X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Perkara Penting Ibu & Ayah Perlu Tahu Tentang "Tics" dan Penggunaan Gajet

4 min bacaan
Ini Perkara Penting Ibu & Ayah Perlu Tahu Tentang "Tics" dan Penggunaan Gajet

Anak kecil sering kerap angkat kening berkali-kali, angkat-angkat bahu dan senget-senget kan kepala selepas pengunaan gajet terlalu lama? Ini masalah besar ibu dan ayah!

"Mata dia asyik berkedip-kedip, mula-mula sikit lama-kelamaan makin kerap. Daripada berkedip-kedip tu dia sudah menjadi habit anak mata tu tengok hujung kiri mata, dia masih sedar macam biasa masa berlaku tu. Tapi dia kata tak boleh hendak kawal. Yang saya risau sekarang ini, dia mula buat bunyi 'tounge clicking' pula doktor. Isk pening saya."

Bila puan mula nampak anak menjadi seperti ini?

"Sejak dia menggunakan skrin dalam jangka masa lama, yelah kan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pun sudah terpaksa atas stalian, anak saya pula terpaksa pakai skrin telefon kecil. Selepas PdPR, dia akan guna telefon ini sampai 5-6 petang untuk bermain games pula. Kemudian dia gunakan telefon untuk tengok YouTube."

Emm..

Fenomena Penyakit Tic

Penyakit Tic Anak Kerana Penggunaan Gajet: Gerakan Berulang Bahaya!

Ini satu lagi fenomena yang makin kerap pula kami temui di klinik. Anak usia prasekolah dan awal sekolah rendah dengan 'facial tics'.

Antara komen mak ayah selain dari yang dihadapi kanak-kanak cerita di atas adalah:

  • Kerap angkat kening berkali-kali
  • Kerap angkat-angkat bahu
  • Kerap senget-senget kan kepala

Ini kemungkinan ada perkaitan dengan penggunaan gadget yang lama, namun masih tiada kajian formal yang dilakukan berkaitan penyakit tic ini. Apbila ditanya, memang ayah dan ibu kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan memberitahu perkara sama iaitu:

  • "Mula berlaku selepas 5 hingga 6 bulan anak lalui PdPR dalam talian"
  • "Anak menggunakan screen kecil iaitu telefon pintar"
  • "Selepas PdPR, anak akan menggunakan telefon untuk bermain games dan tonton YouTube, kadangkala sampai lewat malam"

Ada persamaan bukan? Apabila dibuat pemeriksaan tiada signs atau tanda yang merisaukan malah EEG juga menunjukkan keputusan yang normal sahaja.

Kami meminta ibu dan ayah untuk mengawal penggunaan gajet dan cuba untuk gadget-free sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Selepas tempoh tersebut, kami review anak itu semula, Alhamdulillah memang nampak perubahan dan semakin kurang berlakunya 'facial tics' itu.

Ibu dan ayah perlu tahu bahawa selain daripada bahaya yang kita biasa dengar berkaitan dengan pendedahan skrin jangka masa yang lama, satu lagi fenomena yang semakin ramai ibu ayah bawa anak-anak mereka berjumpa doktor adalah kerana 'facial tic'.

Apa Itu Tic?

Penyakit Tic Anak Kerana Penggunaan Gajet: Gerakan Berulang Bahaya!

Facial tics ini adalah pergerakan otot muka yang luar kawalan seperti mata kerap kali berkedip-kedip, otot hidung berkerut, mengangkat-angkat kening, membuka mulut berkali - kali, 'clicking' lidah, berdehem berkali-kali atau juga pergerakan mata yang luar biasa (namun masih dalam keadaan sedar bukan sawan).

Selalunya 'facial tics' ini berlaku secara sementara yang mana berlaku lebih dari sebulan tetapi kurang dari setahun dan ia hilang dengan sendirinya atau hanya dengan perubahan cara hidup tanpa rawatan.

Keadaan ini perlu dibawa berjumpa doktor bagi memastikan ianya bukanlah sawan atau penyakit atau sindrom yang berbahaya. Kebanyakan kes, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan ujian EEG bagi memastikan ianya bukan sawan. Kemungkinan juga memerlukan scan atau sebagainya.

Cara-cara Mengurangkan Facial Tic Anak

Antara cara-cara mengurangkan facial tics ini adalah dengan tukar rutin anak (lifestyle changes) seperti:

  1. Kurangkan penggunaan gajet dan pendedahan elektronik screen termasuk TV. Sebaik-baiknya selama 4 minggu ke atas.
  2. Banyakkan aktiviti fizikal dan aktiviti bersama keluarga yang menarik agar anak-anak tidak berfikir tentang gajet semata-mata.
  3. Sentiasa ingatkan anak untuk cuba mengawal facial tic itu, namun teguran mestilah dengan baik dan tidak menyebabkan stress pada anak-anak.
  4. Follow up dengan pakar kanak-kanak untuk pastikan keadaan semakin baik dan memastikan tiada masalah kesihatan lain di sebaliknya.

Ibu dan ayah, jangan lupa untuk sentiasa pantau dan pelihara anak kita daripada komplikasi penggunaan skrin elektronik berlebihan seperti penyakit tic ini.

Ini Perkara Penting Ibu & Ayah Perlu Tahu Tentang Tics dan Penggunaan Gajet

Artikel ini ditulis oleh Anayasmin Azmi untuk theAsianparent Malaysia. Dia merupakan pakar pediatrik (MBBS, Monash Australia), MRCPCH UK.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Haramkan Gadjet Ketika Di Meja Makan, Waktu Inilah Untuk Anak Bonding Dengan Keluarga!

Baca juga: Ustazah Asma' Harun Kongsi 4 Waktu Terbaik Untuk Menasihati Anak Agar Mudah Dengar Kata

Baca juga: Biasakan Anak Buat Kerja Di Rumah Seawal Usia, Penting Untuk Mereka Belajar Mengurus Diri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
img
Penulis

UGC Contributor

Jadi Penyumbang Kami

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • Ini Perkara Penting Ibu & Ayah Perlu Tahu Tentang "Tics" dan Penggunaan Gajet
Kongsikan:
  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.