Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!

Perkembangan bayi usia 2 bulan inilah yang paling mengujakan, bayi anda sudah pandai tersenyum dan terhibur apabila diagah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan bayi usia 2 bulan adalah salah satu waktu yang ditunggu-tunggu semua ibu ayah baharu selepas menimang anak. Mereka mengharapkan bayi mereka membalas senyuman! Perkembangan bayi usia 2 bulan sememangnya sangat mengujakan, mereka sudah pandai tersenyum apabila ibu ayah mengagah mereka.

Kadang-kadang itu kalau ibu ayah berhenti bergurau, mereka mula merengek pula. Alamak!

Jadi ibu ayah semua bersiap sedia untuk merakam kenangan manis ini. Malah, penglihatan mereka juga makin bertambah baik pada usia ini, ada kemungkinan mereka mengenali ibu ayah mereka.

Ini juga merupakan salah satu waktu yang terbaik untuk anda membiasakan anak memegang barang-barang mainan yang bertekstur juga berwarna-warni. Biar mereka kenal sikit-sikit dan mudah untuk perkembangan mereka.

Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan: Fizikal.

#1: Otot tengkuk dan kawalan kepala

Bayi yang berusia 2 bulan mula dapat mengawal badannya dan mengangkat kepala dengan stabil apabila anda meletakkannya dalam posisi meniarap atau semasa anda mendukungnya.

#2: Koordinasi yang lebih baik

Anak anda juga akan mula buat aksi “push-up” yang comel semasa dia sedang meniarap. Pergerakan kaki dan tangannya akan menjadi lebih lancar dan kurang tersentak-sentak. Pada waktu ini, koordinasi pergerakannya adalah lebih baik berbanding sebulan yang pertama.

#3: Memusingkan badan

Berhati-hatilah semasa menukar lampin bayi anda yang kini berusia 2 bulan. Ini kerana, dia sudah pandai memusingkan badan, walaupun dia belum mampu meniarap sendiri dengan sepenuhnya lagi.

#4: Menenangkan diri

Pada ketika ini, dia mula mempunyai refleks menghisap yang lebih kuat, pada fasa inilah bayi anda akan mula menghisap jarinya sebagai satu cara untuk menenangkan dirinya sendiri.

#5: Menggenggam

Anda juga akan mula perasan yang bayi anda secara semula jadinya akan mempunyai refleks untuk mengenggam. Pada usia 2 bulan, si kecil anda anda mula mengetahui bagaimana untuk melepaskan genggamannya dan mungkin juga belajar untuk melambai.

#6: Mengeluarkan air liur

Anak anda juga akan mula mengeluarkan air liur dan sering menyebabkan baju anda basah. Tetapi ini bukan bermaksud yang dia akan mula tumbuh gigi, kerana ia biasanya hanya terjadi pada usia 4 bulan.

Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan: Sensori.

#1: Penglihatan

Oleh kerana bayi anda sudah boleh melihat dari jarak 60cm dari mukanya, dia juga boleh membezakan antara warna dan mudah tertarik pada warna yang terang atau pada objek yang berbeza bentuk.

Walaupun dia mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membezakan tona warna yang hampir sama, seperti merah dan oren, tapi anda sudah boleh menunjukkan mainan, buku, atau gambar objek berwarna hitam putih atau kontra warna yang berbeza.

#2: Pendengaran

Pada usia 2 bulan, si kecil sudah boleh membezakan antara suara yang sering didengarinya. Seperti suara ibu dan ayah. Dia kini sudah menjadi pendengar yang baik. Apabila mendengar sesuatu, terutamanya suara anda, dia akan memberikan respon dengan memalingkan wajahnya ke arah sumber bunyi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga akan berasa tenang mendengar suara anda, di mana ia membantu menenangkan ragam si kecil. Jadi, lagi banyak anda bercakap atau menyanyi pada si kecil, lagi cepat dia belajar untuk mengenal suara anda.

#3: Senyuman pertama

Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri dari bayi anda. Senyuman pertama adalah antara pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibu bapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar.

Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda.

Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tidak dapat tidur. Anda boleh menggalakkan bayi anda senyum dengan membuat wajah atau bunyi lucu. Semakin dia membesar, dia akan cuba meniru anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4: Bayi masih belum tidur sepanjang malam

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara sebilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia 2 bulan masih mahu menyusu pada waktu malam, oleh itu, anda akan diganggu ketika tidur.

Tapi apa yang merupakan berita baik ialah dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga! 

#5: Bayi semakin aktif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan bayi usia 2 bulan semestinya mereka semakin aktif. Mereka sudah pandai menggerak-gerakkan semua anggota badan mereka, termasuk gerakan badan yang seakan-akan nak memusing!

Tidak lama lagi, mungkin nak masuk usia 3 bulan, bayi anda sudah boleh meniarap. 

Bayi anda akan suka melihat permainan berwarna-warni yang digantung, dia akan berasa cukup teruja dengan pergerakan mainan. Dia mungkin juga cuba untuk mencapai sesuatu dan mengeluarkan bunyi-bunyian dan menggeliang-geliut tangan dan kakinya untuk menunjukkan kegembiraan.

Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang terhad semasa dia  baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar. Perkembangan bayi usia 2 bulan kini juga sudah boleh menyambar objek, tapi belum tahu cara melepaskan objek.

Jaga-jaga jika bayi menyambar rambut anda, mungkin anda susah nak terlepas dari genggamannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemeriksaan Kesihatan.

Bayi anda akan diperiksa pada usia enam minggu hingga lapan minggu untuk memastikan dia sihat dan membesar dengan baik. Jika anda bimbang tentang apa-apa, kini adalah masa yang baik untuk menyatakannya.

Pemeriksaan akan dijalankan di klinik doktor anda atau KKIA yang terdekat oleh bidan. Pemeriksaannya sama seperti ujian yang bayi anda lalui pada minggu pertama selepas kelahiran.

Doktor atau jururawat anda akan:

  • Menimbang dan mengukur panjang dan lilitan kepala bayi anda
  • Memeriksa mata, pinggang, hati dan kemaluan bayi anda
  • Bertanya anda tentang pemakanan dan perkembangan bayi

Jangan lupa untuk membawa buku rekod kesihatan bayi anda semasa pemeriksaan selepas bersalin dan apabila anda membawanya untuk imunisasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikan Vaksin.

Bayi anda akan mendapat suntikan imunisasi pertama ketika lahir.

Pada waktu ini juga, doktor atau Paed akan memberikan bayi anda pemeriksaan ringkas sebelum memberikan imunisasi. Vaksin bayi anda mungkin ditunda beberapa hari jika dia mempunyai demam atau tidak berapa sihat.

Tetapi jika bayi anda menghidap sedikit batuk atau selsema untuk beberapa hari, ia tidak menjadi masalah kerana bayi anda masih boleh terus menerima suntikannya.

Suntikan Vaksin Rotavirus.

Untuk pengetahuan ibu ayah di luar sana, rotavirus adalah virus yang mudah tersebar di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, dan sakit perut yang teruk.

Oleh disebabkan itu, kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital. Sebab itulah vaksin rotavirus ini disyorkan untuk diberikan kepada kanak-kanak sebagai salah satu cara untuk ibu ayah melindungi anak-anak mereka daripada terkena jangkitan.

Kebaikan Vaksin Rotavirus.

#1: Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang dilemahkan dengan tujuan pengambilannya dan membina imuniti kanak-kanak terhadap virus ini.

#2: Kajian menunjukkan 9 dari 10 kanak-kanak yang mendapat vaksin ini akan dilindungi dari mendapat jangkitan rotavirus yang teruk. Manakala kira-kira 7 daripada 10 kanak-kanak akan dilindungi daripada jangkitan ini.

#3: Dua vaksin rotavirus kini dilesenkan untuk kegunaan di kalangan bayi dan kanak-kanak, iaitu:

  • RotaTeq (RV5) diberikan dalam 3 dos pada umur 2 bulan, 4 bulan, dan 6 bulan.
  • Rotarix (RV1) diberikan dalam 2 dos pada umur 2 bulan dan 4 bulan.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua vaksin diberikan melalui mulut, bukan dengan suntikan1.

Dos yang pertama untuk kedua-dua vaksin adalah yang paling berkesan jika diberikan sebelum anak berusia 15 minggu.

Kanak-kanak harus menerima semua dos vaksin rotavirus sebelum mereka berumur 8 bulan.

Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Vaksin Rotavirus?

Walau bagaimanapun, ada beberapa keadaan/situasi yang tidak membenarkan suntikan rotavirus ini untuk diberikan, iaitu:

  1. Bayi yang mempunyai tindak balas alergi yang teruk (mengancam nyawa) terhadap dos vaksin rotavirus tidak perlu mendapatkan dos lain.
  2. Bayi yang mempunyai alahan yang teruk (mengancam nyawa) kepada mana-mana komponen vaksin rotavirus.
  3. Bayi dengan “Severe Combined Immune Deficiency” (SCID).
  4. Bayi yang menghidap masalah usus tersumbat (intussusception).
  5. Bayi yang sedang sakit harus menunggu untuk mendapatkan vaksin sehingga mereka sembuh, termasuklah cirit-birit atau muntah-muntah.

Ibu ayah disarankan untuk bertemu dengan doktor atau pakar kanak-kanak sebelum membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada bayi masing-masing. Ini adalah penting untuk mengetahui cara yang terbaik untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan merbahaya,  mahupun kesan sampingan vaksin yang tidak diingini.

Doctoroncall (6 August 2020) Perlukah Anak Saya Diberi Vaksin Rotavirus & Apakah Kebaikannya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Bayi 0-12 Bulan, Ini Yang Anda Perlu Tahu