Cara membuat pastri yang betul kadang-kala nampak leceh dan ini menyebabkan ramai tidak gemar membuat roti sendiri di rumah kerana sukar. Sebenarnya, anda hanya perlukan resepi doh roti yang mudah untuk diikuti. Barulah pastri anda menjadi!
Sudah hampir lima tahun saya membuat roti sendiri. Bukan nak cakap saya ni pakar membuat roti, tetapi jika anda mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti, membuat roti sebenarnya tidak sukar.
Baca juga: Variasi 5 resepi roti yang mudah dibuat, anak pasti suka nak makan
Pelbagai Jenis Pastri Boleh Dicipta Guna Resepi Doh Roti Ini
Kredit: bbcgoodfood.com
Hari ini saya ingin berkongsi resepi doh yang mudah untuk semua. Resipi doh roti ini dipanggil Crazy Dough atau Universal Dough. Satu resipi doh ini boleh membuat pelbagai jenis roti. Hanya dengan satu resipi ini, saya telah berjaya membuat:
1) Breadstick Keju
Kredit: butterwithasideofbread.com
Tambah sedikit serbuk keju parmesan ke dalam resipi ini dan bentukkan doh roti menjadi batang yang nipis
2) Roti Burger dan Roti Ban Kosong
3) Pizza
Kredit: simplyrecipes.com
4) Roti Bantal
5) Roti Gulung Sosej
Resipi ini akan menghasilkan doh sebanyak 1.8kg. Doh sebanyak ini, cukup untuk membuat 4 pizza berukuran 10 inci diameter. Baki doh yang tidak digunakan boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3 hari, atau dibekukan dalam peti sejuk untuk masa yang lebih lama. Apabila anda mahu menggunakannya, keluarkan doh dari peti sejuk, tunggu hingga cair dan gunakan seperti biasa.
Resepi Doh Roti Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup!
Bahan-bahan yang diperlukan
1 cawan (220 ml, 220 g) susu suam
2 sudu teh gula
80 g yis segar (atau 4 sudu teh yis kering aktif atau 4 sudu teh yis segera)
6⅔ cawan (1 kg) tepung serbaguna
3 sudu teh serbuk penaik
3 sudu teh garam (saya hanya menggunakan secubit garam sahaja, dan 1 ½ sudu teh untuk pizza)
1 ½ cawan (360 ml, 360 g) yogurt biasa
2 telur
Langkah-langkah
- Panaskan ketuhar kepada 220°C
- Dalam mangkuk kecil, campurkan susu suam dengan gula dan yis. Ketepikan sehingga yis menjadi aktif. Air itu akan menjadi keruh dan berbuih. Itulah cara anda tahu yis anda masih hidup.
- Masukkan campuran yis yang sudah aktif bersama dengan semua bahan-bahan yang lain ke dalam mesin pengadun atau mesin pemproses makanan. Kalau anda tidak memiliki mesin pengadun, adunan ini boleh diuli dengan tangan selama 10-15 minit. Hasil resipi ini adalah doh yang lembut, . Jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit demi sedikit susu atau air. Jika ia terlalu lekit, tambahkan sedikit tepung.
- Anda boleh menggunakan Crazy Dough ini serta merta. Bentukkan doh itu ke dalam bentuk yang anda suka, tutup dengan kain yang basah dan ketepikan selama 15-20 minit supaya ia boleh mengembang. Masukkan ke dalam ketuhar yang panas dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
Sekiranya anda telah mencuba resepi doh roti ini namun hasilnya kurang memberangsang, anda perlu perhatikan beberapa faktor yang memainkan peranan penting. Antara faktor-faktor yang menyebabkan resepi doh roti gagal termasuklah:
- ragi/yis yang tidak aktif,
- adunan roti yang tidak menjadi,
- roti itu keras.
Jadi sebelum anda berputus asa, cuba terlebih dahulu. Mana tahu sebenarnya anda boleh buat pastri sendiri! Selamat mencuba ibu-ibu semua.
kredit: kitchennostalgia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!