Posisi tidur elak bayi songsang adalah penting untuk diketahui oleh para ibu hamil di luar sana. Ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa kedudukan atau gaya tidur anda sehari-hari boleh mempengaruhi janin dalam kandungan.
Justeru, adalah penting untuk anda mengetahui ada beberapa posisi tidur elak bayi songsang yang boleh diamalkan. Tidak dinafikan bahawa semakin bertambah usia kandungan, perut ibu jadi makin membesar sehingga membuatkan anda kadang-kala tidak selesa untuk melelapkan mata.
Namun jangan mengeluh, kesemua pengalaman kehamilan ini akan menjadi sesuatu yang akan dirindui kelak.
Isi Kandungan
Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Mengandung Boleh Amalkan
Melahirkan bayi songsang dianggap amat berisiko bagi ibu dan bayi. Akhir sekali, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melalui proses kelahiran caesar kerana ia adalah pilihan yang terbaik.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Dr Wan Masliza Wan Daud, masalah bayi songsang berlaku apabila punggung dan kaki bayi berada dekat dengan pintu rahim (serviks) dan bukan kepala bayi.
”Di hospital, kaedah memusing bayi antara usaha pertama akan dilakukan bagi membantu ibu bersalin normal. Namun prosedur ini melalui proses yang ketat dengan bantuan teknologi imbasan bagi memastikan bayi dan ibu selamat.”
”Baby songsang boleh melalui prosedur ini yang dipanggil sebagai ECV iaitu External Cephalic Version oleh pakar yang terlatih di usia kandungan 37 minggu,” jelasnya.
Sebagai ikhtiar lain, ibu juga boleh menjaga posisi tidur agar bayi tidak sungsang. Antaranya:
#1. Tidur mengiring ke belah kiri
Posisi tidur agar bayi tidak sungsang yang pertama adalah dengan tidur mengiring ke kiri. Ketika berada trimester kehamilan terakhir, anda boleh mencuba kedudukan tidur ini dengan meletakkan bantal di bawah perut. Ia berupaya mendorong gerakan bayi di dalam rahim dan membantu masuk ke posisi normal sebelum adanya tanda-tanda bersalin.
#2. Tidur mengiring dengan bantal di antara kedua kaki
Tidak kira tidur siang atau malam, ibu disaran tidur mengiring dengan bantal di antara lutut dan pergelangan kaki kerana ia boleh membantu janin ke posisi yang sepatutnya.
Menurut pakar perbidanan dan anak, Diana Spalding, beliau mengatakan bantal yang diletakkan di antara kedua kaki dapat membantu menciptakan posisi yang optimum untuk bayi berpusing atau berbalik. Selain itu kedudukan tidur ini dapat membantu otot-otot di bawah punggung lebih rileks dan mengurangkan ketegangan keseluruhan tubuh ibu.
#3. Tidur sambil mendengar muzik atau bacaan al-quran
Posisi tidur agar bayi tidak sungsang ini dianggap sebagai terapi yang baik dan mampu ‘memujuk’ bayi berbalik ke posisi sepatutnya. Salah satu cara yang ibu boleh lakukan adalah dengan meletakkan telefon di bahagian bawah perut.
Tidak hanya memasang lagu, anda juga boleh memainkan beberapa pilihan zikir ataupun bacaan al-quran yang diperoleh melalui carian internet.
Selain itu, anda juga boleh meminta pasangan untuk kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan. Ibu jangan terkejut jika mengetahui janin mula memberi respon ke tempat asal suara tersebut.
#4. Tidur dengan meletakkan kaki pada kedudukan lebih tinggi
Menjelang trimester akhir kehamilan, ibu disaran untuk kekal aktif melakukan senaman yang boleh memudahkan proses bersalin. Sebagai ikhtiar baby songsang, ibu boleh baring di atas lantai dan mengangkat kaki ke dinding bagi menggalakkan janin bergerak pada kedudukan lebih optimum.
Kedudukan ini juga membolehkan graviti menolak janin untuk berpusing secara semula jadi, dalam masa yang sama menjadi senaman baik untuk ligamen pelvik. Jika anda rasa sukar, minta bantuan suami atau keluarga bagi melakukannya.
#5. Gaya tidur ibu mengandung dengan kaki dibengkokkan ke lutut
Seterusnya, cara tidur ibu mengandung supaya bayi tidak songsang adalah dengan kaki dibengkokkan ke lutut. Seperti senaman yoga, ibu boleh cuba posisi tidur dengan kaki dibengkokkan dan sedikit condong ke arah pelvis.
Kedudukan ini membolehkan janin bergerak terutamanya selepas diberi ruang yang begitu banyak untuk keluar ke pelvis. Ibu boleh menggunakan bantuan bantal untuk menyokong punggung supaya lebih selesa.
Keadaan Bayi Songsang Dalam Kandungan
Bayi songsang adalah apabila mereka meletakkan kaki ke bawah terlebih dahulu dalam rahim. Sebaik-baiknya, bayi perlu dalam keadan kepada ke bawah supaya apabila dilahirkan kepala terlebih dahulu keluar semasa kelahiran faraj/beranak normal.
Kebanyakan bayi songsang akan bertukar kepada kedudukan mendahulukan kepala menjelang 36 minggu. Sesetengah bayi songsang boleh dilahirkan secara faraj, akan tetapi c-section kebiasanya akan disyorkan.
Bagaimanakah Bayi Songsang Menjejaskan Kehamilan?
Kehamilan anda biasanya tidak terjejas. Kebanyakan bayi songsang dilahirkan sihat, walaupun terdapat risiko yang sedikit meningkat untuk kecacatan kelahiran tertentu.
Pergerakan bayi anda mungkin berasa sedikit berbeza. Anda akan merasakan tendangan bayi lebih rendah di dalam perut anda. Anda mungkin merasakan benjolan keras lebih dekat dengan rusuk anda. Ini adalah kepala bayi anda.
Jika anda merancang bersalin secara normal, bayi songsang boleh mengubah keadaan ini. Apabila bayi anda songsang, persalinan melalui faraj boleh menjadi rumit dan berbahaya. Pakar kesihatan anda mungkin akan mengesyorkan kelahiran secara Ceasarean (C-section) untuk beberapa kes tertentu.
Punca Kedudukan Bayi Songsang
Sukar untuk diketahui mengapa bayi berada dalam keadaan songsang. Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kedudukan ini ialah:
- Anda hamil kembar (atau lebih). Ini menjadikan lebih sukar bagi setiap bayi untuk masuk ke kedudukan yang betul.
- Terdapat terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair amniotik.
- Rahim tidak berbentuk normal atau mempunyai ketumbuhan yang tidak normal seperti fibroid. Selalunya, rahim berbentuk seperti buah pir terbalik. Jika bentuknya berbeza, mungkin tidak ada ruang yang cukup untuk bayi yang sudah dewasa untuk bergerak mengikut kedudukannya.
- Plasenta meliputi seluruh atau sebahagian daripada serviks (keadaan yang dipanggil plasenta previa).
- Bayi itu pramatang. Ini bermakna kehamilan mereka kurang daripada 37 minggu dan mungkin tidak beralih kepada kedudukan mendahulukan kepala.
- Bayi anda mempunyai kecacatan kelahiran yang menyebabkan mereka tidak menunduk.
Bolehkah Menukar Kedudukan Bayi Songsang?
Jika bayi anda songsang, pakar kesihatan anda mungkin mempertimbangkan untuk menukar bayi anda supaya anda boleh bersalin secara normal. Dalam sesetengah kes, cuba terbalikkan kedudukan bayi anda mungkin tidak selamat atau berisiko.
Ia tidak selamat jika anda mempunyai keadaan kesihatan seperti berikut:
- Pendarahan dari faraj anda.
- Plasenta previa. Ini adalah apabila plasenta anda meliputi semua atau sebahagian daripada serviks anda.
- Bayi kecil yang luar biasa.
- Tahap cecair amniotik yang rendah.
- Kadar jantung janin yang rendah atau tinggi.
- Pecah pramatang membran.
- Mengandung kembar atau lebih.
Kaedah yang paling biasa digunakan untuk memusingkan bayi songsang dipanggil External Cephalic Version (ECV) Ia dilakukan oleh pakar kesihatan anda sekitar 37 minggu kehamilan. Prosedur ini dilakukan di hospital sekiranya berlaku kecemasan.
Doktor perlu meletakkan tangan di perut anda dan menggunakan tekanan yang kuat untuk memusingkan bayi ke kedudukan kepala ke bawah semasa bayi anda masih dalam rahim anda. Ia adalah kira-kira 65% berkesan dan membawa beberapa risiko.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
- my.clevelandclinic.org (October 7, 2021). Breech Baby (my.clevelandclinic.org/health/diseases/21848-breech-baby)
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sampai Hospital Check Jalan, Kaki Bayi Dah Keluar- Ibu Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal
Baca juga: Pengalaman Ibu Ini Buat Prosedur ECV “Pusingkan Bayi Songsang” & Bersalin FPP, Layanan 1st Class
Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!