Apa Itu Kolik Pada Bayi? Gejala, Punca & Cara Mengatasi Yang Berkesan Buat Ibu Ayah

Apa itu kolik pada bayi? Ia adalah keadaan yang begitu menyeksakan kerana bayi boleh menangis berpanjangan tanpa sebab yang jelas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu kolik pada bayi? Ia merupakan istilah yang digunakan apabila bayi yang kerap menangis dalam jangka masa yang lama walaupun sihat.

Walaupun keadaan ini dianggap biasa dan akan pulih dengan sendiri apabila bayi berusia antara 8 – 14 minggu, bayi yang mengalami masalah colic boleh menyebabkan timbul pula masalah tekanan di rumah

Selalunya ibu bapa akan guna petua dan puting kosong untuk menenangkan bayi mereka.

Tapi, kajian terkini menunjukkan amalan yang telah digunakan sekian lama itu sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan colic!

Apa Itu Kolik Pada Bayi

Colic atau sawan tangis merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh alahan, intoleransi laktosa, sistem pencernaan yang tidak matang dan perbezaan cara bayi diberi makan. 

Akibatnya, bayi kerap menangis kerana rasa sakit apabila usus mereka cuba membuang gas angin yang terperangkap dalam sistem pencernaan.

Kadangkala bayi akan menangis untuk memberi isyarat menunjukkan mereka sebenarnya tidak selesa, lapar, kembung perut atau boleh jadi lampinnya basah.

Semua ini boleh menyumbang kepada colic baby.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Flickr

Apa Itu Kolik Pada Bayi: Punca

Punca kolik bayi yang sebenarnya masih lagi tidak diketahui. Berikut merupakan beberapa sebab yang menjadi punca berlakunya tangisan kolik.

1. Terlalu banyak rangsangan

Semakin bayi membesar, semakin banyak rangsangan yang diterima seperti lampu yang terang, bunyi kuat dan keadaan sekeliling.

Ia menyebabkan bayi mudah merengek kerana mereka sangat sensitif terhadap persekitaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sistem pencernaan

Sistem pencernaan yang tidak matang atau sistem gastrousus bayi yang masih baru menyebabkan punca kolik bayi terjadi.

Kesannya, makanan yang melalui saluran usus terlalu cepat tidak dapat dicerna sepenuhnya.

3. Masalah gastroesophageal reflux disease (GERD)

Masalah ini akan menghalang asid perut dari mengalir terus ke kerongkong mulut dan boleh merengsakan esofagus.

4. Alahan makanan

Bayi yang mempunyai alahan kepada protein susu lembu atau intoleransi laktosa juga boleh menyebabkan kolik mudah terjadi. Sebaiknya, bancuh susu formula pada jumlah yang sedikit untuk mengenal pasti sama ada bayi sesuai atau tidak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faktor Yang Menyebabkan Colic Semakin Teruk

  • Memberi susu yang terlalu banyak kerana ingin menenangkan bayi
  • Makanan yang mempunyai kandung gula yang tinggi seperti jus
  • Apabila bayi minum terlalu cepat. Cuba puting dengan lubang yang lebih kecil atau menyusukan anak selepas fasa let down yang kuat.

Petua Orang Lama Tidak Semestinya Selamat

Menurut Dr Sara Fein pakar sains pengguna di FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat) kira-kira 1 dalam 10 bayi yang diberi minuman herba yang dibuat di rumah menghadapi risiko kesihatan.

Perbuatan itu berbahaya kerana apabila bayi diberi minuman herba atau ramuan buatan rumah, kita tak dapat menentukan interaksi kandungan ramuan yang tidak diketahui atau bahan cemar dalam produk itu.

Jadi, ibu bapa harus menanggung risiko memberi minuman herba atau ramuan buatan sendiri yang belum dikaji atau diluluskan FDA untuk merawat anak.

Selalunya, ibu bapa akan beri puting kosong untuk menenangkan bayi yang kerap menangis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi tahukah anda, puting kosong hanya boleh mengalih perhatian bayi dari kesakitan yang dialaminya dan mungkin boleh menyebabkan colic semakin teruk? 

Selain mengganggu penyusuan susu ibu, kajian yang diterbitkan di Pediatrics menunjukkan puting kosong telah dikaitkan dengan risiko demam, jangkitan telinga dan colic.

Cara Atasi Masalah Kolik Pada Bayi

Untuk melegakan kesakitan yang dialami apabila usus mereka yang cuba membuang gas angin terperangkap dalam sistem pencernaan, ubat Colimix boleh membantu.

Colimix berbentuk sirap yang boleh mengurangkan tanda-tanda colic.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya seperti rasa buah oren dan pisang dan senang untuk diberi kepada kanak-kanak kecil.

Selalunya, ubat titis Colimix akan diberi kepada bayi yang kurang dari 6 bulan dan selepas itu sirap pula boleh diberi mengikut jumlah yang ditetapkan oleh doktor.

Fungsi Ubat Colimix adalah untuk memecahkan gas-gas udara dalam sistem pencernaan bayi dan mengendurkan otot-otot usus.

Ini akan melegakan kesakitan yang dialami dan membantu bayi anda untuk sendawa

Jangan risau. Colic cuma keadaan sementara sahaja. Bersabarlah ibu-ibu, semuanya akan baik tidak lama lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Dah Menyusu & Tukar Lampin, Ini Cara Mengatasinya

Baca juga: Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal, Ibu Kena Peka Pada Warna Najis Si Manja

Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Ketika Tidur Atau Susah Sendawa, Elak Jeluak Susu & Kembung Perut

Penulis

Rosanna Chio