Pengat labu manis merupakan salah satu hidangan pencuci mulut tradisional Melayu yang terkenal dengan rasa manis dan teksturnya yang lembut serta berlemak. Hidangan ini tidak hanya enak, tetapi juga mudah disiapkan dengan bahan-bahan yang sederhana.
Jika anda tiada idea untuk hidangan minum petang atau pencuci mulut, apa kata ikut sahaja resipi pengat labu Che Nom ini.
Isi Kandungan
Resipi Pengat Labu Manis
Bahan Untuk Buat Pengat Labu Manis
- 1/2 biji labu
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
- 1 mangkuk besar santan
- 1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula melaka
- 1/2 cawan sagu
- 1/2 -1 sudu kecil garam
Cara Masak Pengat Labu
- Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
- Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
- Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
- Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul.
- Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.
Tips Masak Pengat Labu
- Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.
- Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
- Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan kelapa.
Khasiat Buah Labu Untuk Kesihatan
Labu adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan menawarkan banyak manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat utama memasukkan labu dalam diet anda:
1. Kaya dengan Nutrien
Labu penuh dengan vitamin dan mineral penting. Ia mengandungi vitamin A, yang penting untuk penglihatan, fungsi imun, dan kesihatan kulit.
Selain itu manfaat buah labu juga kaya dengan vitamin C, E, dan beberapa vitamin B, bersama dengan mineral seperti kalium dan besi.
2. Tinggi dalam Antioksidan
Khasiat labu seterusnya adalah sumber antioksidan yang baik seperti beta-karoten, yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kronik dan melindungi sel-sel anda daripada kerosakan.
3. Meningkatkan Sistem Imun
Vitamin A dan C dalam labu penting untuk sistem imun yang sihat. Vitamin A membantu mengekalkan integriti kulit dan membran mukus, yang berfungsi sebagai penghalang kepada bakteria dan virus, sementara vitamin C meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
4. Membantu Pencernaan
Labu kaya dengan serat pemakanan, yang membantu pencernaan dengan merangsang pergerakan usus dan mencegah sembelit. Serat juga membantu mengekalkan mikrobioma usus yang sihat.
5. Baik untuk Kulit
Vitamin dan antioksidan dalam buah labu boleh memberi manfaat kepada kulit anda dengan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mempromosikan penampilan yang sihat dan muda. Vitamin C, khususnya, penting untuk pengeluaran kolagen, yang menjaga kulit anda tetap anjal.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Che Nom, Aisyah Humaira
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Jelly Ball Viral Dan Cara Buat Jelly Ball Buah Yang Mudah, Rasanya Kenyal Memang Sedap!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup & ‘Juicy’, Ikut Cara Che Nom Confirm Menjadi
Baca juga: Resepi Bubur Asyura Simple Yang Sedap, Tak Berketul Dan Cukup Rasa Bila Makan