Guna Telefon Bimbit Terlalu Lama Ketika Hamil Boleh Sebabkan Anak Hadapi Masalah Tingkah Laku

Radiasi telefon bimbit mampu memberi kesan negatif kepada diri terutama apabila hamil jika terlalu lama gunakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sedia maklum bahawa radiasi mampu memberi kesan negatif kepada diri jika terus-terusan terdedah kepadanya. Tetapi pernahkah anda terfikir apakah kesannya pula ke atas wanita yang sedang mengandung terutama bayi dalam kandungan?

Boleh dikatakan 24 jam kita dikelilingi oleh radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang terdapat dalam tanah atau batu, televisyen berwarna dan sebagainya.

Malah sehingga kini, para penyelidik masih lagi terus mengkaji kesan gelombang radio yang dipancarkan melalui telefon bimbit serta peranti-peranti lain yang berkemungkinan memberi kesan terutama pada janin. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti maklumat mengenainya melalui perkongsian ini.

Adakah Telefon Bimbit Mengeluarkan Radiasi?

Jawapannya adalah, ya! Penggunaan alat komunikasi seperti telefon bimbit, komputer riba serta tablet yang mempunyai sambungan internet tanpa wayar sebenarnya mengeluarkan atau memancarkan radiasi.

Buat pengetahuan anda, maksud radiasi adalah merupakan satu bentuk tenaga yang bergerak. Ia mempunyai sifat elektromagnet iaitu gelombang-gelombang elektromagnet serta tenaga magnet yang bergerak secara seiring melalui ruang yang terdapat pada kelajuan cahaya. 

Malah, daripada segi perubatan juga radiasi turut digunakan seperti x-ray, CT-Scan , Mamografi dan sebagainya untuk mengenalpasti penyakit dan di mana lokasi penyakit tersebut. 

Malah, penggunaan alat komunikasi terutamanya telefon bimbit juga memerlukan radiasi bagi memancarkan dan menerima tenaga yang dikenali sebagai gelombang radio elektromagnet untuk berkomunikasi dengan satu sama lain juga dengan dunia luar.

Jika anda kerap terdedah dan menggunakan alatan-alatan ini, gelombang radio ini boleh memanaskan tisu, merosakkan DNA dan kadang kala ia turut menyebabkan berlakunya penyakit kanser.

Namun, berita baiknya, berbanding yang lain telefon bimbit memancarkan sejenis sinaran bukan mengion iaitu gred tenaga gelombang radio yang rendah. Malah, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa tahap pancaran sinaran itu boleh mendatangkan kesan yang berbahaya.

Selamatkah Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Hamil?

Walaupun penggunaan telefon bimbit turut mempunyai pancaran radiasi tetapi dengan skala yang rendah, sehingga ini beberapa kajian yang telah dijalankan tidak dapat membuktikan apa-apa kesan yang akan mempengaruhi anda ketika sedang mengandung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah Penggunaan Telefon Bimbit Memberi Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan?

Analisis terbaru telah dilakukan oleh penyelidik iaitu membandingkan penggunaan telefon bimbit wanita yang sedang mengandung dengan mengambil kira pertumbuhan bayi mereka dalam rahim berdasarkan berat lahir dan panjang kehamilan mereka.

Melalui analisis ini, para penyelidik mendapati terdapat hubungkait di antara sel ibu dan tempoh kehamilan yang lebih pendek di mana berlakunya peningkatan risiko kelahiran pramatang. Bagi tumbesaran janin dan berat lahir pula ia tidak dapat dipastikan hubungkaitnya dengan penggunaan telefon bimbit oleh wanita hamil.

Melalui penyelidikan iaitu kajian Sepanyol pada 2017 yang dilakukan ke atas 80,000 pasangan ibu, anak juga mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit yang terlalu lama semasa kehamilan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan mengalami masalah tingkah laku atau ADHD.

Adakah Perlu Mengurangkan Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Hamil?

Para penyelidik berpendapat tidak ada keperluan bagi ibu mengandung untuk menghentikan penggunaan telefon bimbit kerana laporan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) mendapati tidak ada kesan kesihatan yang buruk disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun dengan menggunakannya secara berterusan semasa kehamilan boleh mendedahkan anda kepada penyerapan radiasi yang lebih besar. Berkemungkinan pendedahan ini akan menyebabkan gangguan pada aktiviti otak anda dan menjejaskan corak tidur, keletihan serta menjejaskan daya ingatan anda.

Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan juga turut mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit bagi jangka masa yang lama boleh menyebabkan insomnia, mengurangkan ketumpatan tulang dan fungsi otak.

Walaupun tiada kajian yang membuktikan bahawa penggunaan telefon bimbit bagi jangka masa pendek akan menyebabkan masalah kesihatan, adalah lebih baik jika anda mengambil pendekatan selamat dengan mengehadkan penggunaannya dan hanya guna ketika perlu sahaja.

Untuk pengetahuan ibu hamil juga, setiap telefon bimbit mempunyai tahap radiasi yang telah dinilai dan ia digelar sebagai Nilai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Melalui penilaian ini, anda akan mengetahui berapa banyak radiasi atau tenaga yang akan diserap oleh badan ketika anda menggunakan telefon bimbit.

Malah ia juga akan memastikan badan anda tidak akan menyerap lebih daripada dua watt per kilogram. Ini adalah kerana semakin tinggi SAR telefon, semakin banyak radiasi yang akan anda serap. Penarafan SAR ini boleh disemak melalui :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Arahan yang terdapat di telefon atau kotaknya.
  • Melalui laman web pengilang.
  • Atau di www.sarvalues.com dan emfacademy.com

Malah, kekuatan isyarat telefon semasa anda menggunakannya juga memainkan peranan dalam jumlah tenaga yang akan dipancarkan oleh telefon anda. Semakin kuat isyarat, semakin kurang tenaga dipancar dan semakin rendah nilai-nilai SAR. 

Oleh itu, lebih baik sekiranya anda menggunakan telefon ketika isyaratnya kuat bagi mengurangkan pendedahan anda kepada radiasi dan tetap boleh menggunakannya walaupun sedang hamil.

Tetapi jika anda masih risau akan kesan radiasi kepada diri dan bayi dalam kandungan anda boleh lakukan beberapa perkara seperti berikut :

  • Guna apabila perlu sahaja.
  • Buat panggilan pendek berbanding panggilan yang panjang.
  • Lebih baik jika menghantar pesanan ringkas daripada membuat panggilan.
  • Pastikan isyarat telefon anda adalah di tahap terbaik dan kuat.
  • Pastikan anda meletakkan telefon bimbit dengan jaraknya beberapa kaki dari anda ketika tidak menggunakannya.
  • Guna peranti bebas tangan bagi mengurangkan pendedahan anda kepada gelombang radio.
  • Elak meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan perut anda di mana bayi sedang membesar.
  • Jangan letakkan telefon di bawah bantal anda.

Tanda-tanda Terkena Radiasi

Pendedahan kepada radiasi mampu menyebabkan anda mengalami :

  • loya dan muntah
  • cirit birit
  • sakit kepala
  • demam
  • pening
  • lemah dan kelesuan
  • kehilangan rambut
  • muntah berdarah dan najis dari pendarahan dalaman
  • jangkitan
  • tekanan darah rendah

Jika terdapat tanda-tanda iaitu ini, segeralah berjumpa doktor. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. parenting.firstcry.com (2018, Ogos 21) Using a Mobile Phone During Pregnancy – Is It Safe? parenting.firstcry.com/articles/using-mobile-phone-during-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Awas! Minum Alkohol Masa Hamil Berisiko Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin

Baca juga : Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Baca juga : 10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani