Pada Usia 6 Hingga 13 Tahun, Anak Lelaki Mula Alami Perubahan Ketara, Pastikan Ayah Jadi Idola Anak No. 1!

Usia 6 hingga 13 tahun merupakan fasa perubahan paling penting buat ibu ayah dalam membentuk tingkah laku anak lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama ada perasan atau tidak, anak lelaki anda yang berusia 6 tahun mula menunjukkan perubahan dari segi sikap yang semakin berani dan adakalanya lasak dari sebelumnya.

Adakah disebabkan dia kurang perhatian? Atau kasih sayang? Atau nakal? Sebenarnya, waktu inilah fasa yang paling kritikal menguji kesabaran ibu ayah apabila anak mula mengalami perubahan ketara dalam diri mereka.

‘Bapa borek, anak rintik’. Tiada istilah anak ‘nakal’, sebaliknya didikan ibu ayahlah menjadi contoh paling utama dalam mencorakkan keperibadian anak kerana mereka selalu memerhati dalam diam. 

Nak anak lelaki mudah dengar kata, libatkan ayah sekali supaya menjadi idola anak-anak!

Perubahan ketara anak bermula usia 6 tahun hingga akil baligh

 

Menerusi satu perkongsian Dr. Redza Zainol di Instagram, menjelaskan bagaimana kanak-kanak lelaki usia 6 hingga 13 tahun boleh mengalami perubahan yang ketara. Lebih jelas lagi, pendekatan seorang ayah terhadap anak memainkan peranan yang sangatlah penting untuk membentuk tingkah laku anak supaya membesar menjadi seorang lelaki yang budiman.

Perubahan yang dialami anak lelaki sepanjangn fasa ini melibatkan dari segi emosi, fizikal dan tingkah laku. Katanya lagi, pada usia sebegini timbul karakter yang lebih maskulin dalam diri anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka lebih gemar bermain aktiviti yang lasak seperti bermain lawan-lawan, suka bergusti dan meniru aksi superhero yang dilihatnya. Malah, mereka cenderung untuk membuat bising tidak kiralah ketika berada di khalayak ramai seperti di kedai makan, tempat membeli-belah atau di rumah. 

Selain itu, doktor ini turut menyatakan kanak-kanak ini juga lebih tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Boleh jadi mereka terdiri dari ayah, pak cik, datuk atau saudara lelaki yang lain.

Anak lebih dekat dengan ayah, mudah dengar kata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia kanak-kanak lelaki 6 tahun hingga akil baligh, ayah menjadi lebih penting di mata anak lelaki. Anak mula berminat untuk belajar bagaimana menjadi seorang lelaki. Di sinilah dia akan tercari-cari siapakah idola lelaki dewasanya. 

Jika lelaki dewasa itu ialah ayahnya, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah. Seolah-olah dia memuat turun “software” dari ayahnya dan masuk ke dalam otak kanak-kanak lelaki tu. 

Pada waktu ini , secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.

Inilah peluang terbesar seorang ayah untuk mempengaruhi diri kanak-kanak lelaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr. Redza Zainol lagi, asas kepada ciri-ciri maskulin seorang kanak-kanak lelaki juga dibina pada waktu ini. Jadi inilah masanya yang sesuai untuk ayah meluangkan masa bersama anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti sihat seperti bermain di sekitar rumah atau di padang permainan, jalan berdua bersama dan banyak bercakap tentang kehidupan.

Malah, bersikap terbuka untuk bercerita tentang kehidupan diri sendiri semasa kecil. 

“Pada usia begini, ayah perlu mainkan peranan supaya dia lebih mudah didekati oleh anak. Kalau ayah tak ada dalam hidup anak, dia akan mencari lelaki dewasa lain sebagai idola”, simpulnya mengakhiri perkongsian ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram: Dr Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

Baca juga: ”Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,”- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

Baca juga: 14 Situasi Yang Tidak Dijangka Sebelum dan Sesudah Anda Ada Anak

Penulis

Noorhidayah