Perut Buncit Lepas Bersalin? Cuba Cara Ini Untuk Kembali Langsing

undefined

Masalah perut buncit itu memang biasa bagi semua wanita terutama jika lepas bersalin. Namun apakah sebenarnya punca perut buncit berlaku?

Masalah perut buncit itu memang biasa bagi semua. Tidak kiralah sama ada anda masih anak dara atau sudah menjadi ibu. Anda tidak dapat lari daripadanya melainkan anda memang jenis yang suka bersenam dan rajin membuat ‘sit up’ bagi mendapatkan perut yang kempis dan rata.

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis perut buncit perempuan yang sebenarnya bukanlah asing bagi kita. Ada jenis perut kembung disebabkan gas, perut emak-emak dan lain-lain. Dan jika tahu perut anda jenis yang mana, mudah untuk anda tangani masalah perut buncit!

Justeru di sini, kami sertakan cara untuk anda mengempiskan perut mengikut jenis-jenis perut. Jom cuba!

Jenis-Jenis Perut Wanita

jenis perut buncit

#1. Perut kembung

Bentuknya: Perut anda tampak seperti terkeluar. Apabila anda duduk ia terbentuk seperti tayar simpanan. Namun bila disentuh ia agak keras dan terasa sakit.

Puncanya: Perut anda selalunya pada waktu pagi akan tampak sedikit rata. Namun selepas makan dan minum air, (terutama air gas) perut anda akan mulai membesar. Tapi tidak kira betapa ia membesar, ia tidak akan memberi kesan pada berat badan anda.

Punca biasa untuk perut kembung ini adalah kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan melalui intestin, kemudian bakteria yang ada akan menghasilkan enam hingga lapan liter gas.

Malah jika perut anda gagal untuk mencernakan makanan anda secepat yang mungkin ia akan mulai hasilkan lebih banyak gas yang mana mengakibatkan dinding abdomen ditolak ke depan.

Cara mengatasinya
Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan kembung perut. Apabila perut anda sukar untuk mencerna makanan yang masuk ia akan sering mengakibatkan perut buncit. Jadi tentunya anda tidak mahu perut anda kelihatan buncit setiap kali selepas makan tengahari bukan? Lagi-lagi bila ada meeting!

Makanan bebas laktosa juga elok diamalkan untuk anda yang sukar untuk mencerna susu dan laktosa dengan mudah.

#2. Perut stres

Bentuknya: Perut ini buncit ke depan namun lebih lembik dan kendur. Ia selalunya bermula bawah payudara dan membentuk satu lekukan lembut. Malah ia seperti mengelilingi pinggang anda.

Puncanya: Dr. Marilyn Glenville, penulis Fat Around the Middle berkata “dalam situasi yang cukup stres, hormon kortisol membantu merembeskan gula ke dalam saluran darah, jadi badan anda akan mempunyai tenaga untuk melawannya.

Jadi jika anda tidak bersenam waktu ini, disebabkan itulah lemak itu tiada tempat untuk pergi, maka ia akan kekal dibahagian perut.

Kalau kita sentiasa stres, lemak akan mudah terkumpul di bahagian bawah jadi ia lebih dekat dengan hati dan akan bertukar kembali menjadi tenaga apabila berhadapan dengan kecemasan.

Cara mengatasinya

Kurangkan tahap stres anda dengan teknik relaks seperti bernafas dalam-dalam dan bermeditasi. Tidur dengan cukup supaya badan anda tidak terasas seperti diserang.

Makan dengan kuantiti yang sedikit dan elakkan perasaan tiba-tiba kecut perut, ia akan memberi signal kepada badan bahawa anda dalam ketakutan.

#3. Perut Pir

Bentuknya: Walaupun anda mempunyai pinggang yang kecil anda akan mempunyai lipatan sepanjang garisan bikini anda. Ia akan membuatkan peha anda kelihatan besar lantas menjadikan perut anda kelihatan seperti buah pir.

Puncanya: Ada sesetengan wanita menghidap dominasi oestrogen yang mana mungkin adalah punca genetik, tapi juga mungkin dirangsang oleh hormon wanita yang tidak seimbang.

Oestrogen bertanggungjawab dalam pembentukan badan wanita apabila mereka menginjak baligh. Apabila sel-sel lemak pada kawasan ini berterusan dirangsang, maka beratnya akan terus terkumpul lantas menjadikan wanita berbentuk badan pir.

Keadaan ini juga termasuklah endometriosis, di mana tisu yang berkembang di dalam uterus, akan membesar di luarnya dan merembeskan lebih banyak oestrogen dan fibroid yang merupakan tumor tidak merbahaya yang tumbuh di dalam rahim.

Cara mengatasinya
Elakkan makanan-makanan yang diperbuat dari lemak tepu yang mana tinggi dengan kandungan oestrogen.

Amalkan pemakanan yang tinggi serta seperti bijian, sayur hijau seperti bayam dapat mengumpulkan oestrogen tambahan dan membuangnya dari badan.

#4. Perut emak-emak

Bentuknya: Jenis perut yang ini mesti anda biasa denganr bukan? Silap-silap anda pun ada satu. Ini biasa terjadi tiga bulan selepas anda bersalin. Perut anda akan kelihatan seperti anda masih mengandung!

Puncanya: Ketika hamil, otot abdominal akan terpisah untuk memberi laluan rahim dan perut anda mengembang.

Cara mengatasinya 
Selepas anda bersalin, bahagian perut yang buncit itu kemungkinan dapat dihilangkan, tapi jika ia masih ada, anda mungkin memerlukan senaman bagi menghilangkannya. Bengkung juga dapat membantu!

Lakukan plank atau senaman sit up untuk memberi sedikit tekanan pada perut anda. Lakukan setiap hari dalam hanya 5-10 minit sahaja asalkan konsisten. Anda akan dapati hasilnya cukup berkesan!

Penyebab Perut Buncit

sebab alami perut buncit

Masalah perut buncit perempuan sentiasa membuatkan kita tidak senang hati. Ia juga secara tidak langsung akan mengurangkan keyakinan pada diri.

Berikut adalah punca perut buncit yang perlu anda tahu:

#1. Mengamalkan pemakanan yang tidak sihat

Pengambilan makanan yang salah dengan makan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, minuman berkarbonat boleh menyebabkan perut buncit ia juga salah satu punca berat badan naik kerana memperlahankan metabolisma badan.

#2. Tidak cukup tidur

Satu kajian menunjukkan kurang tidur juga salah satu penyebab perut buncit. Malahan, tidak cukup tidur juga boleh membuatkan anda akan makan pada waktu malam. Makan pada waktu malam akan menyebabkan anda cenderung mengidap diabetes dan perut buncit.

#3. Kurang melakukan senanam

Amalan gaya hidup sihat adalah sangat penting. Antara contoh amalan gaya hidup sihat adalah bersenam. Dengan bersenam anda dapat membakar lemak di dalam tubuh. Bersenam adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah perut buncit.

#4. Tekanan

Kenapa perut buncit disebabkan tekanan? Ini kerana kebanyakkan orang mereka akan makan apabila stress. Pastinya anda akan mengambil makanan yang tidak berkhasiat yang mungkin mengandungi kalori yang tinggi dan boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam perut.

#5. Angin atau gas berlebihan

Angin atau gas berlebihan dalam perut juga menyebab perut buncit. Angin terhasil daripada makanan yang tidak dicerna dengan betul. Namun begitu, perut buncit yang disebabkan angin adalah bersihat sementara dan tidak kekal.

Cara Mengecilkan Perut Buncit Seperti Hamil

#1. Bersenam 

bersenam elak perut buncit

Lakukan senaman ringan setiap hari sekurangnya 15-30 minit. Seperti bermain tali pinggang atau mengikat kain di pinggang dan buat ‘mini crunches’ untuk menguat dan mengetatkan otot. Antara senaman lain yang boleh anda lakukan ialah Teknik Tupler akan membantu menguatkan transverse abdominis yang bertindak sebagai ‘korset’ untuk abdomen anda. Nak tahu otot yang mana? Jika anda menyebut shhh dengan kuat, anda boleh rasa otot ni. Senaman harian yang diselit bersama aktiviti harian anda, seperti mengangkat bakul atau senam duduk.

 #2. Diet 

Penjagaan pemakanan turut memainkan peranan untuk memastikan anda mendapatkan semula bentuk badan idaman. Pastikan anda sudah mengamalkan diet yang betul. Amalkan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijian sebagai makanan diet anda. Pastikan anda kurangkan gula dan pengambilan makanan lemak yang tidak sihat daripada menganggu pemakanan seimbang anda.

#3. Minum minuman detox 

Buat air minuman detox untuk mengempiskan perut selain menjaga pemakanan. Amalan minum detox ini akan mempercepatkan proses pencernaan. Anda boleh cuba buat sendiri dirumah bahan yang diperlukan teh hijau dan limau nipis. Campurkan bahan tersebut ke dalam gelas. Rendamkan beberapa minit minit ketika suam atau sejuk. Ia dapat bantu proses pembakaran lemak dan lancarkan proses pencernaan.

Cara Elak Perut Buncit

Nak dapatkan perut yang kempis dan cantik, anda perlulah amalkan gaya hidup yang sihat. Ini beberapa cara untuk anda elak mengalami masalah perut buncit yang sememangnya tidak digemari!

  • jangan tidur lewat
  • elak makanan yang berkolesterol tinggi
  • makan makanan berserat
  • makan hidangan yang kecil 4 hingga 6 kali sehari
  • bersenam 3 atau 4 kali seminggu
  • jangan stres
  • minum jus lemon di pagi hari untuk menghilangkan lemak di perut

Jenis Senaman Kempiskan Perut

Selain pemakanan yang sihat, senaman juga penting untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ini beberapa jenis senaman untuk kempiskan perut yang boleh anda cuba:

#1. Berjoging

Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja bahkan membantu meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga. 

#2. Kayuh basikal

Baring di atas tikar yoga anda. Letakkan tangan di belakang kepala dan mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Buat seperti anda mengayuh basikal sahaja. 

#3. Berjalan pantas

Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa. 

#4. Squats

squats

Senaman squats dikenali sebagai senaman yang membantu mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha.

#5. Tekan tubi

Senaman ini sangat popular sebagai senaman untuk menguatkan otot.

#6. Plank

Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa dan membantu menguatkan otot anda.

#7. Sit-up

Senaman ini merupakan senaman yang menyasar otot di abdomen. Jadi, ia adalah salah satu senaman yang sangat baik untuk mendapatkan perut yang kempis.

Semoga bermanfaat!

  1. Mother and Baby (March 4, 2019).  Bloated postpartum tummy? Add these 12 foods to your diet. www.motherandbaby.co.uk/mum/postpartum/bloated-postpartum-tummy-add-these-12-foods-to-your-diet/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian
kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga:Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

Baca juga: Berlari Ketika Hamil Boleh Bahayakan Kandungan Jika Bakal Ibu Tak Buat 4 Perkara Ini!

Baca juga: Senaman Bakar Lemak Boleh Kurangkan Obesiti! Ini Antara Yang Boleh Anda Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!