10 Makanan Untuk HFMD Segera Pulih, Bantu Melegakan Ulser Dalam Mulut Si Manja

Makanan untuk hfmd pulih dengan cepat ada beberapa jenis. Ibu yang pertama kali berdepan penyakit ini perlu tahu dan cuba bagi pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu HFMD? Ia adalah sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Bagi anda yang baru pertama kali berdepan penyakit ini, ada beberapa jenis makanan untuk hfmd pada anak segera pulih.

Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Jenis makanan untuk HFMD

Runsing juga apabila mulut si manja penuh dengan ulser dan hilang selera akibat penyakit HFMD. Namun, apa kata anda cuba makanan untuk pesakit HFMD di bawah.

#1 Telur

Apabila anak sakit, dia pasti hilang selera makan dan susah untuk menelan jika sakit mulut dan tekak. Tapi tubuh anak memerlukan makanan serta nutrien yang mencukupi untuk pulih cepat.

Makanan untuk HFMD yang berkhasiat seperti telur, tinggi dengan protein, zat besi, vitamin dan mineral adalah pilihan yang baik.

Tetapi jika anak di bawah usia 1 tahun dan mempunyai alahan telur, elakkan makanan ini.

#2 Air kelapa

Kalau ibu ayah dijangkiti penyakit ini, abaikan cawan kopi atau teh anda kerana ia hanya akan menyebabkan mulut anda lebih sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya cuba minum segelas tinggi air kelapa segar yang mengandungi elektrolit untuk menghidratkan badan dalam cuaca panas dan lembap ini.

Menurut Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, pesakit perlu minum air yang banyak apabila ingin pulih dari HFMD untuk menghalang badan dari dehidrasi.

Cara terbaik untuk makan: Minum air kelapa segar, sejuk, dicampur ais dengan tembikai atau hirisan timun. Ia juga boleh dibekukan untuk menjadi aiskrim sejuk.

#3 Sup atau mi sup 

Makanan untuk pesakit HFMD yang seterusnya adalah berasaskan sup.

Mungkin anak akan lebih suka makan sup tulang atau sup yang ditambah dengan mi yang dimasak lebih lama. Hal ini untuk mendapatkan tekstur yang lembut serta mudah untuk ditelan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan adalah dengan sejukkan mi dan sup mencapai suhu bilik terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada si manja.

Ibu bapa juga boleh cuba beri sup sayur-sayuran yang telah dikisar sebagai alternatif. Anak anda pasti berselera memakannya!

#4 Buah betik

Makanan untuk pesakit HFMD yang seterusnya adalah betik. Kita bernasib baik kerana tinggal di negara tropika di mana buah ini amat mudah didapati sepanjang tahun.

Buah betik memiliki khasiatnya yang tersendiri terhadap kesihatan anak kecil. Ia dipercayai boleh meningkatkan imuniti, membantu melancarkan proses pencernaan serta mengurangkan tekanan.

#5 Yogurt greek dan madu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Madu bukan hanya pemanis yang enak, tapi ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh membantu menyembuhkan luka di dalam mulut anak anda.

Walau bagaimanapun ibu ayah dilarang beri anak yang berusia bawah 1 tahun makan madu bagi mengelakkan keracunan

Selain itu yogurt Greek adalah pilihan yang lebih baik kerana kandungan proteinnya lebih tinggi dari yogurt biasa.

Ia penuh dengan nutrien lain seperti kalsium, kalium, folat dan pelbagai vitamin yang baik untuk anak.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk dengan sedikit madu, campur dengan buah-buahan lain dan dikisar untuk dijadikan smoothie, atau bekukannya menjadi aiskrim.

#6 Buah tembikai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan yang tinggi dengan vitamin C boleh mengurangkan ulser di dalam mulut apabila mengalami penyakit HFMD.

Tetapi sebelum anda makan oren, kiwi ataupun buah tomato, jangan lupa kandungan asid di dalamnya mungkin boleh memburukkan keadaan.

Menurut Dr Andrew Weil, Pengarah Pusat Perubatan Integratif di University of Arizona, buah beri, tembikai adalah pilihan makanan untuk HFMD yang lebih baik.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk, dikisar menjadi minuman atau sebagai salad buah.

#7 Bubur

Bubur adalah makanan yang paling biasa diberikan kepada anak yang jatuh sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia senang untuk dimasak dan ibu bapa boleh masukan sayur dan daging semua ke dalam periuk yang sama.

Ia tidak hanya mengenyangkan, malah juga boleh memberi anak jumlah kalori yang baik supaya anak kekal bertenaga dan cepat pulih.

Cara terbaik untuk makan: Bubur suam dengan telur ataupun ibu ayah boleh cuba beri bubur oatmeal dengan madu bersama buah beri.

#8 Tauhu

Makanan untuk pesakit HFMD yang seterusnya adalah tauhu. Teksturnya lembut, licin pasti alternatif yang sedap ketika mulut si manja penuh dengan ulser yang begitu menyakitkan.

Tauhu boleh dimasak dengan senang dalam pelbagai cara. Ia merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik, malah juga dikatakan boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh!

Cara terbaik untuk makan: Dikukus dengan telur dan sayur-sayuran, dalam sup, bubur atau bersos

#9 Aiskrim

Aiskrim dikatakan mampu memberikan kelegaan untuk masalah ulser dalam mulut. Lagipun kanak-kanak yang mana tak suka aiskrim?

Pasti anda akan nampak senyuman si manja kerana dapat makan aiskrim walaupun dijangkiti penyakit HFMD!

Namun elakkan beri aiskrim perisa coklat kerana ini boleh mengakibatkan ulser di dalam mulut bertambah teruk. 

Cara terbaik untuk makan: Dengan buah atau begitu sahaja!

#10 Kentang lecek

Jangan beri anak makanan goreng yang berminyak apabila mereka sakit HFMD kerana ini hanya akan memburukkan ulser di dalam mulut mereka.

Sebaliknya beri mereka kentang lecek yang dibuat di rumah. Anda cuma perlu kentang rebus panas kemudian lenyekkan dengan sedikit mentega dan susu serta garam secukup rasa. 

Menurut kajian kentang adalah sumber “vitamin c, vitamin b6, mangan, fosforus dan niasin”

Cara terbaik untuk makan: Dilenyek halus dengan susu atau mentega. Stok ayam juga boleh dimasukkan juga untuk nutrien tambahan, bersama dengan krim masam untuk rasa tambahan.

Cara merawat hfmd dengan cepat

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) perlu elakkan makan atau minum minuman panas bagi membantu merawat ulser yang terdapat dalam mulut pesakit terbabit.

Pengasas Docmove Dr Hanafi Yahya, 38, berkata, cara merawat hfmd dengan cepat adalah sebaik-baiknya memberikan si manja mengambil makanan dan minuman yang sejuk.

Selain itu cara menjaga anak terkena hfmd adalah ibu ayah perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah selama tujuh hari.

Jangan sesekali dibawa ke tempat tumpuan orang ramai bagi mengelakkan atau mencegah penularan penyakit terbabit.

Pakar Kardiologi Pediatrik & Pakar Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkongsikan beberapa cara merawat hfmd dengan cepat iaitu:

1. Berikan ubat seperti paracetamol atau ibuprofen (brufen)

2. Rawatan HFMD di rumah: semburan mulut untuk membasmi kuman dan ulser

3. Beli hidangan sejuk dan lembut seperti yogurt, jeli atau smoothie untuk melegakan sakit tekak, elakkan jus dan air soda yang tinggi kandungan asid dan boleh merengsakan tekak

Selain itu untuk rawatan di rumah, ibu ayah hendaklah memastikan:

  • Anak mendapat rehat yang secukupnya;
  • Diberi rawatan perubatan sebagai mana dinasihatkan untuk mengurangkan demam dan sakit mulut;
  • Galakkan anak minum air dan mengambil makanan dan minuman kegemaran mereka; dan
  • Buat pemantauan rapi bagi mengenalpasti gejala hfmd pada anak yang serius seperti kekeringan atau dehidrasi badan dan keletihan yang teruk.

Rawatan hfmd secara tradisional

Selain beberapa cara merawat hfmd dengan cepat yang dikongsikan di atas, ibu ayah juga boleh mencuba rawatan hfmd secara tradisional ini:

#1. Daun semambu dan serbuk kunyit

Rawatan HFMD secara tradisional yang terkenal adalah menggunakan daun semambu dan serbuk kunyit. Ibu perlu sediakan sebesen besar air paip, campurkan dengan 1 sudu besar serbuk kunyit dan daun semambu.

Kemudian, letak besen tersebut di bawah cahaya matahari (letak pada waktu 10.40 pagi sehingga 1 petang) dan biarkan air menjadi suam.

Seterusnya, mandikan anak menggunakan air jemuran tadi. Jangan bilas dengan air paip dan biarkan air kunyit dan daun semambu mengering sendiri di badan anak.

#2. Gel lidah buaya atau aloe vera

Rawatan HFMD secara tradisional yang seterusnya adalah gel lidah buaya.

Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal.

Jika ibu ayah tidak menjumpai pokok lidah buaya, boleh sahaja dapatkan produk aloe vera yang organik, tidak berbau dan anti-alergenik di farmasi supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan terhadap penyakit hfmd yang dialami si manja.

#3. Minyak zaitun dan kelapa dara

Rawatan HFMD secara tradisional yang lain adalah dengan minyak zaitun dan kelapa dara.

Minyak zaitun asli boleh digunakan seperti minyak kelapa dara. Caranya adalah dengan sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut.

Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.

Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan hfmd anak.

Cara jangkitan hfmd

Cara jangkitan HFMD adalah melalui sentuhan tangan atau permukaan yang dicemari najis pesakit.

Cara jangkitan HFMD juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit.

Penyakit ini muncul seperti simptom jangkitan virus lain, dengan demam dan masalah pernafasan. Beberapa hari kemudian, lepuh mungkin muncul pada mulut (herpangina) dan mungkin menyakitkan kepada anak anda.

Jika anak anda berasa sakit untuk menelan sehingga perlu dipujuk untuk makan dan minum, segeralah ke klinik dan dapatkan nasihat doktor.

Tanda hfmd pada anak

Sekiranya anak terkena jangkitan, salah satu tanda HFMD pada anak adalah lepuh atau luka di dalam mulut serta ruam pada tangan dan kaki.

Namun harus diingatkan, HFMD boleh menjangkiti setiap individu tanpa mengira usia, terutamanya jika mereka mempunyai sistem imun yang lemah.

Tanda HFMD pada anak akan mula muncul antara 3 hingga 6 hari selepas individu terdedah kepada jangkitan. Anak anda mungkin akan menunjukkan simptom-simptom1 seperti:

  • Demam
  • Kurang selera makan
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Tanda HFMD pada anak: mudah marah
  • Berasa tidak sihat
  • Lepuh merah yang menyakitkan di dalam mulut
  • Air liur meleleh
  • Ruam merah pada tangan dan tapak kaki

Berapa lamakah penyakit hfmd kanak kanak boleh sembuh?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan penyakit hfmd kanak kanak ini akan hilang tanpa rawatan dalam tempoh 7 hingga 10 hari.

Walau bagaimanapun, doktor mungkin mencadangkan rawatan tertentu untuk membantu meringankan gejala penyakit hfmd kanak-kanak,3 antaranya:

  1. Ubat sapu pada kulit
  2. Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen
  3. Ubat jenis sirap atau lozenges untuk meredakan sakit tekak

Bolehkah anak mendapat simptom hfmd budak semula?

Menurut web Kementerian Kesiahtan, seseorang boleh mendapat simptom hfmd budak kerana penyakit ini terdiri daripada pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus.

Sekiranya si kecil terkena jangkitan kedua, ia mungkin disebabkan oleh virus yang berbeza.

Cara mengelakkan gejala hfmd pada anak

Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah gejala HFMD pada anak. Justeru ibu ayah hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Kerap cuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan pesakit;
  2. Cara mengelakkan gejala HFMD pada anak: Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit;
  3. Jangan berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan anak yang HFMD;
  4. Pastikan kebersihan persekitaran rumah atau tempat kerja dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Baca juga: HFMD BAWA MAUT! Budak 2 tahun mati kerana pneumonia lepas dijangkiti HFMD