Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

lead image

Dalam banyak-banyak perdebatan tentang punca autisme, barangan yang senang didapati di rumah ini mungkin salah satu penyebabnya!

Bercakap tentang gangguan autisme, sudah bertahun-tahun pakar mencari punca autisme ini.

Secara keseluruhannya, pengkaji mengatakan gangguan autisme mungkin berkaitan dengan struktur otak dan ketidakstabilan fungsi otak.

Namun, kajian baru-baru ini pula mendedahkan sesuatu yang masuk dek akal dan boleh bikin ibu bapa lebih risau.

Apa punca autisme? Seorang pakar menemui jawapannya

Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan, namun punca autisme yang paling utama masih menyebabkan pengkaji “garu kepala”. 

Soalan yang kerapkali ditimbulkan semula adalah “apakah punca autisme yang sebenar?”

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/autism.jpg Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

Pakar menolak kaitan antara gangguan autisme dengan pemberian vaksin. Tapi ada juga kajian yang mengaitkan tentang paras diabetes si ibu mampu meningkatkan risiko anak autisme.

Malah, faktor kehamilan dan kelahiran lain seperti demam dan menjalani imbasan ultra pada trimester pertama juga dikatakan sebagai punca autisme. 

Namun, seorang doktor pakar telah menemui sesuatu yang sungguh mengejutkan!

Dr. Harvey Karp, seorang doktor dan penasihat kesihatan kanak-kanak telah membina teori yang beliau percaya mampu membongkarkan rahsia punca autisme.

Menurut beliau di acara Healthy Child Healthy World and Environment, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia, seperti kimia endoktrin (EDCs) sebenarnya amat berbahaya.

Botol plastik punca autisme?

Kimia endoktrin (EDCs) banyak terkandung dalam produk atau barangan rumah. Adakah benar EDC ini penyebab autisme? 

Botol air plastik, makanan dalam tin dan botol susu bayi antara barangan yang mengandungi BPA dan phthalates. BPA dan phthalates adalah salah satu contoh EDC.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/bpa autism.jpg Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), EDC boleh mengubah dan menjejaskan fungsi reproduktif manusia. Malah, ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara, menjejaskan pertumbuhan dan sistem imun badan kanak-kanak.

“Setiap individu terdedah kepada bahaya BPA kerana ia selalu berdekatan dengan kita. Contohnya seperti phthalates terkandung dalam barangan plastik dan kereta baru,” jelas Dr. Karp.

Bagaimana EDC boleh menyebabkan autisme?

Hormon boleh mengawal isyarat otak. Namun, EDC boleh memasuki minda bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan mengubah perkembangan otak mereka.

Hormon dalam badan lelaki dan wanita berbeza. Kalau anda nak tahu, gangguan autisme lebih banyak menyerang kanak-kanak lelaki berbanding wanita

Walaubagaimanapun, Dr. Karp mendedahkan, beliau masih tidak berputus asa. Beliau akan terus mengkaji tentang hal ini sehingga bertemu jawapannya.

Bagaimana ibu bapa boleh mengelak BPA dalam plastik botol?

Anda bukan saja perlu risau tentang BPA. BPS – salah satu alternatif lain untuk BPA juga sama-sama berbahaya!

Kadang-kadang, ada sesetengah produk yang menulis ia “bebas BPA”. Tapi, ia mungkin masih boleh mengandungi BPS!

Apa ibu bapa patut buat:

  • Jangan beli buah-buahan atau sayur-sayuran dalam tin. Tin mengandungi BPA atau BPS. Beli buah atau sayur segar
  • Beli produk berasaskan silikon – ia bebas BPA dan BPS
  • Elak produk plastik yang ada label #7 kerana ia mungkin bebas BPA, tapi masih mengandungi BPS

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: WHOAutism SocietyYahooScientific American

Kredit gambar: Fun at Home with Kids

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak lambat cakap bukan bermaksud menghidap gangguan autisme!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!