Peti Ais Tak Sejuk? Ini 10 Punca Utama Dan Cara Mudah DIY Baiki Sebelum Panggil Pakar

Jangan panik jika peti ais tak sejuk! Ketahui 10 punca utama dan cara mudah DIY untuk membaikinya sebelum panggil juruteknik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim perayaan dah dekat, tapi tiba-tiba peti ais tak sejuk? Ini memang masalah besar! Mana taknya, bahan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran perlu disimpan rapi agar tahan lama sebelum dimasak untuk pagi raya.

Apa Itu Peti Ais?

Peti ais adalah peralatan elektrik yang penting dalam setiap rumah. Ia digunakan untuk menyimpan makanan dan minuman agar kekal segar dan tahan lama.

Dengan sistem penyejukan, peti ais memastikan suhu dalam ruangannya rendah untuk melambatkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

Jenis Peti Ais

Peti ais hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada keperluan dan gaya hidup. Secara asasnya, ia boleh dikategorikan berdasarkan jumlah isipadu muatan (liter) atau fungsi utama:

Peti Sejuk Pembeku (Freezer)

Direka untuk membekukan makanan seperti ais krim dan ais batu. Biasanya terdapat di kedai-kedai.

Peti Sejuk Biasa (Non-Freezer)

Digunakan di rumah untuk menyimpan bahan makanan pada suhu rendah tanpa pembekuan.

Peti Sejuk Berkaca

Sering digunakan untuk menyimpan minuman dalam tin, botol, atau kotak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suhu Peti Ais yang Disyorkan

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA):

Suhu peti sejuk: Bawah 40°F (4.4°C)

Suhu pembeku: Pada atau bawah 0°F (-17.8°C)

Namun, suhu ideal adalah antara 35°F hingga 38°F (1.7°C hingga 3.3°C).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suhu terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan makanan cepat rosak akibat bakteria seperti Salmonella dan E. coli.

Menjaga suhu yang sesuai memastikan makanan disimpan dengan baik tanpa risiko kerosakan atau pembaziran tenaga elektrik.

10 Punca Peti Ais Tak Sejuk

Peti ais tak sejuk bukan semestinya tanda kerosakan besar. Masalah ini mungkin berpunca daripada perkara-perkara asas yang boleh diperiksa sendiri.

1. Lokasi Pemasangan

Peti ais yang diletakkan di kawasan dengan suhu melampau boleh menjejaskan fungsi.

2. Peti Ais Terlalu Penuh

Aliran udara terhalang menyebabkan suhu tidak sekata.

3. Evaporator Coil Beku

Penumpukan ais pada coil menghalang udara sejuk daripada beredar.

4. Kawalan Suhu Tidak Betul

Thermostat yang gagal berfungsi menyebabkan suhu tidak dapat dikawal dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Pengedap Getah Rosak

Udara panas boleh masuk jika getah pintu bocor atau haus.

6. Bekalan Elektrik Terputus

Periksa jika palam tidak berfungsi atau terdapat gangguan elektrik.

7. Pemampat (Compressor) Bermasalah

Pemampat yang rosak tidak mampu mengekalkan tekanan untuk sistem penyejukan.

8. Gas Penyejuk (Refrigerant) Bocor

Kekurangan gas menyebabkan sistem penyejukan tidak dapat berfungsi dengan efektif.

9. Kipas Dalaman Tidak Berfungsi

Kipas yang rosak menghalang pengedaran udara sejuk dalam peti ais.

10. Sistem Defrost Tidak Berfungsi

Sistem nyahbeku yang gagal menyebabkan ais terkumpul berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara DIY Baiki Peti Ais Tak Sejuk

Masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:

a. Peti Ais Sejuk Tapi Tidak Membeku

Punca:

  • Sistem auto defrost rosak.
  • Kebocoran kecil pada gas penyejuk.
  • Saluran gas tersumbat.

b. Peti Ais Tak Sejuk 100%

Punca:

  • Kompressor rosak.

Cara periksa:

Sentuh kompressor dengan jari. Jika tiada getaran tetapi kompressor panas, kemungkinan besar ia perlu diganti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

c. Bahagian Atas/Bawah Tidak Sejuk

Punca:

  • “Gap” pada pintu peti ais yang membolehkan udara keluar.
  • Sensor defrost rosak.

Langkah Baiki Sensor Defrost:

Alat diperlukan: Screwdriver Philip, kabel tie, defrost thermostat, shrink tube, hair dryer (pilihan).

Cara:

  1. Matikan suis peti ais.
  2. Buka penutup bahagian atas peti ais.
  3. Cairkan ais menggunakan hair dryer atau biarkan selama 3-4 hari.
  4. Potong kabel sensor lama dan sambungkan sensor baru.
  5. Pasang semula komponen dengan kemas.

Jika semua langkah di atas gagal, panggil juruteknik bertauliah untuk pemeriksaan lanjut.

Dengan mengetahui punca dan cara membaiki peti ais yang tak sejuk, anda dapat menjimatkan kos dan masa tanpa perlu terus bergantung kepada juruteknik.

Pastikan juga peti ais anda diselenggara secara berkala untuk mengelakkan masalah yang sama di masa hadapan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Jenis Makanan Yang Tak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk, Ini Sebabnya

Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, #7 Paling Selalu Orang Buat

Baca juga: Cara Susun Atur Barang Dapur Dalam Peti Sejuk, Guna 8 Produk Ini Supaya Lebih Nampak Kemas & Tersusun Rapi!

Penulis

Noorhidayah