TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

28 Jul, 2020
Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

Dengar saja mengenai kanser, mesti ramai yang membayangkan keperitan yang dilalui penghidapnya malah keluarga pesakit kanser itu. 

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penyakit kanser tidak mengenal jantina mahupun usia, dan apa yang lebih membimbangkan golongan muda turut tidak terkecuali diserang penyakit yang boleh meragut nyawa ini. 

Warga maya semalam dikejutkan dengan posting terbaru bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang ibunya kini terpaksa bertarung kembali dengan kanser payudara.

Pesakit kanser berulang

pesakit kanser

Kredit foto: FMT

Ibunya yang sebelum ini pada 2013 pernah bertarung nyawa dengan penyakit sama kini perlu melaluinya sekali lagi dan perlu melalui pembedahan bagi membuang kembali sel kanser yang kembali aktif itu.

Syed Saddiq memohon doa warga maya supaya mendoakan yang terbaik mengenai kesihatan ibunya .

Terpaksa tinggalkan parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. My mum is a fighter. In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back. Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells. Saya harap rakan rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way❤️

Bagaimana kanser boleh kembali?

Kanser boleh berulang kembali kerana terdapat sel kanser yang kekal dalam badan walaupun setelah rawatan. Dari semasa ke semasa, sel-sel ini dapat berkembang dan menjadi besar menyebabkan adanya gejala dan ujian kewujudan kanser menemukannya.

Bila dan di mana kanser berulang bergantung kepada jenisnya, sebahagian kanser sudah boleh diagak corak kemunculannya. 

Selain itu, ada kemungkinan sel kanser ini memang wujud selepas rawatan, bagaimanapun, ia sudah berpecah dengan sel kanser utama dan terlalu kecil untuk dilihat. 

Pakar bedah memang sudah melakukan yang terbaik untuk membuang segala sel kanser ketika pembedahan, tetapi ada kebarangkalian itu beberapa sel yang kecil tertinggal. Mereka akan memberi cadangan untuk meneruskan rawatan sekiranya mendapati kanser itu ada potensi untuk kembali semula. 

Rawatan susulan itu boleh jadi kimoterapi, radioterapi, terapi hormon atau pun ubatan-ubatan berkaitan kanser yang terbabit. 

Diet melawan kanser

Kanser sering dikaitkan dengan makanan walaupun ada kajian yang menunjukkan bahawa ada juga kanser yang muncul disebabkan genetik.

Bagaimanapun, makanan sering dikaitkan dengan pegaktifan sel kanser dalam badan seseorang manusia. 

Menurut Harian Metro, pengamal rawatan holistik dan pengkaji berpengalaman lebih 13 tahun dalam kajian mengenai makanan mahupun diet untuk pesakit kanser, Dr Yasmeen Farouk Mohamed berkata, dia membantu pesakit meneliti nutrien terbaik bagi meneruskan kelangsungan mereka tatkala menghadapi penyakit itu.

Gaya hidup masa kini yang terbuka dalam pengambilan makanan berproses jauh lebih pantas dan mudah disediakan secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada tubuh kerana adanya penggunaan bahan kimia atau melalui proses kimia.

Berikut adalah cara diet melawan kanser yang dicadangkan Dr Yasmeen:

#1. Budayakan pemilihan makanan semulajadi

pesakit kanser

Kesedaran membudayakan pemilihan makanan semulajadi dalam rutin pemakanan seharian akan membantu meningkatkan kualiti dan gaya hidup sihat.

Seperti tubuh orang normal, badan pesakit kanser mempunyai asid tinggi dan pola diet yang diperlukan ialah makanan beralkali bagi mengimbangi tubuh.

Cuma untuk pesakit kanser, mereka lebih berisiko mengalami komplikasi lain disebabkan sel antibodi badan rendah.

Ia menyebabkan mereka lebih terdedah kepada ancaman penyakit atau partikel karsinogen yang bebas di persekitaran mahupun makanan bersifat karsinogenik.

#2. Ambil makanan kaya antioksida

Stories Rakan Kongsi
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama

Pesakit kanser ini disaran mengambil makanan yang kaya antioksida dan diet mereka dipantau dari semasa ke semasa.

#3. Glukosa makanan sel kanser

pesakit kanser

Tidak semua makanan boleh diakses oleh pesakit kanser kerana dalam keadaan tertentu contohnya makanan yang baik untuk pencegahan kanser seperti madu boleh mendatangkan kesan buruk kepada pesakit.

Berdasarkan kajian Dr Yasmeen makanan mengandungi unsur glukosa termasuk madu boleh merangsang perkembangan sel kanser. Glukosa menjadi makanan kepada sel kanser ini dan menyebabkan sel aktif lalu merebak.

Tidak menafikan kebaikan madu untuk tubuh seperti merawat luka dalaman, ulser perut dan sebagainya, tetapi bagi pesakit kanser madu boleh memberi implikasi buruk.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: worldofbuzz, hmetro, cancerresearchuk.org

Baca juga:

5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham