Ayah ini gali kubur untuk biasakan anak yang sakit tenat dengan kematian

lead image

Ini kisah sedih tentang seorang ayah yang terpaksa menggali kubur untuk anaknya kerana tidak mampu untuk membiayai kos rawatan penyakit Thalassemia.

Sejak dia berusia 2 bulan, Zhang Xin Lei telahpun didiagnosis dengan gangguan darah yang serius. Ia lebih dikenali sebagai penyakit thalassemia.

Ayah Zhang Li Yong yang berkerja sebagai seorang petani di China, tidak lagi mampu membayar kos rawatannya kini.

Dengan sedih, dia hanya mampu melakukan perkara terakhir ini, iaitu menggali sebuah kubur untuk anak perempuannya yang hanya berumur 2 tahun.

Setiap hari ayah ini akan membawa anaknya ke kubur ini untuk bermain dan “membiasakannya dengan tempat berehat terakhirnya.”

penyakit thalassemia 1 Ayah ini gali kubur untuk biasakan anak yang sakit tenat dengan kematian

Sumber: Metro

Duit rawatan untuk penyakit thalassemia telah habis

Menurut AsiaOne, Zhang Li Yong dan isteri Deng Min telah membelanjakan lebih daripada 140,000 Yuan (MYR  85,859) untuk membiayai rawatan Xin Lei.

Kami telah meminjam wang dari ramai orang, sehingga tiada siapa lagi yang ingin membantu kami.” kata Li Yong.

Isteri Li Yong kini juga hamil dengan  anak kedua mereka. Pada mulanya mereka menaruh harapan darah dari tali pusat bayi baru ini dapat merawat keadaan Xin Lei.

Walaubagaimanapun, mereka sedar mereka tidak dapat menampung kos pemindahan itu yang memerlukan kos beribu-ribu Yuan pula.

Video hasil karya Video Pear ini menunjukkan bagaimana Xin Lei sedang bermain dan berbaring di kubur bersama ayahnya yang telah viral selepas ia dimuat naik.

Keluarga itu juga merayu kepada semua orang untuk menghulurkan bantuan supaya mereka boleh merawat anak perempuan mereka.

Sungguh menyedihkan, bukan? Kami berharap Xin Lei akan menerima rawatan tidak lama lagi.

Apa itu penyakit Thalassemia?

Thalassemia1 760x384 Ayah ini gali kubur untuk biasakan anak yang sakit tenat dengan kematian

Kredit: zliving.com

Penyakit Thalassemia adalah sejenis gangguan darah yang boleh diwarisi akibat gen yang tidak normal.

Orang yang mempunyai penyakit thalassemia tidak dapat menghasilkan jumlah hemoglobin yang normal dalam darah.

Pembentukkan hemoglobin adalah sangat penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke organ-organ penting dan ke seluruh bahagian badan.

Apabila tubuh badan tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang normal, pesakit itu akan mengalami anemia.

Penyakit ini boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak tak kira jantinanya. menjejaskan kedua-dua lelaki dan perempuan.

Menurut portal MYHealth, kira-kira 5% penduduk Malaysia adalah pembawa gen penyakit Thalassemia.

Jenis Penyakit Thalassemia

Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah dan boleh dilakukan di kebanyakan klinik kesihatan.

Terdapat 2 jenis Thalassemia, iaitu:

  1. Thalassemia minor (thalassemia trait)
  2. Thalassemia major – Bentuk thalassemia homozigus semasa kanak-kanak yang bercirikan keletihan splenomegali, anemia teruk, pembesaran jantung, jaundis, ulser pada kaki dan penebalan tulang kranium.

Pewarisi satu gen thalassemia dipanggil thalassemia minor. Pewaris biasanya sihat, menjalani kehidupan yang normal dan tidak tahu mereka pembawa gen ini.

Walaubagaimanapun, gen yang tidak normal masih boleh diwarisi anak-anak mereka.

Thalassemia major adalah sejenis bentuk anemia yang teruk. Mereka yang mewarisi dua gen thalassemia, dari kedua-dua ibu bapa mungkin kelihatan normal semasa dilahirkan tetapi akan mengalami anemia teruk dalam masa 1 – 2 tahun.

Selain itu pertumbuhan dan perkembangan anak akan turut terjejas dan akan mereka akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Pesakit Thalassemia akan memerlukan pemindahan darah setiap bulan untuk terus hidup dan setakad ini, hanya pemindahan sumsum tulang boleh menyembuhkan penyakit Thalassemia.

 

 

 

 

Sumber: AsiaOne, MYHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD