TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

94% Kanak-Kanak Di Malaysia Terdedah Pornografi Online, Ibu Patut 'Spot Check' Telefon Anak

3 Aug, 2022
94% Kanak-Kanak Di Malaysia Terdedah Pornografi Online, Ibu Patut 'Spot Check' Telefon Anak

Pornografi atau filem lucah yang memaparkan adegan orang dewasa kini semakin mudah diakses melalui telefon pintar oleh semua lapisan usia

Zaman semakin maju, segala maklumat kini mudah diperoleh melalui hujung jari sahaja. Dengan jaringan internet, pelbagai info dapat diakses oleh semua pengguna sehingga ada yang terjebak dengan pornografi.

Paling menyedihkan apabila ramai ibu ayah memperkenalkan penggunaan telefon pintar kepada anak yang masih kecil sehingga tiada pemantauan terhadap kandungan yang dilihat.

Apa itu pornografi dan kesannya terhadap kanak-kanak

film pornografi

Menurut portal Myhealth, istilah pornography berasal dari porneia iaitu perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna ‘penulisan tentang pelacur.’

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual seseorang. Ia bertujuan untuk memberahikan penonton mahupun pembaca.

Dengan pengaksesan yang begitu mudah, sesiapa sahaja ‘disajikan’ dengan foto pornografi, film pornografi mahupun aplikasi pornografi secara percuma atau berbayar di online.

Hampir 94 peratus kanak-kanak di Malaysia terdedah dengan video atau film pornografi

Kajian yang dilakukan oleh CyberSAFE Parenting Ke Arah Kesejahteraan Siber menunjukkan data begitu mengejutkan.

Sebanyak 94 peratus kanak-kanak di Malaysia terdedah dengan kandungan dewasa atau lucah secara dalam talian.

Angka ini pastinya membimbangkan ramai pihak apabila tinjauan serupa mendapati 1 daripada 4 kanak-kanak berkemungkinan setuju untuk berjumpa dengan orang yang baru dikenali mereka di Internet.

Selain itu pendedahan terhadap unsur lucah boleh berlaku sama ada secara tanpa sengaja, iaitu carian internet permainan video ataupun kartun yang ditonton.

Sebanyak 60 peratus kes serangan seksual dilaporkan bagi bulan Januari sehingga September 2017 melibatkan kanak-kanak.

Di samping itu, hasil tinjauan turut mendapati hampir 50 peratus daripada pelajar sekolah menengah berinteraksi di media sosial dengan bebas tanpa pemantauan daripada ibu ayah mereka.

Anak yang berusia 10 hingga 17 tahun menonton adegan dewasa secara sengaja

apa itu pornografi

Manakala berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data mengejutkan.

Kira-kira 80 peratus kanak-kanak antara umur 10 hingga 17 tahun mengaku bahawa mereka telah menonton filem dewasa secara sengaja.

Ahli Sekretariat MAP, Abdullah Azzam Sufyan menjelaskan, apa yang lebih merisaukan adalah berlakunya normalisasi menonton adegan dewasa ini dalam usia berkenaan.

”Statistik yang dikeluarkan oleh Google Trends melaporkan Malaysia menduduki tangga ke-8 bagi negara yang paling banyak pencari maklumat berkaitan lucah.” katanya.

Golongan kanak-kanak bawah usia 12 tahun pula tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Pengerusi Pertubuhan Salwa Malaysia, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, pendedahan terhadap bahan lucah di awal usia akan memberi impak buruk pada corak pemikiran kanak-kanak.

Buktinya, kajian yang dilakukan oleh universiti di Amerika Syarikat menunjukkan dengan menonton adegan dewasa ini boleh mengubah satu bahagian otak yang disebut sebagai grey matter hingga menyebabkan ketagihan.

Lebih merisaukan lagi apabila selepas sesi PdPR yang dilaksanakan sebelum ini menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak menonton film pornografi.

”Mereka lebih kerap menggunakan gajet untuk tujuan PdPr, jadi ia memudahkan capaian tersebut kerana ibu ayah kadang kala sukar mengawal dan mengehadkan masa penggunaan gajet.” kata Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Ibu ayah perlu sediakan persekitaran online yang selamat di rumah

film pornografi

Sehubungan dengan itu, adalah penting ibu dan ayah sama-sama memainkan peranan dengan bertindak lebih tegas membendung permasalahan ini.

Anda perlu menyediakan persekitaran dalam talian yang selamat di rumah dengan:

  1. Letakkan komputer di ruang tamu terbuka supaya ibu ayah dapat memantau aktiviti online anak-anak
  2. Memasang perisian antivirus
  3. Menetapkan had masa bagi penggunaan internet
  4. Menetapkan tetapan peribadi media sosial
  5. Tetapkan mod carian yang selamat pada pelayar
  6. Muat turun dan menetapkan aplikasi pemantauan
  7. Didik anak untuk merahsiakan kata laluan mereka daripada orang tidak dikenali

Cara mengaktifkan ciri kawalan ibu bapa atau mood cari selamat

#1. Youtube (mengaktifkan atau mematikan mod sekatan)

  • Klik gambar profil anda
  • Klik Mod Sekatan
  • Pada kotak dialog yang muncul, aktif atau matikan Mod Sekatan

#2. Facebook

Ibu ayah hendaklah mengetahui kata laluan bagi akaun Facebook milik anak bagi memudahkan pemantauan secara dekat.

Caranya: klik pada tiga titik bertindih di profil akaun anak, kemudian klik ‘Privacy Check-up’.

Di sini, anda boleh memilih siapa yang boleh melihat, menghantar mesej atau meminta untuk menjadi rakan kepada anak-anak.

#3. Pelayar internet: Chrome (mengaktifkan atau mematikan SafeSearch)

  • Lawati halaman Tetapan Carian (https://www.google.com/preferences)
  • Pada bahagian ‘Penapis SafeSearch’, tanda atau nyahtanda kotak di sebelah ‘Hidupkan SafeSearch’
  • Pada bahagian bawah halaman, klik Simpan

Kesimpulannya, tetapkanlah waktu penggunaan gajet di rumah. Ibu ayah elakkan terlalu ‘sporting’ membiarkan anak menghabiskan masa yang lama di atas talian. Semoga bermanfaat!

Siakap Keli, mykmu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Terkejut, Jumpa Banyak Lukisan Lucah Dalam Beg Sekolah Anak Yang Berusia 7 Tahun!

Baca juga:  Ada Unsur Negatif & Lucah, Ibu Ayah Perlu Kawal Anak Yang Gemar Layan YouTube!

Baca juga:  Suami Yang Ketagih Tengok Video Lucah Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga- Kajian

Stories Rakan Kongsi
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 94% Kanak-Kanak Di Malaysia Terdedah Pornografi Online, Ibu Patut 'Spot Check' Telefon Anak
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham