Nak Jarak Kehamilan Dengan Pil Perancang? Ambil Tahu Info Lengkap Ini Dulu

Pil perancang adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi mencegah kehamilan terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila membuat keputusan untuk menggunakan pil perancang selepas hamil, anda perlu tahu semua info yang berkaitan dengannya supaya anda lebih peka dengan tubuh badan sendiri, lebih berhati-hati dan tidak mengambilnya tanpa nasihat doktor. 

Malah kami di theAsianparent Malaysia juga telah menyediakan pelbagai maklumat lengkap dan berguna tentang pil perancang bermula dari fungsi pil perancang, cara pengambilannya sehinggalah ke langkah berhenti ambil pil perancang. 

Bagi anda yang pertama kali mencuba ubat perancang, eloklah anda menambah pengetahuan berkaitannya dalam artikel ini. Semoga informasi yang kami sediakan ini membantu kalian dalam setiap persoalan yang bermain di minda. 

Bila Boleh Mula Ambil Pil Perancang? 

 

Ibu menyusu boleh memulakan mini pill pada enam minggu selepas melahirkan bayi supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu lancar. Manakala ibu yang memberi susu formula boleh mula ambil pil perancang sekitar tiga minggu selepas bersalin

Selepas itu, anda harus mengambil pil tersebut setiap hari sama ada selepas berus gigi, sarapan pagi atau sebelum tidur. Untuk memudahkan anda, guna kalendar dan tanda pada hari yang anda ambil pil. 

Berikut pautan maklumat yang berguna untuk anda: Cara penggunaan pil pencegah kehamilan yang betul

Adakah Ada Kaitan Pil Perancang dan Kecacatan Bayi?

Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), masih tiada bukti menunjukkan bahawa pengambilan gabungan pil perancang kehamilan atau pil progestin sahaja ketika hamil akan membahayakan bayi anda dalam apa jua cara; sama ada meningkatkan risiko kecacatan kelahiran atau menyebabkan komplikasi kehamilan.

Harga Pil Perancang Keluarga di Malaysia 

Terdapat pelbagai jenis pil perancang yang boleh anda beli dan harganya adalah berbeza-beza. Untuk mendapatkannya, anda boleh ke Klinik Swasta, Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik LPPKN atau farmasi yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bagi mendapatkan maklumat harga yang lebih terperinci, anda boleh baca di sini: Harga pencegah kehamilan di Malaysia

Kesan Penggunaan Pil Perancang Keluarga

Meskipun pil perancang keluarga merupakan satu kaedah yang agak selamat, murah dan berkesan bagi menghalang wanita bersalin hamil dalam masa terdekat, namun ada juga yang menjadi mangsa kesan pengambilannya

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia mengambil pil ini selama 12 tahun sehingga menyebabkan dirinya mempunyai masalah hati akibat pertumbuhan tumor. 

Disebabkan itulah, anda disarankan untuk tidak mengambil pil tersebut dalam jangka masa yang terlalu lama dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hamil Semasa Menggunakan Pil Perancang, Apa Perlu Buat?

Walaupun mengelakkan hubungan intim merupakan satu-satunya kaedah kawalan kelahiran yang 100% berkesan, namun penggunaan kontraseptif yang sempurna juga boleh memberi hampir 100% keberkesanan.

Untuk makluman anda, penggunaan sempurna bermakna bahawa kontraseptif digunakan dengan betul setiap masa, manakala penggunaan biasa pula seperti terlupa mengambil pil perancang pada masanya.

Dengan penggunaan yang sempurna, maka ubat perancang kehamilan boleh memberi sehingga 99% kadar kejayaan. Namun, dengan penggunaan biasa, kadar kejayaan hanyalah 91%.

Bagi penggunaan kondom yang sempurna pula, peratusan keberkesanan adalah tinggi iaitu sebanyak 98%, manakala untuk penggunaan biasa, sekitar 82.3% sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tidak digalakkan untuk terus mengambil perancang jika disahkan sudah hamil.

Kesan Berhenti Guna Pil Perancang Keluarga

Adakah anda sudah bercadang untuk berhenti guna pil ini? Jika ya, anda harus bersedia daripada segi fizikal dan psikologi juga kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan pada tubuh dan emosi anda. 

Namun, jika anda sudah bersedia untuk hamil lagi, tidak ada salahnya untuk anda berhenti menggunakan pil perancang, sekaligus memudahkan proses kehamilan. 

Baca lanjut info tentang kesan berhenti guna pil perancang keluarga di sini :Ingin berhenti ambil pil pencegah kehamilan? Ambil tahu kesan menghentikan dahulu!

Mitos Kawalan Kelahiran dan Keguguran

Terdapat beberapa salah faham yang mungkin kita biasa dengar mengenai perbezaan antara pil kawalan kelahiran dan pil pengguguran perubatan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pil kawalan kelahiran

Sesetengah orang percaya bahawa jika mereka terus mengambil pil perancang semasa hamil, mereka mungkin mengalami keguguran. Sebenarnya, ini tidak benar malah tidak ada bukti yang pernah menunjukkan ia berlaku.

Mengambil pil perancang semasa hamil tidak menyebabkan keguguran.

Hormon dalam pil berfungsi menghentikan ovulasi dan memekatkan lendir serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim. Semasa di awal kehamilan, tindakan ini tidak menyumbang kepada keguguran atau kelahiran mati.

#2.Kontraseptif Kecemasan

Mitos lain adalah penggunaan kontraseptif kecemasan (seperti Plan B One-Step atau AfterPill) semasa hamil boleh menyebabkan kehamilan anda tamat secara spontan. Ini juga tidak benar. Pil ini tidak memberi kesan apabila telur yang disenyawakan telah tertanam.

#3. Pengguguran Perubatan

Terdapat ubat khusus yang boleh menamatkan kehamilan jika perlu. Ini adalah satu bentuk pengguguran perubatan dan ia tidak dianggap sebagai kawalan kelahiran. Pengguguran perubatan berfungsi melalui kaedah yang berbeza daripada kawalan kelahiran hormon. 

Risiko Kawalan Kelahiran Berterusan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah kaedah kawalan kelahiran boleh menyebabkan kemudaratan apabila digunakan semasa kehamilan.

Di bawah beberapa kaedah kawalan kelahiran dan risiko yang bakal berlaku jika digunakan semasa kehamilan.

#1. COC atau Pil Progestin Sahaja

Pil oral kontraseptif estrogen-progestin (COC) dan pil progestin sahaja adalah dua jenis pil perancang yang berbeza. COC mengandungi sintetik  jenis estrogen dan progesteron, manakala pil progestin sahaja hanya mengandungi sintetik progesteron.

Walaupun tiada bukti menunjukkan kecacatan kelahiran atau keguguran boleh berlaku jika anda mengambil pil perancang semasa hamil, beberapa kajian menunjukkan bahawa bayi mungkin mengalami peningkatan risiko berdehit (wheezing), asma dan rhinitis.

#2 IUD

Jika anda menggunakan peranti kontraseptif intrauterine (IUD) dan hamil, mungkin akan terdapat komplikasi pada kehamilan anda. Penyelidik beranggapan bahawa jika seseorang memilih untuk menanggalkan IUD semasa hamil, maka risiko keguguran mereka akan meningkat kepada sekitar 40%. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang sebanyak 500%.

Mengambil kira risiko ini, anda dinasihatkan untuk segera menghubungi doktor anda bagi mengeluarkan IUD jika anda hamil dan memutuskan untuk meneruskan kehamilan. Dengan mengeluarkan IUD lebih awal dan tepat pada masanya, ia boleh mengurangkan risiko tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Implan, Suntikan dan Cincin Faraj

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa kaedah kontraseptif seperti implan, suntikan dan cincin faraj akan menyebabkan kecacatan kelahiran atau keguguran jika seseorang menggunakannya semasa di awal kehamilan. Jenis kawalan kelahiran ini biasanya menggunakan jenis hormon yang sama yang ada dalam pil kawalan kelahiran.

#4 Kaedah penghalang

Tiada risiko akan berlaku apabila anda menggunakan kaedah penghalang seperti kondom, diafragma, spermisida, penutup serviks atau span semasa hamil. Kaedah ini digunakan untuk menghalang sperma daripada menyuburkan telur secara fizikal dan biasanya tidak melibatkan hormon. Menggunakan kondom semasa hamil boleh mencegah jangkitan seksual.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! Rancang kehamilan anda dengan baik untuk masa depan keluarga anda.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga"Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

Baca juga: Pilihan Perlindungan Polisi Insurans Materniti Untuk Wanita Hamil Semak, Beri Manfaat Ibu & Bayi!

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil