Anak Ramai & Kereta Tak Muat Balik Kampung, Ibu Terpaksa Tinggal Anak Lelaki Di Rumah

Raya balik kampung namun disebabkan kereta tak muat untuk semua, budak lelaki ini kena tinggal dan pasrah perlu berkorban dengan adik-adik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah untuk anak perantau apabila setiap kali Aidilftiri, masing-masing mahu menyambut raya dengan balik kampung. Namun tular menerusi video TikTok dimuat naik oleh seorang wanita mengenai budak lelaki ditinggalkan keluarganya yang pulang ke kampung.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tak dapat ikut raya balik kampung
  • Komen ditutup, netizen persoal hanya ‘content’ semata-mata

Pemilik akaun TikTok yang memuat naik video itu dipercayai merupakan jirannya namun, tidak dapat dipastikan usia sebenar budak lelaki tersebut.

Tak dapat ikut raya balik kampung

Menerusi keterangan pada video itu, wanita itu mendakwa kesemua ahli keluarga budak lelaki tersebut telah pulang ke kampung dan meninggalkannya seorang diri.

“Kasihan abang cik kena tinggal. Mak, abah, kakak, adik semua balik kampung. Tinggal dia seorang,” demikian keterangan tersebut.

Dalam video itu, budak lelaki  yang memakai baju serta seluar warna hitam kelihatan tenang dan hanya tersenyum seperti sedang berbual dengan seseorang.

Berdasarkan laporan berita di Kosmo! Online pula, budak lelaki itu ditinggalkan kerana kereta tidak muat untuk dinaiki oleh kesemua keluarga tersebut.

Komen ditutup, netizen persoal hanya content semata-mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan itu juga turut memetik maklum balas daripada netizen di TikTok terhadap video tersebut. Antaranya ialah, “sampai hati, kalau saya biar semua tak balik daripada tinggal anak sambil berduka”.

“Ada hal kecemasan mungkin, dah kereta tak muat nak bawa semua, kena tinggal anak, mungkin mak ayah dia balik sekejap dan bawa adik-adik kecil yang lebih utama, kita tak tahu,” demikian komen tersebut.

Bagaimanapun, menjengah ke akaun TikTok tersebut, ruangan komen telah ditutup namun sehingga artikel ini ditulis, video itu masih kekal di situ.

Susulan itu, terdapat netizen mempersoalkan kandungan video itu serta menyifatkan ia sekadar content semata-mata yang dibuat oleh pemilik akaun tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“TikTok punya content jangan percaya sangat. Entah-entah kampung sebelah je pun”.

“Harap-harap ni contentlah yeke adik-adik sekalian”.

“Jangan naif sangat lah nak percaya segala benda kat media sosial ni lagi-lagi TikTok,” demikian komen-komen daripada netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bab Kemas Beg Balik Kampung, Berilah Kebebasan Pada Isteri, Dialah Yang Paling Tahu

Baca juga:  Bila Ramai-Ramai Balik Kampung, Jagalah Aurat Dengan Ipar Agar Tidak Terpalit Dosa

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan