Bayi saya kurang bergerak ketika 32 minggu - Adakah ia bahaya?

lead image

Masuk perkembangan janin 32 minggu, mereka akan semakin kurang bergerak. Adakah ia berbahaya? Panduan ini akan menjawab segala kemusykilan anda.

Jangan risau ibu. Salah satu perkembangan janin 32 minggu ialah mereka sudah memiliki kitaran tidur. Sebab itu anda makin kurang merasakan mereka bergerak.

Setiap aktiviti janin kini bergantung kepada kitaran tidur 20 ke 40 minit. Ini antara perkembangan janin 32 minggu lain yang ibu perlu tahu.

Perkembangan janin 32 minggu: Berapa besar bayi sekarang?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 32 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu ke tiga puluh dua, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 32, perkembangan janin minggu ke 32, perkembangan bayi minggu tiga puluh dua, tumbesaran janin minggu 32, tumbesaran janin minggu ke tiga puluh dua

Bagaimana perkembangan janin 32 minggu sekarang?

Dalam minggu ini, bayi anda sudah boleh:

  • Menelan, bernafas, menendang dan menghisap
  • Sistem penghadamannya juga sudah terbentuk dengan sempurna dan sedia untuk berfungsi
  • Kulitnya kini sudah tidak lagi telus. Ia lebih legap sekarang
  • Bayi sudah boleh tidur dengan kitaran 20 hingga 40 minit. 

Perkembangan janin 32 minggu: Simptom kehamilan

  • Perut yang makin membesar itu akan rasa sangat gatal kerana kulit makin merenggang dan jadi kering
  • Anda akan rasa kekejangan pada bahagian betis. Ia sungguh menyakitkan, terutamanya pada waktu malam
  • Rahim yang makin berkembang akan menghimpit perut anda
  • Payudara makin membesar dan anda akan perasan cecair kekuningan mula keluar dari puting. Jangan panik! Itu ialah kolostrum, pendahulu susu badan yang amat bagus

Perkembangan janin 32 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Lakukan senaman ringan dengan kerap dan minum air dengan mencukupi
  • Jangan lupa bawa makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat. Ia penyelamat jika anda rasa pening
  • Cuba calamine atau losyen anti-gatal yang boleh menenangkan kes kegatalan

Checklist anda

  • Jangan obses sangat dengan stretch marks. 90% memang akan mengalaminya
  • Bersedia dengan tanda-tanda nak bersalin: contohnya air ketuban pecah, kejang pada perut seperti haid, pendarahan dari vagina, ciri-birit dan cengkaman pada rahim
  • Masa yang sesuai untuk buat baby shower!

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 31

Minggu seterusnyaMinggu ke - 33