Poligami Dalam Islam: Poligami Maksud, Syarat Poligami & Hukum Poligami Tanpa Izin Istri

Poligami maksud adalah beristeri ramai. Dalam Islam, lelaki diberikan kelebihan memiliki empat orang isteri, namun ada syarat poligami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini, isu poligami dan hidup bermadu menjadi topik yang hangat diperkatakan di media sosial. Ramai tidak menyangka pasangan pempengaruh yang kelihatan begitu bahagia, kini dilanda ujian apabila suaminya telah berkahwin lagi. Namun tahukah anda poligami maksud sebenarnya dalam Islam?

Pastinya tiada wanita yang sanggup berkongsi lelaki yang dicintai. Bagi lelaki, mereka dibolehkan berkahwin dan memiliki empat orang isteri kerana ia dianggap sebagai sunnah Nabi.

Poligami Maksud

Poligami maksud berasal dari perkataan ‘poli’ yang membawa maksud banyak manakala perkataan ‘gami’ pula ertinya isteri. Poligami secara keseluruhan memberi makna beristeri banyak.

Poligami merupakan satu isu yang sering mencetuskan perdebatan sama ada dalam dunia realiti atau di media sosial. Sebut sahaja berkaitan isu ini, pasti akan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ada yang bersetuju dengan hujah poligami maksud berkaitan dengan sunnah Nabi dan dibolehkan dalam Islam. Namun, ramai juga yang menentang dengan pelbagai alasan tersendiri sama ada dari segi undang-undang dan juga psikologi. 

Statistik Poligami Di Malaysia 

Menurut laporan Berita Harian,  Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menerima 859 permohonan untuk berpoligami di negeri ini sejak 2019 sehingga tahun lalu.

Selain itu, sejumlah 1,617 permohonan lagi diterima bagi mengesah dan mendaftarkan poligami selepas nikah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata statistik itu menunjukkan pasangan yang berpoligami tanpa kebenaran adalah sekali ganda lebih ramai daripada mereka yang memohon kebenaran poligami.

"Itu jumlah yang datang memohon selepas bernikah (1,617) itu, kita percaya yang tidak datang memohon di luar sana mungkin juga lebih ramai.''

Menurutnya antara punca pasangan memilih untuk bernikah di luar negeri tanpa kebenaran adalah suami yang takut untuk memaklumkan hasrat untuk bernikah dengan wanita lain kepada isterinya selain menganggap prosedur permohonan poligami adalah rumit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum Poligami 

#1. Sunat

  • Sunat jika lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika isteri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syawatnya daripada zina dan maksiat). Isteri sakit, mandul atau tidak boleh hamil sedangkan suami inginkan zuriat.
  • Keyakinan untuk berlaku adil dengan isteri-isterinya.

#2. Makruh

  • Jika poligami maksud hanya untuk berlazat-lazat dan berhibur atau syak terhadap kemampuan untuk berlaku adil kepada isteri-isteri.
  • Kemungkinan berlakunya mudarat ke atas isteri-isteri jika tidak mampu berlaku adil.

#3. Haram

  • Diyakini bahawa lelaki itu tidak mampu berlaku adil kerana kelemahannya atau kehilangan kepercayaan terhadap diri sendiri seperti mungkin akan berlaku bias, pilih kasih dan lain-lain.
  • Poligami menyebabkan mudarat kepada orang lain akan jatuh dalam hukum haram.

Nabi S.A.W Hanya Berpoligami Setelah Wafat Isteri Pertama

Baginda SAW semasa berkahwin dengan Saidatina Khadijah berusia 25 tahun. Baginda melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta ini tanpa berpoligami selama 25 tahun iaitu sehingga kewafatan Saidatina Khadijah.

  1. Selepas kemangkatan isteri pertama, Nabi SAW mengahwini Saidatina Sawdah bin Zam’ah yang merupakan seorang janda. Ini kerana Rasulullah SAW selepas kemangkatan Saidatina Khadijah memerlukan isteri yang baharu untuk menjadi ibu bagi menjaga empat puteri baginda yang masih kecil hasil perkongsian hidup baginda dengan Saidatina Khadijah.
  2. Seterusnya pada tahun 3 Hijriah, baginda mengahwini Saidatina Hafsoh puteri Saidina Umar bin al-Khattab yang baru sahaja kematian suaminya. Perkahwinan ini bertujuan memuliakan dan menggembirakan hati Saidina Umar yang berusaha mencari suami baru terbaik buat puteri beliau.
  3. Pada tahun 4 Hijriah pula, Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Zainab binti Khuzaymah yang baru sahaja kematian suami yang gugur syahid di medan Uhud. Pada tahun yang sama juga, Nabi Muhammad SAW mengahwini Saidatina Ummu Salamah atau nama sebenar beliau Hind binti Umayyah yang kematian suami di samping memiliki anak-anak yang masih kecil.
  4. Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah puteri Saidina Abu Bakr al-Siddiq adalah berasaskan faktor pensyariatan kerana baginda telah bermimpi bahawa baginda mengahwini Saidatina Aisyah. Mimpi para Rasul adalah merupakan wahyu daripada Allah SWT.
  5. Seterusnya perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Zaynab binti Jahsy pada tahun 5 Hijriah yang telah diceraikan oleh bekas suaminya Saidina Zayd bin Harithah yang merupakan anak angkat Rasulullah SAW juga atas faktor pensyariatan. Ini kerana Allah ingin menyatakan kepada umat Islam bahawa tidak berdosa sekiranya ayah angkat mengahwini isteri anak angkatnya setelah berlaku perceraian.

Syarat Poligami Dalam Alquran

  • Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri dan anak-anak
  • Berlaku adil kepada isteri-isteri
  • Adil dalam menyediakan kediaman
  • Adil dalam giliran bermalam
  • Adil dalam musafir
  • Adil memberikan nafkah

Hukum Poligami Tanpa Izin Istri

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,”ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.

Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.

Sunnahkah Berpoligami?

Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ianya sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Firman Allah SWT:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Maksudnya: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.

(Surah al-Nisa', 4:3)

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan kalau ditakuti membawa kepada kezaliman jika berpoligami, maka cukuplah berkahwin satu sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kezaliman ini juga perlu mengambil kira perkara-perkara seperti pembahagian nafkah, kesihatan, kewangan, dan kemampuan fizikal.

Jika tidak diraikan perkara ini, kebahagian yang diburu tidak ditemui sebaliknya hanya derita dan mungkin ke Hospital Bahagia!

Renungilah ayat Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat 21:

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Hukum Isteri Melarang Suami Poligami Dalam Islam

Tentunya sebagai isteri, kita akan persoalkan apakah kekurangan kita ini di mata suami? Tak cukup lagikah kebahagiaan yang diberi selama ini?

Namun, dalam hati tentu terdetik salahkah sebagai isteri menghalang suami berpoligami sedangkan ia disebut dalam AlQuran.

Walaubagaimanapun, jangan terus bimbang kerana Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, tidak berdosa jika seorang isteri melarang suaminya untuk berpoligami sekiranya terdapat keperluan untuk membantah perkahwinan tersebut daripada berlaku.

Namun begitu, seperkara yang harus isteri tahu adalah mengharamkan apa yang Allah SWT telah halalkan dan menghalang suami daripada berkahwin lain dengan tindak tanduk yang tidak mematuhi syarak seperti ugut untuk cederakan diri sendiri atau orang lain adalah berdosa. 

Namun jika melarang atas sebab berlakunya kezaliman pada nafkah dan qismah pada isteri-isteri, anak dan ibu bapa maka ia dibenarkan. Malah perbuatan melarang itu sendiri merupakan nasihat yang terpuji dalam agama Islam.

Ia termasuklah jika perkahwinan tersebut boleh menyebabkan hati isteri sakit lantas munculnya penyakit cemburu.

Rasulullah SAW pernah larang Ali madukan Fatimah

Berdasarkan dalil sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:

إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sahaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”

Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”

Kesimpulannya, poligami maksud dan hukum isteri melarang suami untuk berpoligami adalah tidak berdosa jika dibuat atas dasar nasihat. Wahai wanita, jangan sesekali biarkan hak anda ditindas dan dilanggar.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pahit Untuk Ditelan, 'Orang Ketiga' Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

Baca juga:  Orang Ketiga Takkan Bahagia Atas Derita Orang Lain, Pesan Prof Muhaya

Baca juga:  Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga