X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

4 min bacaan
Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

Persediaan bersalin caesar amat penting bagi memudahkan proses kelahiran anda. Ketahui ada beberapa perkara penting yang perlu ibu sediakan

Kebanyakan ibu amat mengharapkan untuk bersalin normal, namun beberapa faktor mungkin memerlukan anda bersalin caesar. Justeru semak beberapa info penting mengenai persediaan bersalin caesar agar urusan anda dimudah-mudahkan.

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan buat pasangan suami isteri. Proses kelahiran anak pertama biasanya membuatkan ibu sedikit janggal memandangkan tidak memiliki pengalaman serta gambaran apabila berada di dewan bersalin nanti.

Persediaan bersalin caesar secara fizikal dan mental

Persediaan sebelum dibedah

bersalin secara pembedahan

credit to sources

#1. Rancang bantuan selepas anda selamat bersalin

2 minggu pertama, ibu hanya mampu menguruskan diri dan bayi sahaja. Justeru pastikan ada seseorang yang boleh membantu menguruskan hal anak-anak lain, kemaskan rumah dan urusan rumah tangga.

Adalah lebih baik jika cukupkan tempoh sebulan kerana ibu perlukan waktu rehat untuk benar-benar sihat.

#2. Pemilihan seluar dalam

Jangan berangan nak beli yang jenis beropol-ropol, g string atau la senza. Pakai sahaja seluar dalam mak-mak. Yang tingginya sampai pusat dan tidak ketat.

Sekurang-kurangnya selepas dua minggu barulah anda boleh pakai ketat-ketat.

#3. Seluar atau skirt

Pakai je seluar dan skirt mengandung haritu. Yang penting selesa untuk luka pembedahan. 

#4. Bengkung

Sebenarnya ibu yang bersalin caesarean boleh memakai bengkung jenis strap on untuk dua minggu pertama. Seelepas itu barulah boleh pakai bengkung kain.

#5. Pakej berpantang

Pastikan anda tempah pakej berpantang TANPA sauna. Kadang-kadang bidan sebut tangas, tapi yang sebenarnya dia buat sauna. Tanya betul-betul. Jangan bila dah buat rawatan baru menyesal.

#6. Makanan berpantang

tips bersalin caesar

credit to sources

Jika di hospital kerajaan, mereka akan hidangkan semua jenis makanan. Bagi mereka tiada istilah pantang (walaupun banyak dah kes ibu mengalami bentan dalam pantang, mereka tak boleh jelaskan dan asyik kata ibu terlebih berfikir).

Jadi sebelum bersalin, ibu-ibu boleh masak dahulu lauk pantang dan bekukan. Suami hanya perlu panaskan sahaja. Lebih mudah!

#7. Tandas duduk

Jika ibu pantang di kampung yang tiada tandas duduk, bolehlah beli portable toilet untuk orang sakit tu. Jangan mencangkung kerana ia boleh menarik urat dan otot luka.

Perancangan ketika bersalin caesar

Ambil tahu bagaimana prosedur bersalin secara pembedahan

  • Ibu kena banyak membaca dan rajin-rajinlah bertanya kepada bidan bagaimana prosedur pembedahan.
  • Ketahui jenis bius yang akan digunakan. Selalunya ibu akan dibius separuh badan. Tetapi jika tiada komplikasi, ibu akan ditidurkan untuk mengurangkan sebarang risiko.
  • Masa epidural, memang seram. Selalunya saya request nak pegang tangan mana-mana nurse yang ada sebab takut sangat-sangat. Masa ni kita kena bertenang, fikir positif dan badan tidak boleh dikeraskan. 
persediaan bersalin czer

credit to sources

  • Kemudian anda akan rasa tapak kaki seakan-akan panas sehinggalah ke bahagian pinggang. Disebabkan dewan bedah sejuk sangat, sekurang-kurangnya ‘kepanasan’ itu sedikit sebanyak menenangkan. Hakikatnya itulah namanya dibius, dah kebas. Tak rasa separuh badan.
  • Elakkan tengok pada lampu di atas kepala anda sebab ia seperti cermin. Pantulan cermin lampu membuatkan ibu boleh nampak apa yang doktor buat di sebalik tirai.
  • Masa proses pembedahan, elakkan overthinking bagi mengelakkan degupan jantung dan tekanan darah naik mendadak.
  • Ya, ibu akan rasa setiap lorekkan atas kulit perut. Tapi tidak sakit. Rasa macam doktor lorek guna jari sahaja. Masa nak keluarkan bayi, doktor akan goyang-goyangkan perut dan ibu juga mungkin disuruh push baby dari ulu hati turun ke bawah. Kekal bertenang supaya segala proses berjalan mudah.
  • Bila bayi dah keluar, doktor akan suruh anda declare jantina. Masa ni dapatlah tengok muka baby dan boleh skin to skin.
  • Kemudian bermulalah episod jahit-menjahit. Memang lama, jadi kena bersabar dan banyak-banyak ucapkan alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan, ibu masih boleh bernafas tanpa sebarang komplikasi.

Setiap kali dapat tahu mengandung, saya sentiasa buat persediaan untuk kematian. Bersalin ni ibarat kita 50-50, apatah lagi pembedahan.

Kematian itu pasti, tetapi kita tidak tahu bila dan bagaimana. Tapi selalu mengharapkan mati syahid, insyaallah hilanglah rasa takut tu.

Semua benda kat dunia ini semuanya Allah sudah aturkan. Kita sebagai manusia hanya jalankan sahaja demi Allah.

Sumber: Siti Aishah

Kredit foto: the minimalist traveler

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Bersalin Normal Selepas Caesar, Ibu Berisiko Mengalami Rahim Pecah 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!
Kongsikan:
  • Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

    Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

  • Rupanya Ada Sebab Mengapa Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Sengaja & Tanpa Sebab, Ya!

    Rupanya Ada Sebab Mengapa Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Sengaja & Tanpa Sebab, Ya!

  • Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

    Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

  • Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

    Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

  • Rupanya Ada Sebab Mengapa Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Sengaja & Tanpa Sebab, Ya!

    Rupanya Ada Sebab Mengapa Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Sengaja & Tanpa Sebab, Ya!

  • Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

    Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.