TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Pakai Kondom Dengan Betul Agar Tidak Bocor & Selamat

6 min bacaan
Cara Pakai Kondom Dengan Betul Agar Tidak Bocor & Selamat

Cara pakai kondom yang betul adalah pastikan kondom terpasang rapat, periksa tarikh luput dan picit udara dari bahagian atas.

Kondom antara alat pencegah kehamilan yang menjadi pilihan kebanyakan pasangan. Namun, jika tidak pakai dengan baik, ia mungkin tak berkesan! Jadi, adalah penting untuk anda dan pasangan tahu cara pakai kondom yang betul agar tidak bocor dan selamat.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Kondom
  • Kelebihan Menggunakan Kondom
  • Jenis Kondom Untuk Elak Kehamilan
  • Cara Memakai Kondom Lelaki Yang Betul
  • Bolehkah Saya Guna Semula Kondom?
  • Mengapa Pakai Kondom Tapi Mengandung?

Apa Itu Kondom

Kondom adalah alat perlindungan yang digunakan untuk mencegah kehamilan dan penyebaran jangkitan seksual. Ia biasanya diperbuat daripada lateks atau bahan sintetik lain, dan digunakan oleh lelaki dengan cara memakainya pada zakar semasa hubungan seksual.

Kondom lelaki berfungsi dengan menghalang sperma daripada masuk ke dalam faraj, sekali gus mengelakkan kehamilan. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kelamin.

Kelebihan Menggunakan Kondom

Menggunakan kondom mempunyai banyak kelebihan selain daripada mencegah kehamilan. Berikut beberapa kelebihan guna kondom dalam hubungan suami isteri:

  1. Melindungi daripada Penyakit Seksual (STD) – Kondom adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit seksual seperti HIV, gonorea, klamidia, dan herpes.
  2. Mudah Didapati dan Murah – Kondom boleh didapati di kebanyakan farmasi atau kedai runcit dengan harga yang berpatutan.
  3. Tidak Mengganggu Kesihatan – Ia adalah cara mencegah kehamilan yang tidak memerlukan ubat atau prosedur pembedahan.
  4. Mudah Digunakan – Menggunakan kondom tidak memerlukan masa yang lama untuk belajar. Ia mudah dipakai dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Jenis Kondom Untuk Elak Kehamilan

Terdapat dua kondom yang digunakan untuk mencegah kehamilan:

  1. Kondom Luaran Untuk Lelaki: Ini adalah jenis yang paling biasa dan digunakan oleh lelaki. Ia dipakai pada zakar dan berfungsi untuk menghalang sperma daripada masuk ke dalam faraj.

  2. Kondom Dalaman Untuk Wanita: Ini adalah kondom yang lebih jarang digunakan dan dipakai oleh wanita. Ia dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan seksual dan meliputi kawasan serviks serta saluran faraj untuk menghalang sperma.

Kondom lelaki adalah jenis yang paling biasa dan mudah diperoleh. Ia perlu dipakai pada zakar yang tegang sebelum hubungan intim bermula.

Mungkin anda tidak pernah melihatnya atau menyedari kewujudannya, tetapi kondom untuk wanita juga ada. Dari segi penggunaannya, kondom wanita dimasukkan ke dalam faraj dan boleh dipasang beberapa jam sebelum bersama pasangan.

Di sini, anda boleh mempelajari cara yang betul untuk menggunakan kondom wanita. Namun, bagaimana pula dengan pemakaian kondom lelaki?

Cara Memakai Kondom Lelaki Yang Betul

Bagi mencegah kehamilan dengan berkesan, kondom perlu dipakai sebaik sahaja zakar mengalami ereksi. Namun, pastikan zakar tidak bersentuhan dengan kawasan kemaluan pasangan seperti vulva, faraj, dubur, punggung, atau paha atas sebelum kondom dipasang.

Jika tidak, risiko kehamilan yang tidak dirancang boleh berlaku, sedangkan anda dan pasangan mungkin belum bersedia untuk menimang cahaya mata.

Untuk memastikan kondom berfungsi dengan baik, ikuti cara pakai kondom yang betul:

1. Periksa Tarikh Expiry Dan Keadaan Kondom

Sebelum membuka bungkusan kondom, semak tarikh luput yang tertera pada pek. Kondom yang sudah luput lebih mudah koyak dan tidak berkesan. Selain itu, tekan bungkusan perlahan-lahan untuk memastikan ada kantung udara – ini menandakan bungkusan tidak bocor.

2. Buka Bungkusan 

Jangan gunakan gigi atau benda tajam seperti gunting untuk membuka bungkusan, kerana ini boleh menyebabkan kondom terkoyak. Sebaliknya, koyakkan bahagian tepi bungkusan dengan jari secara perlahan-lahan.

3. Pastikan Kondom Dalam Posisi Yang Betul

Cara pakai kondom seterusnya adalah memamstikan ia dalam posisi yang betul. Kondom yang betul mempunyai bahagian gulungan di luar.

Jika anda tidak pasti, cuba gulungkan sedikit – jika ia mudah bergulung ke bawah, maka ia berada dalam posisi yang betul.

4. Letakkan Kondom Pada Zakar Yang Tegang

Kondom hanya boleh dipakai apabila zakar dalam keadaan tegang. Pegang hujung kondom (bahagian kantung kecil di atas) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk memastikan ada ruang udara di bahagian hujungnya.

Ruang ini penting bagi menampung air mani dan mengelakkan kondom daripada pecah akibat tekanan.

5. Gulungkan Kondom hingga Ke Pangkal Zakar

Gunakan tangan satu lagi untuk menggulung kondom ke bawah sehingga menutupi keseluruhan batang zakar. Pastikan kondom terpasang dengan kemas dan tidak berkedut. Jika kondom tidak boleh digulung dengan betul, kemungkinan besar ia dipakai terbalik.

Jika ini berlaku, buang kondom tersebut dan gunakan yang baru bagi mengelakkan risiko kehamilan atau jangkitan.

6. Gunakan Pelincir Jika Perlu

Seterusnya, cara pakai kondom dengan betul adalah menggunakan pelincir sekiranya perlu.

Jika anda mengalami kekeringan atau ingin mengurangkan geseran, gunakan pelincir berasaskan air atau silikon. Jangan guna pelincir berasaskan minyak seperti losyen atau vaseline kerana ia boleh merosakkan kondom dan menyebabkan ia mudah koyak.

7. Selepas Ejakulasi, Tanggalkan Kondom

Sebaik sahaja ejakulasi berlaku, segera tarik keluar zakar sebelum ia mula mengendur. Pegang pangkal kondom dengan tangan semasa menarik keluar bagi mengelakkan ia terlepas atau tumpahan air mani. Pastikan air mani kekal dalam kondom dan tidak bocor.

8. Buang Kondom Dengan Selamat

Ikat hujung kondom untuk mengelakkan air mani daripada tumpah, kemudian balut dengan tisu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Jangan sesekali membuang kondom ke dalam tandas kerana ia boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Bolehkah Saya Guna Semula Kondom?

Jawapannya adalah tidak. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja. Menggunakan semula kondom boleh meningkatkan risiko kerosakan dan jangkitan.

Selepas hubungan seksual, buang kondom yang telah digunakan dan gunakan yang baru untuk hubungan seksual yang seterusnya.

Stories Rakan Kongsi
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Mengapa Pakai Kondom Tapi Mengandung?

Kadang-kadang, walaupun menggunakan kondom, kehamilan boleh berlaku, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan kegagalan kondom termasuk:

  1. Kondom Pecah atau Bocor – Jika kondom tidak dipakai dengan betul atau sudah rosak, ia boleh bocor dan menyebabkan sperma memasuki faraj.
  2. Penggunaan Pelincir yang Salah – Pelincir berasaskan minyak boleh merosakkan kondom lateks, menyebabkan ia bocor.
  3. Kondom Tidak Dipakai Sepenuhnya – Kadang-kadang kondom tidak dipakai dengan betul atau tidak sampai ke pangkal zakar, menyebabkan sperma mungkin masih dapat melaluinya.

Kesimpulannya, mengetahui cara pakai kondom dengan betul adalah langkah penting bagi mencegah kehamilan dan jangkitan seksual. Jika anda masih ragu-ragu, luangkan masa untuk berlatih agar lebih yakin dalam penggunaannya. 

Semoga artikel ini bermanfaat.

CDC, nhs.uk

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Guna Kondom Terbaik Ini Jika Anda & Pasangan Masih Merancang!

Baca juga:  Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Baca juga:  Seks Selepas Bersalin: Bila Boleh Bersama Suami, Posisi Seks Yang Selesa & Persediaan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Cara Pakai Kondom Dengan Betul Agar Tidak Bocor & Selamat
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham