Resepi Makanan Bayi 10 Bulan Hingga 12 Bulan Yang Mudah, Lazat & Kaya Nutrisi Untuk Tumbesaran Sihat Si Manja

Resepi makanan bayi 10 bulan hingga 12 bulan yang mudah serta tinggi khasiat boleh dijadikan panduan buat ibu bagi menaikkan berat bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyediakan makanan yang berkhasiat dan pelbagai sangat penting untuk perkembangan bayi berumur 10 hingga 12 bulan. Dengan mencuba resepi makanan bayi 10 bulan ke atas yang sesuai, ibu dapat memastikan bayi menerima nutrisi mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Sebaik sahaja bayi melangkah usia 10 bulan, si manja telah mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur kerana mereka mengalami perkembangan pesat dalam pelbagai aspek.

Justeru dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap tentang resepi makanan bayi 10 bulan hingga 12 bulan yang mudah dan berkhasiat bagi memudahkan kerja ibu di dapur.

Resepi Makanan Bayi 10 Bulan Hingga 12 Bulan: Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran

Sebelum kita masuk ke dalam resipi makanan, adalah penting untuk memahami nutrien yang diperlukan bayi 10 bulan hingga 12 bulan. Antaranya adalah:

1. Protein

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan otot bayi.
  • Sumber protein yang baik termasuk daging, ikan, telur dan produk tenusu.

2. Zat Besi

  • Menyokong pembentukan sel darah merah dan perkembangan otak.
  • Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah, ayam, dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

3. Kalsium

  • Penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
  • Susu, yogurt dan keju adalah sumber kalsium yang baik.

4. Lemak Sihat

  • Menyokong perkembangan otak dan sistem saraf.
  • Sumber lemak sihat termasuk alpukat, minyak zaitun dan ikan berlemak.

5. Karbohidrat Kompleks

  • Membekalkan tenaga yang stabil.
  • Sumber karbohidrat yang baik termasuk nasi, roti gandum dan pasta.

6. Serat

  • Penting untuk pencernaan yang sihat.
  • Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin adalah sumber serat yang baik.

12 Resepi Dan Idea Makanan Baby 10 Bulan Ke Atas

1. Nasi Lemak Dengan Udang Sambal Tomato

Bahan Untuk Nasi Lemak:

✔️Santan segar
✔️ daun pandan
✔️ bawang merah
✔️ bawang putih
✔️ halia
✔️ beras

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara memasak:

  1. Sukat beras. Basuh dan masukkan dalam periuk. Sukatan agak-agak macam kita masak nasi.
  2. Masukkan daun pandan, santan segar, bebawang dan halia. Masak atas api perlahan.

Bahan Untuk Sambal Udang Tomato

✔️1 ekor udang
✔️1 cube mirepox
✔️1 cube tomato paste

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Goreng udang atas pan sekejap. Dan ketepikan
  2. Tumis minyak. Masukkan tomato paste and mirepoix. Kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati dengan sambal tomato.

2. Kari Ayam (Versi Bayi)

Bahan-bahan

  • 4 sekawan (mommy lupa letak. Da siap baru teringat. Hahaha)
  • Serbuk kari ayam jenama faiza (Sesuai untuk baby sebab tidak pedas sangat, kalau jenama lain mungkin pedas sikit) 
  • Bawang putih + halia (ditumbuk)
  • Bawang merah
  • Ayam
  • CFS
  • Lobak
  • Tomato paste
  •  daun kari
  •  santan segar
  •  air
  •  serbuk ayam
  • Ubi kentang

Cara memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bebawang dengan daun kari.
  2. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam. Kacau sekejap.
  3. Lepastu masukkan CFS  Biar CFS larut sekejap.
  4. Masukkan carrot and kentang
  5. Biar sekejap biar kentang and carrot masak
  6. Masukkan tomato paste kacau hingga larut. next masukkan serbuk kari. masukkan santan segar. Kacau sebati
  7.  Akhir sekali, masukkan serbuk ayam. Siap!

3. Mihun Sup Telur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

✔️Mi organik
✔️bawang holland
✔️bawang putih
✔️baby spinach
✔️kuning telur
✔️bebola ayam
✔️serbuk ayam & sayur 

Cara memasak:

  1. Rebus mi, tos dan ketepikan
  2. Untuk buat sup telur, tumis bebawang hingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit air
  3. Tambahkan serbuk ayam dan sayur. Kacau sekejap. Masukkan telur. Tunggu hingga masak barulah tambah sayur bayam
  4. Akhir sekali, masukkan bebola ayam

4. Singgang Ayam

Bahan-bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

✔️ ayam
✔️ bawang putih
✔️ bawang merah
✔️ serai
✔️ batang saderi
✔️ lobak
✔️ CFS (Chicken Feet Stock)
✔️ tomato
✔️ bayam
✔️ halia
✔️ air
✔️ serbuk ayam

Cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan minyak, tumis serai, bawang putih bawang merah dan halia.
  2. Bila dah naik bau tambahkan air sedikit. Kemudian masukkan ayam. Biarkan hingga ayam masak.
  3. Masukkan CFS. Kacau sebati. Masukkan air. Masukkan lobak merah, tomato dan daun saderi.
  4. Akhir sekali, masukkan serbuk ayam.

5. Chicken Cottage Pie

Bahan A (kukus)

  • 1 biji kentang
  • 2 inci carrot (cincang)

Bahan B

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bawang holland cincang
  • Bawang putih cincang
  • Sawi cincang
  • 1 genggam ayam cincang 

Bahan C

  • 2 sudu besar susu full cream (dipanaskan)
  • Cheese block bega extra tasty ( sagat)

Cara memasak:

  1. Kukus carrot dan kentang sehingga empuk. Lenyekkan kentang sehingga jadi mashed potato, tambahkan susu dan gaul sebati. Letak tepi dulu.
  2. Tumis bawang putih, bawang holland sehingga naik bau. Masukkan ayam , carrot dan akhir sekali sayur sawi. Ambil acuan dan masukkan bahan ditumis tadi.
  3. Seterusnya masukkan ubi kentang yang dilenyek dan ratakan. Akhir sekali, sagat keju untuk topping. Bakar 170 suhu selama 20 minit.

6. Gulai Lemak Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang kecil
  • Sedikit lada benggala
  • Kunyit
    *Kisar semua
  • Isi ayam
  • 1 serai dititik
  • Santan 3kiub
  • Kentang/labu dikukus

Cara Memasak:

  1. Dalam periuk letak terus ayam, bahan blend, serai.
  2. Dah kering air ayam masukkan santan 3 kiub (santan segar frozen)
  3. Masukkan kentang atau labu. Masak biar empuk dan siap.

7. Carrot Mac and Cheese

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan shredded block cheese
  • 1/3 cawan susu
  • 1 sudu carrot- diparut
  • 1 sudu besar unsalted butter
  • 2 sudu besar pasta (macaroni)

Cara Memasak:

  1. Rebus pasta sehingga lembut, bila dah lembut toskan letak tepi.
  2. Dalam periuk lain kukus lobak merah yang disagat @ chopped sampai lembut dan letak tepi dulu.
  3. Cairkan unsalted butter, kemudian masukkan pasta tadi dan gaul. Then masukkan susu dan cheese yang dah disagat tu kacau sampai sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan carrot tadi dan kacau la sampai nak kering dan creamy, tutup api. Bakar dengan suhu 150 selama 15 minit.

8. Cheesy Wedges

Bahan-bahan (Wedges)

✔️ Kentang
✔️ Serbuk Kunyit
✔️ Tepung Jagung
✔️ Mixed Herbs
✔️ Grind blackpaper

Bahan Sos Keju

✔️ Puree Labu
✔️ Cream Cheese
✔️ Susu full cream
✔️ Mixed herbs

Cara Memasak:

  1.  Rebus ubi kentang hingga empuk. Tos dan ketepikan dulu.
  2. Untuk coating, campurkan tepung jagung, serbuk lada hitam, mixed herbs and sedikit air. Kacau sebati.
  3. Celup kentang atas coating tadi dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Ketepikan.
  4. Kemudian untuk sos keju, panasakan susu atas pan. Masukkan cream cheese dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan puri labu dan kacaukan. Tambah mixed herbs dan siap!

9. Bubur Cha Cha Pisang

Bahan-bahan

✔️ 1 cawan santan segar
✔️ puree kurma
✔️ pisang
✔️ air tepung jagung
✔️ tepung cha cha

Cara Memasak:

  1. Panaskan air. Masukkan tepung cha cha. Masak hingga lembut.
  2. Buang air rebusan cha cha tadi. Tambahkan santan.
  3. Masukkan puri kurma. Kacau hingga sebati.
  4. Bila santan sudah mendidih, masukkan buah pisang.
  5. Tambah sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah. 

10. Milky Banana Oats

Bahan:

✔️ Instant Oats (jangan pilih oat yang 3 in 1 kerana ada gula tambahan) 
✔️ Susu Full Cream
✔️ Pisang

Cara Memasak:

  1. Panaskan susu atas pan, lepastu masukkan oat tadi. Kacau hingga sebati. Kalau agak susu tak cukup. Tambah lagi.
  2.  Boleh campur pisang dan gaul. Atau letak pisang jadi topping. Dua dua boleh.

#11. Potato Pillow Sebagai Snek Bayi

Bahan

  • Kentang rebus 1biji
  • Unsalted Butter 1sudu teh
  • tepung jagung 4sudu makan
  • Susu full cream

Cara Memasak:

  1. Lenyek kentang rebus gaul bersama unsalted butter. tambah tepung jagung.
  2. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat ditangan. Bentukkan ikut kreativiti.
  3. Goreng hingga keperangan. Gaul bersama susu full cream. Siap!

#12. Fruity Ice Cream Untuk Bayi

Bahan:

  • Natural yogurt (jangan pilih yogurt low fat sebab bayi perlukan lemak untuk pertumbuhan badan)
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • Buah-buahan segar. Saya guna buah mangga dan buah pisang

Cara Memasak:

  1. Satukan yogurt dengan susu. (Anak bawah 1 tahun, susu full cream kena panaskan dahulu)
  2. Biarkan sejuk. Kemudian campur sedikit yogurt.
  3. Kacau sebati. Bahagikan kepada dua adunan.
  4. Satu adunan dengan puri mangga. Satu adunan lagi puri pisang.
  5. Sebelum isi ke dalam acuan ais krim, tabur buah. Susun ikut kreativiti.
  6. Tuang adunan ais krim ke dalam acuan. Sejukkan dalam freezer. Siap!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Jadual Makan Bayi 6 Bulan Mengikut Panduan KKM, Penting Untuk Ibu Rujuk

Baca juga:  Baby Led Weaning (BLW): Bila Boleh Mula, Manfaat & 10 Cara Melatih Bayi Makan Sendiri

Baca juga: Bayi Dalam Fasa Aktif Kena Lebih Jaga-Jaga, 7 Kecederaan Ini Boleh Berlaku Jika Terjatuh Kerusi Makan