Umum tahu bahawa Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki (kembar).
Namun semalam, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira dengan pengikut beliau di laman Facebook lalu memberitahu bahawa isterinya kini hamil 13 minggu dengan kehamilan kembar.
Menurut Dr Sheikh, beliau bersyukur diberikan peluang untuk merasai sekali lagi detik untuk memperolehi bayi kembar.
“Ia seolah Dejavu kerana berlaku sekali lagi. kami sentiasa mahukan keluarga yang besar dan membawa bayi kembar sebenarnya memiliki risiko yang tinggi terutamanya bila pernah berpengalaman mengandungkan
bayi kembar pada kehamilan sebelum ini.
“Ia kerana, kembar yang seterusnya pasti Dr Halina akan mengalami double nauseous, double vomiting, double bloating, double craving dan double bleeding.
Beliau menambah, sekarang Dr Halina masih menjadi barisan hadapan untuk merawat pesakit covid 19 .
Apakah risiko mengandung kembar?
Kehamilan kembar semestinya menjadi idaman setiap pasangan suami isteri terutama bagi mereka yang menjalani rawatan kesuburan in vitro (IVF).
Ini kerana, pasangan suami isteri merasakan bilangan anak yang ramai secara sekaligus mampu membuatkan kelurga bertambah bahagia dan gembira.
Namun tahukah anda bahawa, kehamilan kembar lebih dari dua boleh membahayakan kesihatan ibu dan kandungannya.
Ketahui risikonya
Secara semulajadi, rahim orang perempuan bukan hanya muat untuk seorang bayi tetapi turut boleh menampung dua atau lebih ramai dalam satu-satu masa.
Namun begitu, hamil bayi kembar berbilang meningkatkan risiko komplikasi kelahiran malah boleh membahayakan nyawa ibu dan anak-anak.
Antara risiko yang ibu mungkin boleh alami seperti berikut:
– Keguguran awal atu lewat sewaktu sedang mengandung
– Ibu mendapat diabetes semasa hamil
– Kematian bayi dalam kandungan kerana ibu mempunyai masalah diabetes sewaktu mengandung
– Hipertensi disebabkan kehamilan
Bahkan, risiko untuk mengalami kematian bayi pada bulan pertama selepas lahir adalah lima kali ganda berbanding kelahiran biasa.
Ia disebabkan oleh bayi kemungkinan tidak cukup bulan, bayi bersaiz kecil, berat badan terlalu rendah dan kecacatan termasuklah palsi serebrum dalam kalangan bayi tidak cukup bulan.
Boleh memudaratkan ibu
Selain itu, separuh daripada jumlah ibu yang hamil kembar ini melahirkan bayi sebelum masuk ke 37 minggu.
Sewaktu ini berat badan bayi amat rendah lantas meningkatkan risiko menghidap penyakit serius dan kematian. Malah, ada juga yang melahirkan sebelum minggu ke 35 yang mana bayi akan memerlukan penjagaan neonatal.
Keadaan yang disebutkan ini boleh memberi risiko kepada ibu seperti di bawah:
– Mendapat anemia atau haemoglobin rendah sewaktu sedang hamil.
– Heamoglobin (HB) merupakan sejenis alat pengangkutan bagi oksigen ke dalam badan. Jika ibu mengalami oksigen yang rendah maka ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.
– Ibu akan mengalami pendarahan sewaktu melahirkan atau sebelum bersalin.
– Ibu juga boleh mengalami gangguan emosi terutama bila ibu menjalani proses IVF.
– Pemulihan selepas bersalin bayi kembar berbilang adalah lemah dan perlahan hingga menyebabkan ibu mengalami kemurungan yang melampau. Jadi sokongan suami dan ahli keluarga amat penting sewaktu itu.
Bagaimana dengan proses melahirkan bayi kembar
Biasanya ibu yang hamil kembar akan melalui proses bersalin secara pembedahan caeserean. Malah ada juga yang sengaja memilh cara ini kerana enggan melalui rasa sakit bersalin cara biasa.
Pembedahan czer ini juga perlu jika ibu mengalami plasenta rendah dalam rahim, posisi bayi songsang, diabetes atau hipertensi semasa kehamilan.
Kesimpulannya, ibu hamil kembar lebih daripada dua harus selalu dipantau dan diperiksa oleh doktor semasa hamil hingga bayi dilahirkan.
Jika terpaksa, doktor harus membuat keputusan sama ada untuk gugurkan seorang bayi tetapi amat tinggi risikonya dan menyebabkan semua bayi dalam keadaan bahaya.
Sekiranya ibu menjalani rawatan IVF adalah lebih baik jika anda merancang dengan betul jika ingin hamil lebih dari dua bayi kembar.
Semoga artikel ini memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang kesan yang mungkin anda akan lalui.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Columbia Asia, Dr Sheikh Muszaphar FanClub
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanda-mengandung-anak-kembar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!