Mual adalah keadaan yang paling menjengkelkan apabila dialami oleh setiap wanita. Terutamanya ibu mengandung. Pelbagai sebab boleh menyumbang kepada penyebab mual saat hamil. Ibu hamil ini memang hidung dan tekaknya sensitif.
Pendek kata boleh terusik, pasti mudah sahaja untuk rasa mual dan pening kepala. Paling tidak tahan apabila loya tapi tak muntah, rasa mual nak muntah tapi langsung tak keluar apa-apa. Masa itu rasa terseksa sungguh!
Jadi, ada baiknya anda cuba petua yang dilakukan orang lain untuk mengurangkan penyebab mual saat hamil. Rasa tak selesa jadinya bila sering mula. Nak makan pun tak ada selera.
Isi Kandungan
Maksud Mual
Untuk pengetahuan anda, mual adalah keadaan atau kondisi pusing dan tidak menyenangkan di bahagian perut dan ianya hadir sebelum anda memuntahkan segala isi perut. Ini bukanlah penyakit, namun kebiasaannya merupakan gejala dari keadaan kesihatan lain.
Tidak mudah untuk menggambarkan dengan tepat perasaan yang datang dengan loya, tetapi ia biasanya dicirikan oleh sensasi yang tidak selesa dan gelisah di dalam perut, bersama-sama dengan keinginan untuk muntah.
Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk menggambarkan dengan tepat bagaimana perasaannya ketika loya/mual ini datang. Ia kebiasannya dicirikan oleh sensasi yang tidak selesa dan gelisah di dalam perut – diikuti dengan keinginan untuk muntah.
Punca Rasa Mual
Terdapat beberapa faktor berbeza yang menyebabkan mual, seperti keadaan perubatan. Kebiasaannya, sensasi ini berlaku apabila masalah datang dari otak atau organ saluran pencernaan, seperti esofagus, perut, usus kecil, hati, pankreas, dan pundi hempedu.
Ia boleh dicetuskan oleh bahan tertentu seperti alkohol, atau aktiviti tertentu, seperti melancong dan mabuk laut. Kadangkala, loya juga dirasai sebagai kesan sampingan ubat atau bahan tertentu.
Mual adalah gejala biasa morning sickness yang dikaitkan dengan kehamilan awal.
Oleh itu, penyebab mual yang berterusan datang dari pelbagai faktor, tetapi faktor tertentu yang mempengaruhi pesakit, kebiasaannya datang dari usia. Sebagai contoh, loya pada kanak-kanak terhad kepada beberapa kemungkinan, seperti makan terlalu banyak, batuk selepas minum susu, demam, keracunan makanan, reaksi alahan terhadap susu, dan lain-lain.
Penyebab Mual Dan Muntah
Berikut merupakan gejala dan penyebab perut mual atau muntah:
- Kehamilan awal
- Penyakit pundi hempedu
- Keracunan makanan
- Selsema perut
- Makan terlalu banyak
- Serangan jantung
- Gegaran
- Barah otak
- Senak perut
- Beberapa bentuk kanser
- Bulimia
- Gastroparesis
- Telan racun
- Tekanan emosi
- Ketakutan atau kebimbangan yang melampau
- Kesakitan yang teruk
- Keradangan neuritis
- Migrain
- Lampiran
- Anafilaksis
- Bulimia nervosa
- Anoreksia nervosa
- Jangkitan telinga
- Penyakit Crohn
- Kemurungan
- Gangguan Kebimbangan Umum
- Meningitis
- Alkoholisme
Adakah Ia Normal?
Terdapat banyak kemungkinan yang menjadi penyebab mual. Dalam kebanyakan kes, ia bukan tanda penyakit serius. Banyak keadaan yang boleh jadi penyebab mual atau muntah dan boleh dirawat atau bersifat sementara.
Tapi, jika keadaan mual ini terlalu dalam dan berulang, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor dengan kadar segera bagi mengurangkan gejalan ini supaya boleh meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
Cara Hilangkan Rasa Mual
Kali ini kami kongsikan jenis buah-buahan yang boleh kurangkan rasa mual ketika hamil. Mungkin selama ini anda tak sedar pun buah-buahan ini membantu mengurangkan mual anda.
Perubahan hormon dan fisiologi seseorang wanita ketika berlakunya kehamilan antara faktor yang menyebabkan berlakunya mual dan loya ketika hamil.
Ia kadang kala akan berkurang dan hilang sendiri selepas ibu selesai trimester pertama, tetapi ada juga yang berlarutan hingga trimester kedua dan ketiga.
Kadangkala rasa loya dan mula ketika hamil ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak bermaya dan hanya mahu berbaring saja. Dunia dirasakan bagai berputar dan segalanya rasa tidak kena.
Jadi untuk mengurangkan rasa loya anda, kami kongsikan jenis buah-buahan yang dikatakan boleh mengurangkan loya ketika hamil.
#1. Epal
Epal salah satu buah yang kaya dengan serat yang mampu mengelakkan rasa mual berpanjangan. Selain itu, ianya sangat baik dalam mempercepatkan pencernaan dan mengandungi kalsium yang bantu dalam perkembangan tulang janin.
Bagaimanapun anda tidak boleh berlebihan dalam mengambilnya cukup sekadar satu biji buah satu hari. Jadikan epal sebagai makanan wajib pagi anda. Ia kecil dan mudah saja di bawa ke mana-mana malah mudah untuk diletakkan dalam beg anda.
#2. Pisang
Ibu yang muntah dengan teruk dan jangka masa lama boleh menyebabkan badan dehidrasi. Situasi kurangnya air dalam tubuh badan ini bahaya dan boleh menganggu fungsi tubuh.
Jadi ibu boleh cuba makan pisang kerana buah ini menghasilkan lendir di lapisan perut dan menurunkan ph dalam badan. Selain itu, ianya mengambalikan kalium yang hilang setelah muntah-muntah. Antara kebaikan pisang ialah vitamin B-6, dan vitamin C. Kalium yang cukup amat penting untuk ibu hamil kekalkan dalam badan untuk elakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan keguguran kepada ibu hamil.
#3. Lemon
Lemon adalah buah citrus yang banyak kebaikannya untuk badan. Aromanya yang segar dan rasanya yang masam mampu membuatkan ibu terhindar dari rasa mual. Anda Cuma perlu minum air lemon atau letakkan dalam masakan.
Ia juga lemon mengandungi folat baik untuk janin di mana dapat mengurangkan risiko bayi cacat seperti masalah spina bifida. Jika anda rasa mual, boleh juga hidu kulit lemon bagi mengurangkan rasa mual yang timbul. Haruman daripada kulit lemon akan membantu menenangkan anda.
#4. Tembikai
Tembikai adalah buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi dan rasanya agak manis. Memakan buah ini dapat membantu meringankan rasa mual pada awal kehamilan.
Kebaikan buah ini ianya kaya dengan antioksidan yang boleh meningkatkan imun badan dan mineral yang bantu cegah kekejangan betis. Anda boleh buat air atau makan begitu sahaja. Ibu yang ada masalah kurang HB juga digalakkan makan tembikai. Adalah amat penting untuk ibu hamil jaga bacaan hB kerana jika hB terlalu rendah ia boleh menyebabkan anemia yang membuatkan ibu hamil mudah jatuh pengsan.
#5. Strawberi
Selain tembikai, strawberi juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Rasanya yang manis dan sedikit masam mengubah rasa untuk muntah-muntah.
Makan strawberi secara teratur boleh membantu dalam melindungi jantung ibu, masalah diabetes, Alzheimer dan kanser. Mungkin strawberi agak sukar di dapati sekiranya anda tidak duduk di tanah tinggi, tetapi buah ini mudah didapati di pasar raya besar. Anda juga mungkin boleh buat stok dan bekukannya.
Bila Patut Jumpa Doktor?
Walaupun remedi rumah boleh melegakan rasa mual, ia bukan pengganti rawatan perubatan bagi mereka yang mempunyai penyakit yang mendasari.
Jika seseorang sering mengalami mual tanpa sebab yang jelas, mereka boleh berjumpa dengan doktor untuk menentukan puncanya. Jika puncanya adalah psikologi, bercakap dengan ahli terapi sememangnya membantu.
Loya biasanya bukan keadaan kecemasan. Walau bagaimanapun, jika ia berlaku bersama-sama gejala keadaan serius atau selepas kecederaan, seseorang mungkin memerlukan bantuan kecemasan. Dail 911 jika seseorang mengalami loya diikuti dengan keadaan seperti di bawah:
- Selepas kecederaan kepala baru-baru ini
- Sakit kepala yang teruk dan tiba-tiba
- Kekakuan leher, demam, sakit kepala, dan muntah
Dalam sesetengah kes, keadaan mual boleh menjadi tanda amaran awal serangan jantung. Ini lebih biasa berlaku pada golongan wanita yang boleh mengalami gejala yang kurang jelas semasa serangan jantung.
Dapatkan bantuan kecemasan jika seseorang mempunyai:
- Sakit, tekanan, atau meremas di bahagian tengah dada
- Masalah bernafas
- Sakit pada satu atau kedua-dua lengan, belakang, leher, atau rahang
- Rasa pening
- Peluh sejuk
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!
Baca juga: Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari