TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Awas, Perkembangan Anak Merosot Puncanya Daripada Ibu Bapa, Elakkan Perkara Berikut!

6 min bacaan
Awas, Perkembangan Anak Merosot Puncanya Daripada Ibu Bapa, Elakkan Perkara Berikut!

Perkembangan anak adalah paling utama bagi ibu bapa, namun tanpa disedari ibu bapa juga jadi punca perkembangan mereka merosot, ini antara sebabnya.

Antara perkara yang buat ibu ayah teruja adalah melihat perkembangan anak yang semakin hari semakin advanced!

Namun tidak dinafikan dalam keterujaan melihat perkembangan ada sesetengah bayi tidak menunjukkan sebarang pembaharuan dan lebih menakutkan perkembangan merosot!

Bolehkah ia terjadi? Ya, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kemerosotan bayi dalam perkembangan mereka. 

Antaranya adalah seperti 6 faktor di bawah

Punca perkembangan anak merosot

perkembangan anak

#1. Terlalu Melindungi

Jangan pegang! Jangan panjat! Jangan lari! Jangan itu jangan ini. 

Mesti biasa kan ibu ayah katakan jangan pada anak? Terutama pada bayi yang semakin galak bermain bila baru merangkak dan berjalan. 

Terlalu banyak jangan telah menghadkan anak untuk meneroka dunia di sekelilingnya. Otak mereka berkembang dengan mencuba sesuatu yang baru dan dengan melakukan sesuatu berulang kali. Seperti membaling, memanjat dan memegang. 

Jika semua pergerakan dan penerokaannya dihalang bagaimana mereka nak membiasakan diri dan menghabiskan tenaga mereka?

Bagaimana deria badan kanak-kana ini boleh berhubung dan distimulasi untuk perkembangan otaknya. Macam mana dia nak belajar cause & effect, mengagak bahaya dan mengaggar jarak jika dia tak pernah mencuba?

Kanak-kanak yang aktif itu adalah fitrah, mereka layak untuk bermain, layak untuk mengamuk dan berasa marah. Kerana mereka hanyalah kanak-kanak, emosi pun mereka tak tahu kawal lagi.

Biarkan mereka melompat, berlari, menyanyi dan membebaskan tenaga yang banyak tu, cuma kawal supaya tidak menjadi sesuatu yang merbahaya. 

Bila anak dah besar sikit mulalah tangga pula menjadi mangsa, waktu ini biarkan anak naik tangga sambil anda ikut di belakangnya. Naik turun tangga bagus untuk otot kakinya. 

#2. Terlalu manjakan anak dengan barangan bayi.

Mainan itu tak selamat, mainan ini tak selamat, sudahnya parents belikan mainan bayi! Aduh, anak dah semakin membesar, mainan-mainan lembut sesuai untuk sensori bayi sahaja. 

Sensori anak yang makin membesar lain teksturnya, bentuknya, memanglah keras sedikit tapi itulah yang sepatutnya.

Selain itu barangan yang melibatkan tempat bayi, seperti crib, nursing pillow, bantal bayi, floor seat, jumper, baby sling, high chair, buaian, dan apa sahaja peralatan yang memaksa anak duduk di satu-satu tempat pada satu-satu masa adalah tidak perlu sekiranya bayi sudah pandai berjalan!

Anak yang berisiko menghadapi masalah ini kebanyakannya adalah anak yang dihantar pengasuh, atau dijaga oleh ibu bapa/ penjaga yang sibuk.

Perlatan tersebut sepatutnya hanya diguna pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jika ia digunakan pada masa yang lama ia boleh menyekat pergerakan anak secara tidak perkembangannya juga.

Bagaimana perlatan tersebut ‘membantutkan pertumbuhan’ bayi?

Bayi perlu menggerakkan kaki, memusing-musingkan kepala dan menggoyangkan badan.

Tanpa pergerakan sebegini, mereka tak mampu membina kekuatan dan koordinasi badan,

dan tak mampu belajar skil-skil yang diperlukan, yang mana skil tersebut juga penting untuk perkembangan beberapa bahagian otak.

Skil yang bagaimana? Skil pusingkan kepala, skil merangkak, skill berguling, skil duduk dll.

Semasa bayi membesar, bukan lemak badan dan saiz dia sahaja jadi ‘penunjuk’ bahawa dia sedang membesar dengan sihat. Tapi juga otot, tulang, sendi mereka juga perlu aktif digunakan.

Semua ni termasuk dalam stimulasi deria vestibular, proprioceptive dan motor sensori.

Untuk menguatkan deria tersebut bukan semata perlu lompat atas trampolin atau paksa wall climb pun, cukup sekadar ransang dia bergerak meniarap, merangkak, menggapai barang dan sebagainya

Biar anak membaling barang atau memusnahkan mainan blok yang dibina. Anak membaling barang bukan sebab anak tu nakal. Membaling barang pada usia masih bayi adalah cara anak untuk meneroka keperluan dan menguatkan tangan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

#3. Pemakanan.

perkembangan anak

Walaupun otak terdiri daripada 2 % berat badan, tapi ia memerlukan 20% pengambilan tenaga harian.

Ini kerana otak juga buat kerja-kerja berat seperti berfikir, memproses memori, memproses maklumat yang dilihat, memproses perkataan yang nak dituturkan, nak belajar dan sebagainya.

Nak kawal emosi pon kerja otak tau! Tak hairanlah kalau lapar rasa nak marah, betul tak?

Oleh sebab itu, sangat penting untuk anak dibekalkan dengan pemakanan yang halal, seimbang dan sihat. Makanan sunnah adalah supplemen yang sangat baik untuk bagi tenaga kat otak selain dari karbohidrat, protein dan vitamin yang kita ambil hari2.

Anak-anak sepatutya memerlukan 3 kali makan berat dan 2 kali snek satu hari.

Contoh diet yang cantik mengikut pakar pemakanan adalah;

7 pagi makan roti, buah potong dan susu.

10 pagi milo dengan biskut,

1 tengahari, makan nasi dengan lauk protein samaada ikan atau ayam bersama sayur

5 petang, kuih muih,

8 malam, makan berat lagi dan malam, minum susu.

Menurut Dr Rizal, beberapa makanan terproses menghalang perkembangan otak anak-anak.

Contoh makanan seperti yoghurt berperisa banyak gula, sosej, french fries, salad dressing, mayonis, ais krim, jus buah yg bergula dan minuman berperisa mcm air tin, air kotak.

#4. Komunikasi yang tidak sihat atau kurang komunikasi

Ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan anak sejak mereka bayi lagi. Waktu mereka bayi jangan fikir mereka tak faham apa-apa jadi tak perlu bercakap. 

Salah. Waktu bayi lagi mereka sudah berupaya absorb semua yang didengari, bahkan dari dalam kandungan lagi mereka boleh kenal suara ibu mereka. 

Ada ibu bapa yang berpendapat, anak-anak yang diajar dengan kekasaran lebih mudah beradaptasi dengan dunia luar yang penuh kekejaman.

Apa yang sebenarnya berlaku, otak emosi iaitu otak kanan dan otak logik iaitu otak kiri tidak dilatih dari kecil untuk berintegrasi dengan baik. Ia menyebabkan anak mengalami masalah kawalan diri (hampir menyamai tanda-tanda anak ADHD, autism dsb), seperti anxiety berlebihan, sukar mengawal marah, tidak faham giliran, mudah kecewa, sukar terima perubahan atau apa sahaja bentuk ‘kurang imun emosi’.

#5. Stress

perkembangan anak

Stress di kalangan anak-anak biasa berlaku bila anak menerima perubahan, contohnya pindah rumah, kehilangan ayah/ ibu, mendapat adik baru, baru nak belajar duduk dengan pengasuh dan kurang mendapat perhatian dari ibu bapa sebagaimana kebiasaannya.

Beri ruang kepada anak untuk adapt. Kanak-kanak sangat biasa dengan rutin tapi juga mudah untuk adapt rutin baru. Jadi sentiasalah beri sokongan kepada anak-anak dengan beri penuh perhatian.

Telah banyak kajian yang membuktikan penggunaan gajet yang berlebihan mampu meningkatkan pelbagai risiko yang membahayakan antaranya seperti:

  • Autisme
  • Masalah sensori
  • Kerosakan mata
  • Lambat bercakap
  • Tantrum

Sebagai ibu bapa, kita perlu menjadi pembimbing yang terbaik untuk anak-anak membesar dengan sihat. Tidak perlu sehingga sempurna, anda pun tahu tiada manusia sempurna. 

Yang pasti mereka cukup segalanya. 

Jangan lupa, tanpa perhatian dan playtime bersama anak, kita ibarat mendera mental mereka dalam diam.

Sumber: Wawa Shauqi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punca Perkembangan Anak Menjadi Lambat & Perlahan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Awas, Perkembangan Anak Merosot Puncanya Daripada Ibu Bapa, Elakkan Perkara Berikut!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham