Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

Cara hilangkan rasa mual ketika hamil adalah dengan kerap makan namun dengan kuantiti sedikit. Ia boleh membantu ibu hamil yang loya.

Ketika mengandung, morning sickness boleh buat perut dan seluruh badan berasa tidak selesa. Duduk tak kena, asyik rasa mual dan sakit pinggang saja.  Ia sangat menganggu lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Di sini kita akan kongsi cara hilangkan rasa mual ketika bekerja.

Bagi wanita yang mempunyai kemampuan untuk bekerja ketika hamil, ia adalah sesuatu kelebihan yang tidak semua wanita memilikinya. Walau bagaimanapun, kehamilan kadangkala memberikan cabaran-cabaran yang tertentu di tempat kerja.

Jadi, adalah penting untuk anda tahu tentang penjagaan ibu hamil semasa bekerja. Berikut antara beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu hamil dan bagaimana cara mengatasinya.

Cara Hilangkan Rasa Mual Ketika Bekerja

cara hilangkan rasa mual

#1. Melegakan Morning Sickness

Loya dan muntah, dikenali sebagai morning sicknessboleh berlaku bila-bila masa sahaja. Untuk memberi keselesaan kepada anda semasa bekerja, adalah bagus untuk anda menjauhi perkara yang boleh mencetuskan masalah ini dan membawa bekalan snek kegemaran anda ke tempat kerja. Teh halia juga boleh menjadi penyelamat!

#2. Menangani Keletihan

Letih boleh jadi tanda anemia atau kekurangan zat besi.

Beberapa perubahan pada pemakanan mungkin boleh membantu seperti makan daging merah, daging ayam, makanan laut, sayuran berdaun hijau, bijirin mengandungi zat besi, dan kekacang.

Agak sukar untuk tidur sebentar semasa waktu bekerja. Akan tetapi, anda masih boleh bangun dan bergerak di kawasan sekeliling buat seketika. Ini akan membantu mengembalikan tenaga anda. Amat penting juga untuk ibu hamil kekal hidrasi. Sentiasa bawa sebotol air di sisi dan minum sepanjang hari.

Selepas hari bekerja yang panjang, menyambung melakukan kerja rumah adalah sangat memberi tekanan. Anda boleh mengambil kira berbelanja secara atas talian dan mengupah seseorang untuk membantu anda membersihkan rumah.

Bersenam dan masuk tidur awal boleh meningkatkan semula tenaga anda. Apabila anda tidur, cuba untuk berbaring mengiring ke sebelah kiri untuk memaksimakan pengaliran darah kepada bayi anda dan mengurangkan bengkak.

Masih berasa tidak selesa? Letak bantal antara kedua kaki anda dan juga di bawah perut.

#3. Mengawal Tekanan

Buat senarai perkara yang perlu anda lakukan seharian dan susun tugasan anda mengikut keutamaan. Sila bercakap dengan ahli keluarga anda atau orang yang anda percayai tentang perkara yang merisaukan anda.

Latih diri melakukan teknik menenangkan diri seperti bernafas dengan perlahan atau bayangkan anda berada di tempat yang tenang. Anda juga boleh mencuba kelas yoga, tetapi ingat, anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor anda terlebih dahulu, untuk memastikan semua selamat.

#4. Memastikan Keselamatan Di Tempat Kerja

Beberapa keadaan semasa bekerja adalah tidak selamat untuk seorang wanita hamil. Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko komplikasi kandungan anda, seperti:

  • Pendedahan kepada toksik kimia
  • Berdiri lama
  • Bunyi bising melampau
  • Mengangkat benda berat, memanjat
  • Getaran berat, seperti dari mesin yang besar
  • Suhu yang melampau

Jika keadaan pekerjaan anda merisaukan anda, berbincanglah dengan doktor. Doktor boleh membantu memutuskan jika anda perlu melakukan sebarang langkah berjaga-jaga atau mengubahsuai cara kerja anda sepanjang tempoh kehamilan.

Jika tiada yang mampu anda lakukan tentang keadaan pekerjaan anda, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk berhenti kerja demi kesejahteraan bayi anda.

#5. Pakai Pakaian Yang Selesa

cara hilangkan rasa mual

Pakaian khas untuk ibu hamil adalah pakaian yang sesuai kerana ia direka khusus untuk membuatkan ibu hamil selesa melakukan aktiviti mereka.

Sebagai alternatif lain, anda boleh memakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas. Elakkan memakai pakaian yang ketat, ya, kerana ia akan membuat anda tidak selesa.

#6. Bersenam dan Berehat.

Kehamilan tidak boleh menjadi alasan untuk bermalas-malasan. Ibu hamil masih digalakkan untuk aktif dan melakukan senaman ringan.

Berjalan-jalan di persekitaran pejabat boleh menjadi senaman yang berguna untuk mencegah dan merawat kaki bengkak semasa kehamilan. Ambil masa untuk berehat jika anda berasa letih.

Cara Hilangkan Rasa Mual: Tips Untuk Ibu Hamil Yang Bekerja

Sesetengah wanita memilih untuk terus bekerja semasa kehamilan mereka. Bagi ibu mengandung dan sihat, terus bekerja bukanlah suatu masalah buat mereka. Namun, bekerja ketika hamil sememangnya tidak mudah dan ada beberapa pelarasan yang perlu dilakukan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu untuk kekal produktif dan mengekalkan kehamilan yang sihat.

Ketika mengandung, para wanita pasti akan mengalami beberapa masalah yang timbul sebagai kesan sampingan saat kehamilan. Sebahagian daripada kesan sampingan ini boleh mengganggu produktiviti ibu semasa bekerja.

Oleh itu, berikut merupakan beberapa cara untuk anda lakukan bagi mengatasi masalah ini:

#1. Cara Hilangkan Rasa Mual: Rasa Mual dan Muntah-muntah

cara hilangkan rasa mual

Ibu akan mengalami loya dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Kadang-kadang itu, anda akan berasa mual tapi tidak muntah dan juga sakit pinggang yang teruk ketika hami.

Keadaan ini biasanya berlaku pada waktu pagi, jadi ia sering dipanggil mual pagi. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu boleh mengalami loya dan muntah sepanjang hari.

Oleh yang demikian, bagi memastikan kesan sampingan kehamilan ini tidak mengganggu anda di tempat kerja, cuba cara berikut:

  • Elakkan apa-apa yang boleh mencetuskan rasa loya kepada ibu, contohnya makanan yang berbau hanyir dan pedas.
  • Bawa makanan ringan yang sihat untuk dimakan di tempat kerja. Biskut rendah gula boleh menjadi snek yang betul. Makanan ringan membantu memastikan gula darah ibu stabil dan melegakan loya.
  • Minum air atau teh dengan tambahan halia atau lemon juga membantu melegakan loya.
  • Rehat seketika jika rasa mual dan muntah datang.

Kami juga ada senaraikan teh yang boleh menghilangkan mual ibu hamil di sini.

#2. Cara Hilangkan Rasa Mual: Keletihan.

Kehamilan juga akan membuatkan anda mudah letih. Salah satu sebab mungkin kekurangan pengambilan zat besi. Jika ianya berlaku, para ibu hamil boleh melakukan perkara seperti:

  • Makan daging merah, sayur-sayuran hijau, telur atau susu untuk meningkatkan pengambilan zat besi dan protein.
  • Memenuhi pengambilan cecair semasa bekerja.
  • Jika anda berasa letih, tidak salah untuk berehat sebentar dengan duduk dan mengangkat kaki ke atas.
  • Berdiri dan berjalan-jalan seketika setelah duduk lama dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan meningkatkan stamina ibu.

Risiko Overwork Untuk Ibu Hamil

bekerja ketika hamil

Seperti sedia maklum, setiap perkara mempunyai risiko tersendiri di dunia ini.

Tidak dinafikan, wanita bekerjaya dalam bidang yang didominasi lelaki dahulunya seperti industri minyak dan gas atau kejuruteraan bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Malah, ia menjadi suatu kebanggaan yang menunjukkan golongan ini mampu untuk menerokai pelbagai bidang pekerjaan tanpa mempunyai persempadanan jantina.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa para wanita hamil seharusnya peka kepada tahap kesihatan bayi sekiranya bekerja dalam industri yang mempunyai kadar radiasi yang tinggi.

Menurut Pakar Sakit Puan Metro IVF, Dr R Ramasamy, perkara itu lebih membimbangkan sekiranya wanita berkenaan mengandungkan anak lelaki kerana kesan radiasi juga mampu memberi kesan kepada tahap kesuburan anak lelaki yang bakal dilahirkan.

Jelasnya lagi, kajian terkini dari Switzerland menunjukkan hanya 38% lelaki Switzerland mempunyai parameter air mani seperti yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lelaki yang dahulu ibunya terdedah kepada persekitaran atau produk mampu untuk menggangu sistem endokrin ketika mengandung, mempunyai impak serta kebarangkalian tinggi hingga menyebabkan pengeluaran sperma berada di bawah piawaian rujukan minima WHO.

Kesimpulannya, tuntutan fizikal di tempat kerja boleh meningkatkan risiko ibu hamil untuk keguguran, kelahiran pramatang atau kecederaan semasa kehamilan.

Elak Stres Bekerja Ketika Hamil

Antara tips yang boleh dilakukan oleh para wanita hamil yang bekerja untuk mengendalikan stres di tempat kerja adalah:

  • Susun kesemua kerja dengan teliti.
  • Selesaikan masalah yang timbul satu per satu.
  • Elakkan daripada merasa tertekan.
  • Mencuba aktiviti fizikal.
  • Meluahkan perasaan kepada seseorang yang dipercayai, contohnya suami.
  • Jangan menahan air mata, menangis sahaja jika perlu dan tidak tahan.
  • Terima perbezaan dan perkara yang anda tidak boleh ubah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Postpartum perineal care – Advice on perineum repair and re-education

Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

Baca juga: Buat Senaman Kemutan Faraj, Baring Mengiring Ke Kiri Kalau Nak Mudah Laluan Bersalin Terbuka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!