doktor seluk dan mengalami kontraksi kuat. Pada jam  6 petang saya ditolak ke dewan bersalin. 

Tiga jam selepas induce, kali kedua bukaan masih 1 cm sementelah kadar degupan jantung bayi makin lemah dirumitkan lagi dengan bukaan serviks tiada progres maka doktor terus memutuskan untuk proses bersalin czer kecemasan. Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan dan diberi nama Luth Basel. 

Pengalaman bersalin induce: Nur Shazana Mamat, 26 tahun 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bangun pagi terasa seluar basah dengan air yang jernih, tapi tidak melekit dan tidak berbau. Terus telefon suami untuk ke Hospital Kuala Berang sebab dekat dengan rumah mertua. 

Bila sudah sampai di bahagian kecemasan, rupanya mereka tidak ambil kes anak sulung terutama yang belum ada sebarang kontraksi. 

Kemudian, kami bergegas pula ke HSNZ dan ketika doktor cek bukaan masih belum terbuka. Namun saya kena tahan wad sebab air ketuban bocor dan perlu induce walaupun kandungan baru 36 minggu. 

Keesokannya, induce pertama diberi pada bawah dan saya perlu baring setengah jam bimbang jika ubat itu terkeluar sekaligus tidak memberi kesan pada bukaan serviks. 

Selepas tiga jam ada rasa sakit perut macam sengugut. Dalam masa yang sama kena cek CTG jantung bayi setiap tiga jam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada malam itu juga rasa sakit yang biasa saja namun bukaan masih 2 cm meskipun telah melakukan aktiviti berjalan dan sujud bagi merangsang pembukaan pintu serviks. 

Keesokannya jam 9 pagi, doktor induce kali kedua sebab bukaan masih perlahan. Jika keadaan berlarutan, doktor terpaksa untuk ceaserean sebab takut baby lemas. 

Lepas sejam induce, terus rasa sakit teramat sangat sampai tak boleh jalan tapi masih gagah jalan tepi katil supaya bukaan lagi cepat. Sampailah waktu melawat mak datang bawakan nasi sementara tolong gosokkan perut hingga tak sedar menangis sebab sakit sangat. 

Masuk labour room tepat 2.30 petang dan bertarung nyawa hampir satu jam dan lahirlah Putera kami Muhammad Aariz Nadem. Tapi selepas bayi keluar doktor pelatih tarik tali pusat untuk keluarkan uri malangya tali pusat terputus dan uri masih tertinggal di dalam. 

Kemudian doktor pakar minta untuk beri ubat bius tidur sebab nak mengeluarkan uri tapi malangnya tak jumpa dan doktor buat keputusan masukkan ke operation theatre untuk manual removal placenta. Alhamdulillah uri berjaya keluar dan semuanya selamat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

******

Bagaimana pula dengan pengalaman bersalin anda? Kongsikan dengan kami di ruangan bawah! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang baru lepas beranak