9 Tindakan Refleks Bayi Baru Lahir Ramai Ibu Tidak Perasan, Tarik Rambut Pun Ya Juga!

Refleks bayi baru lahir ada 9. Adakah anda sudah tahu kesemuanya? Jom ketahui apa gerakan tanpa sedar yang dibuat oleh bayi anda ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu sebenarnya tindakan refleks bayi baru lahir ini mempunyai pelbagai jenis? Kadang-kala kita akan rasa seronok apabila melihat bayi baru lahir menunjukkan beberapa pergerakan comel

Namun, pernah tak ibu tertanya-tanya kenapa bayi baru lahir mempunyai beberapa tabiat seperti menggenggam tangannya? Yang paling menyeronokkan apabila mereka turut akan menggenggam tangan sesiapa sahaja yang diberikan kepadanya.

Waktu itu pasti terasa seperti mereka menyayangi dan manja dengan kita, kan? Tapi rupa-rupanya itu adalah salah satu tindakan refleks bayi baru lahir yang perlu anda ketahui.

Apa Itu Tindakan Refleks Bayi Baru Lahir?

Kredit: Shutterstock

Refleks bayi baru lahir ialah beberapa tindakan atau gerakan tanpa sedar yang dilakukan oleh bayi. Ia seperti menggenggam tangan, meregangkan badan dengan comel bila kita membuka bedungnya dan banyak lagi.

Menurut sumber Standford Children’s Health, sesetengah pergerakan adalah spontan dan berlaku sebagai sebahagian daripada aktiviti normal bayi1. Lain-lain adalah tindak balas kepada tindakan tertentu.

Penyedia penjagaan kesihatan memeriksa refleks untuk menentukan sama ada otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Sesetengah refleks berlaku hanya dalam tempoh perkembangan tertentu.

Sebenarnya, refleks bayi baru lahir amat penting untuk menandakan perkembangan sistem saraf bayi berfungsi dengan baik dan memberangsangkan. 

Berikut adalah beberapa refleks bayi baru lahir yang kebiasaannya dilihat:

9 Tindakan Refleks Bayi Baru Lahir Yang Anda WAJIB Tahu!

#1 Tindakan Refleks Menggenggam/Palmar Grasp

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengusap tapak tangan bayi menyebabkan bayi menutup jarinya dalam genggaman. Refleks genggaman berlangsung sehingga bayi berumur kira-kira 5 hingga 6 bulan. Refleks yang sama pada jari kaki berlangsung sehingga 9 hingga 12 bulan.

#2 Refleks Rooting

Refleks ini bermula apabila sudut mulut bayi diusap atau disentuh. Bayi akan memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya untuk mengikut dan mengakar ke arah mengusap. Ini membantu bayi mencari payudara atau botol untuk mula menyusu. Refleks ini berlangsung kira-kira 4 bulan.

#3 Refleks Menghisap

Pengakaran membantu bayi bersedia untuk menghisap. Apabila bahagian atas mulut bayi disentuh, bayi akan mula menghisap. Refleks ini tidak bermula sehingga kira-kira minggu ke-32 kehamilan dan tidak berkembang sepenuhnya sehingga kira-kira 36 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, bayi pra-matang mungkin mempunyai keupayaan menghisap yang lemah atau tidak matang kerana ini. Oleh kerana bayi juga mempunyai refleks tangan ke mulut yang berlaku dengan mengakar dan menghisap, mereka mungkin menghisap jari atau tangan mereka.

Tetap ibu bapa perlu ketahui juga sebenarnya bayi baru lahir memang akan menggunakan refleks menghisap untuk “menenangkan dirinya”.

#4 Refleks Gag

Refleks bayi baru lahir ini selalu terjadi apabila bayi anda telah terminum terlalu banyak susu. Ia mungkin terjadi ketika letdown di mana anda terlebih menghasilkan susu badan.

Ramai ibu yang risau anak tercekik ketika ini. Tapi jangan risau.

Anda perlu mengangkat bayi atau meletakkannya dalam posisi duduk. Kemudian, cuba untuk mengusap dan biarkan bayi anda sendawa. 

#5 Refleks Moro

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan tak, bila ada bunyi bising atau ada gerakan yang dilakukan secara tiba-tiba, bayi “seakan” terkejut? Dia akan merentangkan kaki dan tangannya.

Refleks Moro sering dipanggil refleks terkejut. Ini kerana ia biasanya berlaku apabila bayi dikejutkan dengan bunyi atau pergerakan yang kuat. Sebagai tindak balas kepada bunyi itu, bayi melemparkan kepalanya ke belakang, memanjangkan tangan dan kakinya, menangis, kemudian menarik lengan dan kakinya ke dalam.

Tangisan bayi sendiri boleh mengejutkannya dan mencetuskan refleks ini. Refleks ini akan berkurang apabila bayi memasuki umur tiga hingga enam bulan.

Sebab itulah para ibu digalakkan untuk membedung bayi.

#6 Tindakan Refleks Seakan Nak Merangkak

Ketika tummy-time, jika anda membiarkan bayi baring di atas perutnya, pasti anda nampak bayi macam sengaja mengangkat lututnya seolah-olah nak merangkak, kan?

Oleh disebabkan refleks ini, bahaya jika anda tinggalkan bayi seorang diri di atas katil atau tempat salin lampin. Mereka boleh terjatuh!

#7 Refleks Babinski

Jika anda mengurut kaki bayi, anda nampak tak refleks kakinya itu? Sebelah kaki akan terbengkok namun sebelah kaki tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini sebenarnya refleks babinski yang boleh berlanjutan hingga bayi usia dua tahun. Tindak balas ini membantu bayi agar tak jatuh ketika dia meniti kelak.

#8 Refleks Seakan-akan Nak Berjalan

Sudah tentunya bayi tidak dapat menahan beratnya, tetapi jika anda memegangnya di bawah lengan (berhati-hati dan sentiasa menyokong kepalanya juga) dan membiarkan tapak kakinya menyentuh permukaan yang rata, dia akan meletakkan sebelah kaki di hadapan yang lain dan akan mula “berjalan”.

Amboi, nampak excited betul nak berjalan ya.

Menurut Healhy Children, refleks ini akan membantu bayi baru lahir merangkak ke payudara sejurus selepas bersalin apabila berbaring di atas perut ibu mereka2.

Refleks ini akan hilang selepas dua bulan, kemudian muncul semula pada penghujung tahun pertama sebagai tingkah laku berjalan yang dipelajari.

#9 Refleks Galant

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Refleks bayi baru lahir ini akan diuji sendiri oleh doktor anda jika anda bawa bayi ke check-up. Ia adalah untuk mengetahui sama ada sistem saraf tunjang bayi berkembang dengan elok atau sebaliknya.

Caranya adalah dengan meletakkan bayi pada posisi meniarap.

Kemudian, doktor akan menggosok lembut sebahagian belakang badan bayi. Ketika ini, bayi akan mengangkat kedua-dua tangannya kerana tindakan tanpa disedari.

Kepentingan Refleks Bayi Baru Lahir

Mengapakah ibu dan ayah perlu tekankan refleks ini? Ini kerana para doktor akan memeriksa bayi untuk menentukan sama ada otak dan sistem saraf bayi berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Di sini juga kami menyediakan beberapa refleks penting yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa, antaranya:

  • Refleks pengakaran/rooting.
  • Refleks hisap.
  • Refleks moro.
  • Refleks leher tonik.
  • Refleks pegang.
  • Refleks melangkah/berjalan.

Kami tambah sedikit informasi berguna dan penting untuk ibu bapa di luar sana iaitu refleks motor/motor reflexes – seperti refleks memegang adalah penting kerana ia membantu dalam perkembangan pergerakan motor halus dan kasar bayi.

Apabila refleks ini berulang, ia membina dendrit di kawasan motor otak yang mewujudkan pergerakan lebih kompleks untuk bayi anda.

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Bayi Tidak Menunjukkan Sebarang Tindakan Refleks?

Jika anda melihat refleks yang tidak normal atau tiada refleks langsung pada anak anda, sila berjumpa doktor kerana ini mungkin menunjukkan disfungsi dalam sistem saraf pusat.

Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan untuk tidak panik dan risau jika bayi anda tidak terkejut setiap kali bunyi kuat atau cahaya terang.

Tetapi jika bayi tidak mempunyai sebarang refleks Moro sama sekali, ia mungkin disebabkan oleh masalah perubatan. Ini termasuk kecederaan kelahiran, masalah dengan otak, atau kelemahan otot umum.

Jika perkara di atas berlaku, sila pergi berjumpa dengan doktor dalam kadar segera. Jangan tunggu-tunggu lagi untuk monitor sendiri. Biarkan doktor atau pakar perubatan yang melakukan kerja.

Dah jelas ke ibu ayah semua?

Jadi anda tahu sekarang ia bukanlah semata-mata kerana bayi lapar. Mana tidaknya. orang tua-tua cakap kalau bayi genggam tangannya bermakna dia lapar, kalau tangan dia relaks tandanya dia kenyang. 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat para ibu dan bapa baharu di luar sana.

Enjoy Parenthood!

Rujukan:

  1. Standford Children’s Health. (n.d.). Newborn Reflexes. www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=newborn-reflexes-90-P02630
  2. Healthy Children Org. (n.d.). Newborn Reflexes. www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Newborn-Reflexes.aspx

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Aktiviti Yang Membantu Perkembangan Fizikal Bayi Dari Usia 0 Hingga 6 Bulan

Baca juga: Bath Tub Baby Terbaik, Pilihan Selamat Dan Praktikal Untuk New Parents!

Baca juga: Pengalaman Anak Speech Delay, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai 1000 Perkataan Dalam Masa 6 Bulan

Penulis

Ayu Idris