11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

lead image

Malang kan tak berbau. Apa nak buat jika anak cedera? Setiap ibu bapa wajib mengetahui langkah pertolongan cemas ini agar dapat membantu anak mereka.

Pertolongan cemas untuk anak-anak yang cedera

Setiap ibu bapa berharap yang mereka tak akan perlu menggunakan langkah-langkah pertolongan cemas untuk anak mereka.

Namun, kadang-kadang, malang tak berbau dan walaupun ibu bapa sering mengingatkan anak untuk berjaga-jaga, kecederaan masih boleh berlaku!

Jadi, sebagai ibu bapa -kita perlu sentiasa bersedia. Sebab itu ilmu tentang pertolongan cemas ini wajib anda ketahui. 

Berikut adalah 11 tip pertolongan cemas yang setiap ibu bapa wajib tahu:

1. Kecederaan Kepala

Tanda-tanda: Selepas terhantuk kepala, ada tanda konkusi seperti pengsan (walaupun sekejap saja), sakit kepala yang teruk, muntah-muntah, kekeliruan, mengantuk atau sukar untuk berjalan.

pertolongan cemas

Bawa berjumpa doktor selepas langkah pertolongan cemas. Sumber gambar: Washington University School of Medicine

Langkah-langkah: Periksa keadaan anak anda. Jika lehernya sakit, dalam keadaan lemah dan ada rasa sesemut di tangannya, ada kemungkinan lehernya cedera semasa terjatuh.

Jangan alihkan anak dan terus buat panggilan kecemasan.

Jika anak terhantuk kepala dalam acara sukan, suruh dia berhenti bermain untuk mengelakkan kecederaan kali kedua. 

Hubungi 999 jika anak pengsan selepas terjatuh atau menghadapi masalah untuk bangun. Hantar anak ke bilik kecemasan jika anak mengalami:

  • sakit kepala yang teruk,
  • kekeliruan,
  • rasa nak tidur,
  • asyik terjatuh ketika berjalan,
  • muntah-muntah, atau
  • apa sahaja yang membimbangkan

2. Reaksi Alahan Yang Teruk

Tanda-tanda: Kulit anak mungkin akan naik gatal-gatal. Muka dan mulutnya akan bengkak dan dia akan batuk-batuk lalu mengalami kesukaran untuk bernafas. Rasa pening, muntah-muntah dan cirit birit juga boleh berlaku.

Langkah-langkah: Jika ibu bapa mempunyai pena pemancit epinefrin, gunakannya dengan segera.

Bawa anak berjumpa doktor walaupun keadaannya bertambah baik kerana kesan ubat boleh habis.

Jika anak tak dapat bercakap, bernafas atau pengsan, hubungi 999 dengan segera. Pastikan anak selesa sebelum pertolongan tiba.

Baca juga:

Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

3. Gigi Sumbing Atau Patah

Tanda-tanda: Selain kerosakan gigi yang jelas, kawasan sekitar mulut mungkin nampak merah

pertolongan cemas

Satu lagi langkah pertolongan cemas adalah memastikan anda mencuci kawasan luka dengan air bersih. Sumber gambar: Vivid Dental

Langkah-langkah: Hubungi doktor gigi keluarga dengan segera, terutamanya jika gigi tercabut.

Jika anda tak dapat menghubungi doktor gigi, pergi ke wad kecemasan

Gigi sumbing dengan saraf yang terdedah memerlukan perhatian segera. Letak balik gigi itu ke dalam soket dan suruh anak tahan ia dengan menggigit tuala kertas atau tuala kecil yang bersih. 

Bilas gigi dengan air jika ia kotor. Jika tidak, simpan gigi dalam bekas yang ditutup bersama dengan susu atau sedikit air liur.

4. Hidung berdarah

Anda boleh baca keterangan lanjut tentang teknik pertolongan cemas bagi kes hidung berdarah dalam artikel ini:

Anak Hidung Berdarah, Patutkah Ibu Risau? Ini Cara Merawatnya

5. Tulang Patah

Tanda-tanda: Jika tulang nampak bengkok atau terjulur keluar, tulang itu jelas patah.

Jika selepas kecederaan, anak dalam kesakitan yang teruk dan ada bengkak pada kawasan luka, muntah-muntah atau rasa ingin pengsan, ada kemungkinan tulangnya patah!

Langkah-langkah: Pastikan anak selesa dan jangan gerakkan tulang yang patah. Hubungi 999 jika tulang itu terjulur keluar atau bengkok.

6. Kecederaan Mata

Tanda-tanda: Anak mungkin akan menggosok matanya yang merah atau berair dan mengalami kesakitan yang teruk.

pertolongan cemas

Bagaimana pula dengan pertolongan cemas untuk kecederaan mata? Sumber gambar: Family Doctor

Langkah-langkah: Hubungi 999 jika terdapat luka yang jelas pada muka atau mata, anak sukar bernafas atau pengsan.

Jangan cuci atau paksa anak buka mata kalau matanya luka.

Kalau lukanya ringan, buka mata anak dengan berhati-hati dan cuci bersama air salina steril atau dengan air bersih. 

7. Tercekik

Segala maklumat lanjut tentang insiden tercekik dan apa yang perlu anda buat bila anak tercekik ada dalam artikel di bawah:

Anak tercekik? Apa perlu saya buat?

8. Luka Berdarah 

Tanda-tanda: Luka teruk dengan darah tak berhenti walaupun selepas tekanan diberi pada kawasan luka.

Langkah-langkah: Terus beri tekanan pada luka. Jika tak berkesan, hubungi 999.

Anda juga boleh pergi ke wad kecemasan. Untuk merawat luka ringan, bersihkan dengan sabun dan air kemudian balutkan dengan pembalut. 

9. Keracunan

Tanda-tanda: Gejala bergantung kepada racun:

  • kesan luka dalam mulut
  • sukar bernafas
  • mengantuk
  • muntah-muntah. 

Langkah-langkah: Sekiranya anak sukar bernafas atau tidak sedar, hubungi 999.

Jika anda tahu punca keracunan itu, beritahu pegawai kecemasan dan bersedia untuk memberitahu berat badan anak dan berapa banyak racun telah dimakan.

Baca juga: 

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Mengelak Keracunan Merkuri

10. Melecur atau Terbakar

Tanda-tanda: Kulit akan kelihatan merah, menggelembung dan seperti melecur. Jika melecur akibat kebakaran third-degree, kulit akan bertukar warna hitam atau putih.

Langkah-langkah: Bilas kulit dengan air sejuk. Panggil 999 jika kecederaan melecur itu akibat api atau elektrik.

Jika anak anda mengalami kekeliruan atau tidak bernafas, bawa ke wad kecemasan.

11. Sawan

Tanda-tanda: Anggota badan kaku dan mulut berbuih dengan tiba-tiba.

Tanda-tanda sawan mungkin juga tidak nyata. Anak mungkin kelihatan bingung, atau matanya mungkin ternaik ke atas.

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Langkah pertolongan cemas: Cara untuk meletakkan anak dalam posisi pemulihan. Sumber gambar: Epilepsy Association of Calgary

Langkah-langkah:

  1. Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
  2. Taksirkan bahaya dan jika boleh, bawa mangsa keluar daripada persekitaran berbahaya.
  3. Letak mangsa dalam posisi pemulihan (pusingkan seluruh tubuh ke sebelah kiri).
  4. Letakkan benda lembut di bawah kepalanya cth: jaket, selimut.
  5. Tanggalkan pakaian ketat seperti tali leher dan rantai leher.
  6. JANGAN CUBA HENTIKAN PERGERAKAN.
  7. JANGAN LETAK APA-APA DALAM MULUT MANGSA.
  8. Tunggu sawan habis dan periksa pernafasan/nadi.
  9. Mulakan CPR jika perlu.
  10. Jika pernafasan normal, duduk bersama mangsa sehingga dia betul-betul sedar. Jangan beri makanan atau air sehinggalah dia betul-betul sedar.

Sumber: ParentsMMGazette

Semoga perkongsian ini membantu anda. Jangan lupa save artikel ini supaya anda mudah mencarinya nanti!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jangan biarkan anak anda bermain ‘slime’!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner