Resepi ketam telur masin adalah hidangan yang sangat popular di kalangan pencinta makanan laut. Gabungan ketam segar dengan sos telur masin yang kaya dan berlemak menjadikannya hidangan istimewa yang sering dinikmati di restoran.
Namun, anda juga boleh membuat hidangan ini di rumah dengan resipi ketam masak telur masin yang mudah dan sedap.
Resepi Ketam Telur Masin
Bahan Ketam Masak Telur Masin
- 2 ekor ketam atau secukupnya
- 2 biji telur masin
- 2 pelepah daun kari
- 10 biji cili api (boleh tambah atau kurang)
- 2 sudu makan mentega/butter
- 1 tin susu cair ( saya guna susu saji)
- 7 ulas bawang putih(jangan dikurangkan, nanti tak wangi n sedap)
- 1 sudu makan gula
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng ketam
- 2 sudu makan tepung jagung untuk menyalut ketam (jika tiada pun tidak mengapa tapi saya guna kerana menahan kemanisan air isi ketam dari mengalir keluar ketika proses digoreng).
Cara Buat Ketam Masak Telur Masin
- Siang dan basuh ketam lalu dikerat dua dan toskan airnya. Ketukkan semua ketis ketam tetapi jangan sampai pecah sekadar retak ketisnya agar mudah untuk dimakan nanti.
- Celupkan ketam ke dalam tepung yang kering. Tepung akan melekat terutama pada isi ketam yang dikerat. Jangan masukkan air.
- Ceraikan daun kari dari pelepah. Basuh cili api dan dimayang nipis.
- Bawang putih ditumbuk atau dicincang.
- Telur masin direbus keras dan dibuang kulit lalu di cincang kasar menggunakan garfu
6. Panaskan kuali dan tuang minyak masak dan goreng ketam setelah minyak menjadi panas. Balik-balikkan ketam hingga masak seimbang.
7. Setelah masak matikan api, angkat ketam dan tos minyaknya. Ketepikan. Keluarkan minyak gorengan ketam hingga tinggal lebih kurang 2 sudu makan dalam kuali.
8. Panaskan minyak dan masukkan butter, bawang putih, cili api dan daun kari. Kacau seketika. Setelah kekuningan dan wangi masukkan susu cair. kacau sebati dan masukkan gula.
10. Apabila telah mendidih terus masukkan telur masin yg dicincang kasar. Bila mendidih sekali lagi matikan api. Masukkan ketam ke dalam kuali. Siap untuk hidangan.
Tips Buat Ketam Masak Telur Masin Sedap
1. Elakkan Garam Tambahan
Jangan tambah garam tanpa mencuba dahulu, kerana telur masin sudah memberikan rasa yang cukup masin.
2. Pilih Ketam Segar
Ketam segar memastikan isi ketam manis dan tidak berbau. Pilih ketam yang masih keras dan aktif jika beli yang hidup. Kalau guna ketam yang sudah mati, pastikan ia dibersihkan segera.
3. Bersihkan Ketam Dengan Betul
Potong ketam kepada dua atau empat bahagian untuk memudahkan masak dan sos menyerap dengan baik. Buang insang dan cuci di bawah air mengalir untuk hilangkan kotoran dan bau hanyir.
4. Gunakan Telur Masin Berkualiti
Pastikan telur masin yang digunakan tidak terlalu masin atau berbau kuat. Rebus telur masin terlebih dahulu dan hancurkan sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
5. Guna Mentega
Gunakan campuran mentega dan minyak masak untuk mendapatkan aroma wangi mentega. Ini juga memberikan tekstur berlemak yang seimbang pada masakan.
Manfaat Ketam untuk Kesihatan
1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi
Ketam mengandungi protein yang membantu pembentukan otot, tisu badan, dan sistem imun. Ia juga mudah dicerna, sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
2. Kaya dengan Asid Lemak Omega-3
Omega-3 dalam ketam baik untuk kesihatan jantung kerana dapat mengurangkan keradangan dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko depresi.
3. Menyokong Kesihatan Tulang
Kandungan mineral seperti kalsium, fosforus, dan zink dalam ketam menyumbang kepada tulang dan gigi yang kuat, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.
4. Meningkatkan Sistem Imun
Ketam kaya dengan selenium, mineral penting yang membantu meningkatkan fungsi sistem imun dan bertindak sebagai antioksidan bagi melawan radikal bebas.
5. Baik Untuk Kesihatan Darah
Zat besi dalam ketam membantu penghasilan sel darah merah dan mengurangkan risiko anemia. Selain itu, ia juga menggalakkan peredaran darah yang baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Penyaram Sangat Sedap & Berlemak Guna Sukatan Cawan Tanpa Peram, Tetap Bersarang Elok Rangup Di Tepi
Baca juga: Resepi Roti Puri Yang Sedap Dan Mudah Guna Tepung Gandum Tanpa Yis
Baca juga: Resepi Aiskrim Gula Apong
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!