Pil Cegah Hamil Kecemasan Ini Boleh Diambil Jika Suami 'Terbabas'

Jadi apa nak buat jika suami 'terpancut' dalam? Adakah pil cegah hamil atau selalu dipanggil morning after pill berkesan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai pasangan yang ambil keputusan untuk merancang keluarga dengan sendiri. Mungkin ada sebab masing-masing. Ada yang takut kesan sampingan seperti kegemukan jika mengambil pil perancang. Jadi apa nak buat jika suami ‘terpancut’ dalam ketika bersama? Adakah pil cegah hamil kecemasan atau selalu dipanggil morning after pill berkesan?

Menurut portal myhealth, pil cegah kehamilan atau dengan nama lainnya pil kontraseptif oral adalah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil pencegah kehamilan ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau progestogen sahaja.

Ia bertindak mencegah kehamilan dengan menukar keseimbangan hormon badan secara mencegah ovulasi (menghalang pengeluaran telur) dengan merencatkan proses kematangan telur, menghalang sperma daripada disenyawakan dengan telur dan menukar ketebalan dinding sel rahim serta menghalang proses implantasi.

Apa Itu Pil Cegah Hamil?

Pil perancang adalah sejenis kontraseptif yang mengandungi hormon yang menghalang kehamilan. Ia dipanggil pil kerana datang dalam bentuk pil. Wanita mengambil pil secara oral. Pil ini paling berkesan apabila anda mengambilnya secara konsisten pada masa yang sama setiap hari.

Ada pelbagai jenis pil perancang keluarga di pasaran. Malah di klinik juga doktor boleh mengesyorkan pelbagai jenis pil bagi mencegah kehamilan. 

Pil cegah hamil di guardian atau mana-mana farmasi sangat mudah didapati. Ia juga bergantung kepada sistem badan seseorang untuk ia bertindak dengan berkesan.

Ada pelbagai jenis pil perancang ada di antaranya yang perlu diambil secara harian dan ada juga yang boleh diambil untuk mencegah kehamilan dengan segera sekiranya suami terbabas dan terpancut dalam.

Jika suami anda terpancut dalam jika anda hendak mencari di farmasi, pil yang biasa dijual dikenali dengan nama Postinor atau Postinor-2.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pil ini adalah kaedah mencegah kehamilan yang berkesan, yang mana tahap kegagalan adalah 1% jika diambil dengan cara yang betul.

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sedia kala. Ia juga mempunyai kegunaan lain, seperti melancarkan peredaran haid dan mengurangkan jerawat.

Jenis pil pencegah kehamilan:

Terdapat dua jenis pil perancang yang berbeza. Kedua-dua jenis mengandungi hormon yang menghalang kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pil gabungan mengandungi estrogen dan progestin.
  2. Pil progestin sahaja juga dipanggil pil mini. Ia berkesan dengan lebih baik untuk sesetengah wanita, seperti mereka yang menyusu atau mempunyai sejarah pembekuan darah dan strok serta tidak sepatutnya mengambil estrogen.

Ada baiknya anda dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana pil kerana sistem badan seseorang wanita itu berbeza dan kesannya juga berbeza kepada setiap individu.

Sejauh Mana Keberkesanan Pil Cegah Hamil

Bagi pil postinor ia dikatakan 99% berkesan jika diambil dengan betul tetapi tidak melindungi individu daripada penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks termasuk HIV/AIDS.

Cara pengambilan yang betul bermaksud patuh kepada arahan pengambilan dos dan mengambil langkah pencegahan tambahan sekiranya perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa perkara yang boleh menganggu keberkesanan pil ini ia termasuklah anda terlalu lambat mengambilnya, muntah selepas 2 ke 3 jam mengambilnya, mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat tuberkolisis, ubat bagi rawatan epilepsi atau sawan seperti, antibiotik atau ubat migrain. 

Disebabkan itu adalah sangat penting untuk anda mengambil pil ini tepat pada waktunya dan jika masih ragu-ragu mengenainya silalah berjumpa doktor untuk konsultasi.

Bila Patut Ambil

Tanya doktor anda bila anda perlu memulakan pil kawalan kelahiran. Jika anda masih mengalami haid pada hari anda diberitahu untuk memulakan  pengambilan pil anda tiada masalah untuk mulakan. Anda akan mendapat haid seterusnya kira-kira 25 hari selepas mula makan.

Adalah lebih baik untuk mengambil pil pada masa yang sama setiap hari. Anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa sepanjang hari, tetapi mengambilnya sama ada sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur akan membantu menjadikannya lebih mudah dan mengelak anda terlupa. 

Hormon dalam pil perancang mencegah kehamilan dengan:

  • Menghentikan atau mengurangkan ovulasi (pelepasan telur dari ovari)
  • Memekatkan lendir serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim
  • Menipiskan lapisan rahim supaya telur yang disenyawakan kurang berkemungkinan melekat

Sesetengah wanita mengambil pil cegah hamil untuk beberapa perkara termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mengawal atau meringankan haid
  • Cegah anemia dengan menjadikan haid lebih ringan atau pendek
  • Mengurangkan senggugut (dismenorea)
  • Menguruskan sindrom prahaid (PMS) dan gangguan dismorfik prahaid (PMDD)
  • Merawat sindrom ovari polikistik (PCOS)
  • Merawat endometriosis atau fibroid rahim
  • Mengurangkan risiko kanser ovari, kanser rahim dan kanser kolon
  • Memperbaiki jerawat
  • Hentikan pertumbuhan rambut yang tidak diingini
  • Kurangkan migrain

Apakah Risiko Mengambil Pil Cegah Hamil

Menurut Dr Nur Syuhada binti Zulkifli, postinor-2 merupakan pil kontraseptif kecemasan yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi mencegah kehamilan. Sekiranya postinor diambil secara kerap, anda mungkin boleh mengalami gelaja-gejala yang disebabkan oleh pil tersebut :

  • Haid tidak teratur
  • Keletihan
  • Mual
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Sakit payudara
  • Pendarahan faraj
  • Tindak balas kulit
  • Pendarahan

Selain itu jika anda mengalami tanda seperti di bawah selepas mengambil pil cegah kehamilan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

  • Gangguan pada penglihatan termasuk penglihatan kabur
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit kaki pada peha atau betis yang teruk
  • Sakit dada yang teruk, sesak nafas, atau batuk berdarah
  • Sakit perut yang teruk

Berapa Kerap Boleh Diambil?

Jadi berapa kali ia boleh diambil? Secara umumnya, anda boleh mengambil pil ini lebih daripada sekali dalam masa sebulan disebabkan itu ia dipanggil pil kecemasan atau morning after pill

Namun begitu, ia tidak disarankan berikutan kos yang agak mahal serta boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.

Anda tidak boleh mengambil pil ini lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid sekali gus menjadikannya tidak normal.

Ketahuilah bahawa pil perancang kecemasan ini bukan salah satu dari kaedah kontraseptif yang biasa seperti penggunaan kondom, pembedahan vasektomi, pemasangan IUD dan lain-lain.

Sesuai dengan namanya, pil ini hanya perlu diambil dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu apabila anda terlupa atau terlepas untuk menggunakan kaedah kontraseptif yang biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat,  pil perancang kecemasan ini hanya boleh digunakan di waktu kecemasan sahaja. Oleh itu, cuba elak dari terus mengambilnya sama seperti pil perancang kehamilan yang biasa.

Pil kawalan kelahiran yang mempunyai drospirenone, termasuk Yaz dan pil perancang yasmin telah diteliti oleh FDA kerana kemungkinan ia menyebabkan risiko pembekuan darah yang lebih tinggi.

Drospirenone ialah hormon progesteron versi buatan manusia bagi . Jenama lain dengan drospirenone termasuk Beyaz, Gianvi, Loryna, Ocella, Safyral, Syeda dan Zarah.

Bagaimanapun, keputusan kajian tidak konsisten yang mana sesetengah kajian menunjukkan risiko yang lebih tinggi, tetapi yang lain tidak. Jika anda mengambil pil dengan drospirenone, berbincang dengan doktor anda tentang risikonya.

Pil ini tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser secara keseluruhan. Penggunaannya dikaitkan dengan risiko kanser kolorektal, endometrium dan ovari yang lebih rendah. 

Rujuklah doktor anda sebelum mengambil apa=apa pil perancang bagi memastikan ia selamat tanpa sebarang kemudaratan. Elakkan juga membeli pil perancang daripada tidak berdaftar atau bertauliah. Semoga bermanfaat!

  1. clevelandclinic (July 21, 2020). Birth Control: The Pill. my.clevelandclinic.org/health/drugs/3977-birth-control-the-pill
  2. webmd (August 10, 2021) Birth Control Pills. www.webmd.com/sex/birth-control/birth-control-pills

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!

Baca juga: Tidak Semua Wanita Boleh Ambil Pil Perancang, Ia Berisiko Jadi Darah Beku & Meragut Nyawa

Baca juga: Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

Penulis

Lala Annuar