X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Rakaman mengerikan: Anak kecil terselamat daripada mati terjatuh dari tingkap

21 Feb, 2017
Rakaman mengerikan: Anak kecil terselamat daripada mati terjatuh dari tingkapRakaman mengerikan: Anak kecil terselamat daripada mati terjatuh dari tingkap

Video seorang budak kecil yang berjalan di tepi tebing tingkap pasti akan mendebarkan anda. Kenapa tingkap ini tidak dikunci atau dipastikan selamat untuk kanak-kanak?

Anda ada anak kecil di rumah? Jika ada, anda perlu menonton video ini. Anda pasti tidak akan tertanya-tanya lagi mengapa anda perlu mengunci tingkap rumah anda lagi.

Saya teringat, ketika anak perempuan saya masih kecil, saya berharap yang saya boleh mengklonkan diri saya semata-mata untuk mengawasi anak saya sambil dia bermain-main di satu-satu tempat dan kemudiannya menghilang entah ke mana beberapa saat kemudian.

Apabila insiden malang berlaku, tiada gunanya menyalahkan satu sama lain di atas apa yang telah berlaku. Jika anda ada anak di rumah, ia adalah lebih baik untuk anda memastikan semuanya selamat bagi kanak-kanak. Lagipun, kanak-kanak tidak sedar akan bahaya yang mungkin akan menimpa mereka ketika mereka bermain di dalam rumah.

Walaupun ia merupakan satu masa yang menyeronokkan bagi ibu bapa untuk melihat anak mereka meneroka persekitaran, ia juga turut dipenuhi dengan saat-saat yang mendebarkan.

Ambil anak kecil ini sebagai contoh. Bila dan bagaimana dia boleh memanjat tingkap, berdiri di tebing tingkap tersebut dan….ah…anda tonton sahajalah video ini dan alami saat yang mampu menaikkan bulu roma anda!

Menakutkan, bukan? Tiada ibu bapa yang akan sengaja mendedahkan anak mereka kepada situasi kemalangan seperti ini, lagi-lagi dengan adanya anak kecil yang bersifat ingin tahu dan aktif di rumah. Ini menguatkan lagi sebab mengapa mereka perlu memastikan rumah mereka selamat untuk anak-anak, terutamanya tingkap, bagi memastikan anak mereka jauh dari bahaya.

Tidak kiralah sama ada anda tinggal di bangunan tinggi atau tidak, ia lebih baik untuk memasang ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini melibatkan anak anda daripada berlaku.

Tip untuk Memastikan Tingkap di Rumah Anda Selamat Untuk Kanak-Kanak

Berikut merupakan beberapa tip asas untuk anda ingat bagi memastikan tingkap di rumah anda selamat bagi kanak-kanak:

  • Elakkan susunan kerusi berhampiran dengan tingkap: Selalunya tingkap diletakkan tinggi bagi mengelakkan anak anda mendekatinya. Namun, jika ada sofa atau susunan kerusi berhampiran dengan tingkap, anak-anak mungkin akan memanjat dan mencapainya.Juga, lihat di sekeliling jika ada objek-objek ringan seperti kerusi bayi atau kotak yang mungkin boleh ditarik oleh anak kecil dekat dengan tingkap dan dijadikan tangga.

    Kemudian, terdapat juga risiko untuk anak-anak menghayunkan objek-objek berat dan memecahkan cermin tingkap. Pastikan kawasan berhampiran dengan tingkap bebas daripada objek-objek sebegini.

    Kenalpasti faktor risiko yang mungkin berlaku dan kemas bilik anda dengan memastikan semua perabot, barang berat yang bertingkat dijauhkan daripada tingkap.

  • Pasang Jeriji Tingkap: Ini adalah palang bagi tingkap anda. Ya, ia tidak nampak cantik di tingkap anda (kelihatan seperti penjara), namun, anda mampu bernafas lega, terutamanya jika anda tinggal di bangunan apartmen yang tinggi.
    Ia boleh ditempah khas supaya muat dengan tingkap anda. Cuma pastikan jeriji tingkap tersebut mempunyai pembuka kecemasan dan semak sama ada palang tingkap itu dibenarkan untuk digunakan di tempat kediaman.
  • Pasang Penyekat Tingkap: Jika anda tidak mahu tingkap dibuka secara luas sehingga ke satu-satu bukaan, pasanglah penyekat tingkap. Ia mengehadkan sudut bukaan tingkap tersebut, jadi anda patut memasangnya.
    Cara terbaik adalah dengan tidak membenarkan bukaan lebih daripada 4 inci kerana ia adalah anggaran saiz torso kanak-kanak berusia 5 bulan.
  • Pasang Skrin Pelindung Tingkap Tidak-Mudah-Pecah: Apabila tingkap tempered-glass pecah, ia akan meretak dan berkecai ke merata-rata tempat. Anda pasti tidak mahu ia terkena kepada anak kecil anda.
    Anda boleh memasang skrin pelindung tingkap yang lutsinar pada cermin tingkap anda dan ia mengelakkan serpihan kaca daripada bersepah. Ia tidak menghalang retak; cuma ia mengelakkannya daripada berderai.

Lebih cepat anda memastikan tingkap (di dalam semua bilik di rumah anda) selamat untuk kanak-kanak, lebih segera untuk anda dapat menikmati masa bersama atau berjauhan daripada si kecil anda.

Stories Rakan Kongsi
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rakaman mengerikan: Anak kecil terselamat daripada mati terjatuh dari tingkap
Kongsikan:
  • Mitos ‘Belum 5 Minit’; Jangan Beri Anak Makanan yang Sudah Jatuh

    Mitos ‘Belum 5 Minit’; Jangan Beri Anak Makanan yang Sudah Jatuh

  • Kejadian Depan Mata: Bayi Tiba-Tiba Jatuh Dari Tingkat 5 Ditangkap Guna Selimut

    Kejadian Depan Mata: Bayi Tiba-Tiba Jatuh Dari Tingkat 5 Ditangkap Guna Selimut

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Mitos ‘Belum 5 Minit’; Jangan Beri Anak Makanan yang Sudah Jatuh

    Mitos ‘Belum 5 Minit’; Jangan Beri Anak Makanan yang Sudah Jatuh

  • Kejadian Depan Mata: Bayi Tiba-Tiba Jatuh Dari Tingkat 5 Ditangkap Guna Selimut

    Kejadian Depan Mata: Bayi Tiba-Tiba Jatuh Dari Tingkat 5 Ditangkap Guna Selimut

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.