Posisi anak kecil tidur dengan pelbagai gaya comel dan lucu itu boleh buat kita rasa menatap wajah itu berjam-jam lamanya, kan? Namun, kenapa anak tidur menonggeng dikatakan tidak selamat? Sudah tentu timbul rasa bimbang dan risau sekiranya posisi tidur sebegini mengganggu pernafasannya.
Tetapi, ada juga yang mengatakan posisi anak tidur menonggeng ini sebenarnya bermaksud dia mahu adik baru. Amboi, nak adik baru dah ke sayang?
Isi Kandungan
Anak tidur menonggeng sebab nak dapat adik?
Sebagai ibu bapa, kita tidak pernah terfikir kenapa anak tidur menonggeng? Sedangkan kita yang dewasa ini pun pastinya tidak selesa bila tidur dengan keadaan sebegitu.
Tapi tahukah anda, terdapat beberapa perkara yang menjelaskan anak kecil tidur menonggeng ini terjadi kerana sebab-sebab tertentu.
Pertama, ia mungkin dilakukan kerana bayi itu sedang cuba “membuat semula” kedudukan seolah sama dengan keadaannya dulu yang berada dalam kandungan ibu. Ia juga menggambarkan seolah-olah si kecil itu mahukan teman iaitu adik baru.
Penyataan tersebut diucap sendiri oleh Richard Polin, Direktor Neonatologi di Universiti Columbia.
Ketika berlakunya pertambahan usia dan mula bergerak lebih banyak, tubuh kanak-kanak ini akan memilih posisi tidur yang paling selesa. Salah satunya ialah menonggeng.
Bahkan posisi tidur bayi sambil menonggeng ini sama seperti ketika si kecil itu belajar merangkak dahulu.
Sebab itu, bila melihat anak tidur dengan posisi menonggeng, ia membuatkan anda berasa bimbang. Kemudian anda akan betulkan kembali posisi tersebut.
Tapi selang beberapa minit si kecil akan kembali menonggeng semula. Ya benar, anda memang patut risau kerana posisi ini berisiko menyebabkan kematian bayi secara mendadak (SIDS) seperti yang diperkatakan oleh American Academy of Pediatrics (AAP).
Posisi tidur anak yang selamat
Kita sedia maklum tidur terlentang adalah yang paling selesa dan selamat untuk anak kecil. Cara tidur sebegini terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko kematian mengejut dalam kalangan bayi baru lahir atau berusia bawah 5 bulan.
Waktu ini, sistem otak bayi masih belum berkembang sepenuhnya dan tidak mempunyai kemampuan tersedar sendiri apabila tubuh badan berada dalam bahaya.
Apabila bayi anda sudah memasuki usia 3 bulan ke atas, waktu ini tangan dan kaki sudah kuat. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang jenis bantal ringan atau kecil di sekitar mereka.
Begitu juga bagi bayi yang berusia 5 hingga 6 bulan dan sudah pandai berguling, ketika usia ini risiko SIDS sudah berkurang. Malah, anda melihat posisi tidurnya juga akan berubah.
Jadi, sekiranya ibu ayah terjaga tengah malam dan melihat anak tidur menonggeng, gulingkan semula secara perlahan ke dalam posisi tidur terlentang.
Sama juga jika mereka berulang kali melakukan posisi yang sama.
AAP turut memberi peringatan kepada setiap ibu bapa supaya membetulkan posisi tidur bayi dalam keadaan terlentang bagi mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut ini.
Posisi bayi tidur secara mengiring juga adalah tidak selamat. Ia memberikan tekanan pada rahang yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
Selain itu, posisi tidur sebegini membolehkan mereka hanya bernafas dengan menghirup udara kitar semula dan bukannya udara segar. Pengumpulan karbon dioksida berlaku dan oksigen berkurang.
Tips untuk mengekalkan posisi tidur bayi yang betul:
- Letakkan bayi tidur telentang.
- Pastikan permukaan tidur rata dan padat.
- Pastikan pakaian bayi selesa dan tidak ketat.
- Gunakan katil bayi, bassinet atau katil mudah alih.
- Pastikan tiada objek seperti patung, selimut yang berdekatan.
- Asingkan katil dengan bayi elak risiko sesak nafas.
- Pastikan suhu bilik selesa.
- Tetapkan rutin tidur apabila bayi berumur 4 hingga 6 bulan.
Namun begitu, berbeza pula dengan pandangan European Journal of Applied Psychology yang berpendapat bahawa jika bayi sering tidur dengan posisi meniarap atau menonggeng, ia dapat melatih perkembangan motor anak. Sekaligus, ini akan membuatnya lebih cepat berguling dan merangkak!
Walau bagaimanapun, jika bayi tidur dalam keadaan ini, usah terburu-buru mengubah posisi tidur bayi itu jika ia tidak membimbangkan tapi anda harus memerhatikan mereka sentiasa bagi mengelak sebarang kemungkinan.
Bayi anda suka tidur posisi yang bagaimana? Kongsikan ia dengan kami!
Penulis asal Adisty Titani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu
Baca juga: Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!
Baca juga: Benarkah Hukumnya Haram Jika Tidur Menghadap Kiblat? Ini Jawapannya