4 Simptom Penyakit Bahaya Yang Sering Serang Wanita, Jangan Dibuat Main!

Tubuh tidak selamanya sihat, namun terdapat 4 jenis simptom penyakit berbahaya yang wanita tak boleh abaikan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tahu tak ada simptom penyakit wanita yang berbahaya yang sering menyerang wanita selepas umur 40 tahun ke atas? Tapi ada juga yang mengalaminya sekitar 20-an dan 30-an gara-gara tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Namun harus ditekankan, tubuh badan sakit merupakan sebahagian normal dari hidup dan kita tak boleh terlepas daripadanya meskipun penjagaan kesihatan tak pernah diabaikan. 

4 simptom penyakit wanita yang berbahaya 

#1. Penyakit wanita yang berbahaya: Sakit lutut 

Kredit : Hello Sehat

Senario paling teruk yang boleh berlaku jika anda sering sakit lutut adalah kerosakan ligamen pada tulang

Kecederaan tersebut muncul apabila pesakit jatuh dan cara duduk yang salah hingga menyebabkan kerosakan berlaku di sekitar lutut. 

Menurut Dr. Barbara Bergin dari Texas Orthopedics, sakit lutut yang dialami wanita adalah tanda supaya anda perlu banyak berehat dan perlahan aktiviti seharian. 

Bila patut bertindak? 

Rujuk doktor sekiranya sakit lutut yang dialami muncul bersama-sama bengkak atau kemerahan hingga buatkan anda rasa tak selesa. 

#2. Penyakit wanita yang berbahaya: Sakit kaki 

Ketika sakit kaki, anda merasakan kaki seolah ditarik dan kebas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana mungkin anda terlalu banyak berjalan atau terlalu lama duduk di sofa sepanjang hari. Sekiranya sakit hilang dengan bantuan ubat-ubatan di rumah, mungkin anda tak perlu bimbang. 

Bila patut bertindak? 

Namun jika keadaan lebih kronik, sebaiknya anda dapatkan rawatan doktor kerana dibimbingi ia ada kaitan dengan ketidakseimbangan saluran vena di mana darah kaki tidak beredar dengan betul ke jantung lalu menyebabkan darah beku. 

Selain itu, awasi simptom lain seperti kemerahan, betis bengkak, badan panas dan sesak nafas.

#3. Penyakit wanita yang berbahaya: Perubahan penglihatan 

Kredit : Lelaki sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti yang membebankan mata seperti menonton televisyen terlalu lama atau bekerja menghadap komputer seharian boleh menyebabkan ketidakselesaan penglihatan

Apa yang boleh dibuat adalah rehat dan berkelip mata buat seketika. Namun begitu, perubahan penglihatan juga ada kena-mengena dengan strok kerana wanita lebih berisiko mengalaminya berbanding lelaki

Menurut Persatuan Strok Amerika, hampir 100,000 wanita bawah umur 65 tahun dirawat dengan strok setiap tahun. 

Risiko strok pada wanita lebih tinggi terutama mereka yang merokok, ada tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau diabetes. 

Bila patut bertindak? 

Dapatkan bantuan segera jika anda alami masalah penglihatan mata, anggota tangan lemah dan kesukaran bertutur.

#4. Kerap kencing 

Ia mungkin tanda-tanda infeksi saluran kencing (UTI) atau paling teruk: diabetes.

Wanita lebih terdedah kepada UTI terutamanya apabila tahap estrogen mula menurun, tapi jika anda alami kencing yang kerap dan sakit, adalah lebih baik berjumpa doktor dengan segera. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerap kencing juga boleh jadi tanda diabetes terutama diabetes jenis 2 yang biasa terjadi pada orang dewasa. 

Diabetes juga meningkatkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan mata jadi buta. 

Bila patut bertindak? 

Antara gejala yang dialami untuk diabetes adalah kelaparan, dahaga dan keletihan. Walau bagaimanapun, ramai yang tak menyedarinya kerana gejala tersebut sangat ringan dan boleh dialami sesiapapun. 

Justeru itu, amalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang rendah kalori dan selalu bersenam supaya tubuh tetap cergas sehingga ke usia tua.

Paling tidak sentiasa dapatkan nasihat doktor untuk sebarang tanda yang mungkin anda menghidap penyakit tertentu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Kredit gambar : Hello Sehat 

Sumber : Penulis asal James Martinez. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsakit-jantung-pada-wanita/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan