10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Sekiranya anak anda terkena penyakit HFMD, mulut mereka akan penuh ulser yang menyakitkan dan menjejaskan selera makan. Jadi apa makanan yang bagus untuk mereka, dan apa yang tak?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Kredit: Dear Crazy Kids – WordPress.com

Runsing juga apabila mulut si manja penuh dengan ulser dan hilang selera akibat penyakit HFMD. Namun, apa kata anda cuba makanan-makanan di bawah ini.

Semoga si manja anda kembali aktif dan mereka akan sembuh dengan cepat!

#1 Telur

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Apabila anak sakit, dia pasti hilang selera makan dan susah untuk menelan jika sakit mulut dan tekak.

Tapi tubuh anak memerlukan makanan serta nutrien yang mencukupi untuk pulih cepat.

Makanan berkhasiat seperti telur, tinggi dengan protein, zat besi, vitamin dan mineral adalah pilihan yang baik.

Tetapi jika anak di bawah usia 1 tahun dan mempunyai alahan telur, elakkan makanan ini.

Cara terbaik untuk makan: telur setengah masak, telur rebus carak, telur masak hancur, telur kukus (chawan mushi)

#2 Air kelapa

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Kalau ibu bapa terjangkit juga, abaikan cawan kopi atau teh anda kerana ia hanya akan menyebabkan mulut anda lebih sakit.

Sebaliknya cuba minum segelas tinggi air kelapa segar yang mengandungi elektrolit untuk menghidratkan badan dalam cuaca panas dan lembap ini.

Menurut Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, pesakit perlu minum air yang banyak apabila ingin pulih dari HFMD untuk menghalang badan dari dehidrasi.

Cara terbaik untuk makan: Minum air kelapa segar, sejuk, dicampur ais dengan tembikai atau hirisan timun. Ia juga boleh dibekukan untuk menjadi aiskrim sejuk.

#3 Sup atau mi sup 

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Mungkin anak akan lebih suka makan sup tulang atau sup yang ditambah dengan mi yang dimasak lebih lama.

Mi yang telah dimasak lebih lama, lebih lembut dan senang ditelan. Tunggu hingga mi dan sup itu sejuk dan mencapai suhu bilik sebelum diberikan kepada anak.

Ibu bapa juga boleh cuba beri sup sayur-sayuran yang telah dikisar sebagai alternatif. Anak anda pasti berselera memakannya!

 

Cara terbaik untuk makan: Mi soba yang sejuk, sup sayur-sayuran berlemak yang sejuk (labu, timun, kacang, alpukat, jagung)

#4 Buah betik

penyakit hfmd

Kita bernasib baik kerana tinggal di negara tropika di mana buah betik mudah untuk didapati sepanjang tahun.

Buah manis dan lembut ini bukan hanya senang untuk dimakan oleh anak, malah ia juga dipercayai boleh meningkatkan imuniti, membantu pencernaan di samping mengurangkan tekanan!

Tapi ibu bapa jangan pesan som tum (salad betik Thai) pula ya kerana pesakit HFMD perlu mengelakkan makanan pedas sehingga mereka pulih.

Cara terbaik untuk makan: buah disejukkan, dikisar sebagai minuman, atau dimasak dalam sup.

#5 Yogurt greek dan madu

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Madu bukan hanya pemanis yang enak, tapi ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh membantu menyembuhkan luka-luka di dalam mulut anak anda.

Jangan lupa anak di bawah 1 tahun tidak boleh diberi makan madu, ya!

Yogurt Greek adalah pilihan yang lebih baik kerana kandungan proteinnya lebih tinggi dari yogurt biasa.

Selain itu, ia penuh dengan nutrien lain seperti kalsium, kalium, folat dan pelbagai vitamin yang baik untuk anak.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk dengan sedikit madu, dicampur dengan buah-buahan lain dan dikisar untuk dijadikan smoothie, atau beku macam aiskrim.

#6 Buah tembikai

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Makanan yang tinggi dengan vitamin c boleh mengurangkan ulser di dalam mulut apabila mengalami HFMD.

Tetapi sebelum anda makan oren, kiwi ataupun buah tomato, jangan lupa kandungan asid di dalamnya mungkin boleh memburukkan keadaan!

Menurut Dr Andrew Weil, M.D, Pengarah Pusat Perubatan Integratif di University of Arizona, buah beri, honey dew atau tembikai adalah pilihan yang lebih baik.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk, dikisar menjadi minuman atau sebagai salad buah.

#7 Bubur

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Bubur adalah makanan yang paling biasa diberi apabila seseorang itu sakit.

Ia senang untuk dimasak dan ibu bapa boleh masukan sayur dan daging semua ke dalam periuk yang sama.

Ia tidak hanya mengenyangkan, malah juga boleh memberi anak jumlah kalori yang baik supaya anak kekal bertenaga dan cepat pulih.

Cara terbaik untuk makan: Bubur suam dengan telur ataupun ibu bapa boleh cuba beri bubur oatmeal dengan madu dan buah beri.

#8 Tauhu

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Sudah pasti tauhu lembut tidak pernah sesedap ini. Lembut, licin pasti alternatif yang sedap untuk kanak-kanak dengan penyakit HFMD apabila mulut mereka penuh dengan ulser yang sangat sakit.

Tauhu boleh dimasak dengan senang dalam pelbagai cara. Ia merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik, malah juga dikatakan boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh!

Cara terbaik untuk makan: Dikukus dengan telur dan sayur-sayuran, dalam sup, bubur atau bersos

#9 Aiskrim

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Adakah anda rasa terkejut melihat aiskrim di dalam senarai ini?

Jangan bimbang. Aiskrim boleh melegakan ulser-ulser di dalam mulut. Lagipun kanak-kanak yang mana tak suka aiskrim?

Pasti akan nampak senyuman si manja kerana dapat makan aiskrim walaupun menghidap HFMD!

Ibu bapa cuma perlu elak dari memberi aiskrim perisa coklat kerana ini boleh mengakibatkan ulser di dalam mulut bertambah teruk. 

Cara terbaik untuk makan: Dengan buah atau begitu sahaja!

#10 Kentang lecek

10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Jangan beri anak makanan goreng yang berminyak apabila mereka sakit HFMD kerana ini hanya akan memburukkan ulser di dalam mulut mereka.

Sebaliknya beri mereka kentang lecek yang dibuat di rumah.

Anda cuma perlu kentang rebus panas kemudian lenyekkan dengan sedikit mentega dan susu serta garam secukup rasa. 

Menurut kajian kentang adalah sumber “vitamin c, vitamin b6, mangan, fosforus dan niasin”

Cara terbaik untuk makan: Dilenyek halus dengan susu atau mentega. Stok ayam juga boleh dimasukkan juga untuk nutrien tambahan, bersama dengan krim masam untuk rasa tambahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Makanan Menyebabkan Anak Bodoh dan Menyekat Perkembangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner