Resipi Spaghetti Aglio Olio Yang Simple & Sedap, Menu Western Paling Mudah Untuk Keluarga

Resipi spaghetti aglio olio yang mudah dan sedap patut dicuba para ibu yang ingin menyediakan menu makanan barat buat seisi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang bila ingin menyediakan makanan untuk keluarga, ramai ibu berasa buntu dan bosan memasak hidangan yang sama. Sekali sekala tidak salah cuba menu western pula kerana resipi spaghetti aglio olio ini amat mudah.

Jika makan di restoran, harga untuk spaghetti aglio olio ini mencecah RM15 untuk satu pinggan. Bagi ibu yang ada anak ramai, lebih baik buat sendiri kerana boleh berjimat dan rasanya pasti sedap.

Resipi Spaghetti Aglio Olio, menu western kesukaan anak-anak

Menurut Akademi Masakan Itali, spaghetti aglio olio merupakan makanan tradisional yang berasal dari bandar Lazio. Ada satu fakta unik mengenainya, pada awal kemunculan resepi pada tahun 1837, sebenarnya aglio olio ini menggunakan bihun dan bukannya pasta seperti sekarang.

Hal ini kerana aglio olio dicipta oleh orang miskin di Itali dan bihun adalah salah satu bahan asas yang mereka mampu perolehi.

Hidangan ini ditumis menggunakan bawang putih yang dihiris, dicincang atau diperasakan dalam minyak zaitun, kadangkala ia ditambah dengan serbuk cili kering (maka namanya spageti aglio, olio e peperoncino), dan kemudiannya dicampur dengan spaghetti.

Pasli cincang juga boleh ditambah sebagai hiasan bersama cheese parmesan atau pecorino, walaupun mengikut resipi asal, keju tidak boleh ditambah.

Resipi spaghetti aglio olio

Bahan-bahan untuk resepi spaghetti aglio olio:

  • 1 bungkus spaghetti brand Prego- direbus terlebih dahulu
  • Bawang putih 10 ulas – kisar menggunakan pengisar kering 
  • Lada kering – 12 biji (potong kecil)
  • Udang – 20 ekor (Buang kepala dan buang kulit separuh)
  • Sotong – 7/8 ekor ( Potong)
  • Minyak zaitun
  • Chili Flakes
  • Daun parsley
  • Daun oregano
  • Daun parsley
  • Black Pepper Coarse (Kasar)
  • English Parsley- Hiris kasar

P/s : Jika nk kurang pedas, boleh kurangkan cili kering @ chili flakes

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan:

  1. Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali, masukkan bawang putih. Apabila bawang sedikit garing, masukkan cili kering.
  2. Goreng hingga garing, masukkan sotong & udang. Apabila sotong & udang dah masak, masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan sedikit air (dalam 3 sudu besar), apabila sudah mendidih, masukkan spaghetti, masukkan chilli flakes, daun parsley, oregano dan lada hitam (agak-agak sahaja semua bahan ini.
  4. Kemudian gaul rata. Masukkan sedikit English Leaves yg telah dihiris kasar. Siap!

Resepi Spaghetti Aglio Olio Azie Kitchen

Jika anda ingin sedikit kelainan dan lebih istimewa, boleh cuba resepi spaghetti aglio olio azie kitchen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 4 biji cili kering – potong kecil
  • 1/2 sudu teh red pepper/dried chilli flake
  • 50 ml air + 1 sudu teh stok ayam
  • Chopped fresh parsley
  • Garam
  • Coarse black pepper
  • 8 scallops
  • 8 mussels
  • Udang, sotong atau apa-apa yang disukai

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan supaya masa memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering.
  2. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan stok ayam. Pasta direbus.
  3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dengan api perlahan sambil dikacau-kacau sehingga ia kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
  4. Masukkan sedikit stok ayam untuk mengelakkan bawang putih dari terus garing
  5. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik-balikkan. Masukkan pula makanan laut yang lain. Kalau risau  terlebih masak, boleh keluarkan dahulu ia dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.
  6. Bila makanan laut hampir masak, masukkan pasta. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Angkat dan toskan air.
  7. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki stok ayam.
  8. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.

p/s: Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi minyak zaitun. Selepas itu hias dengan susun makanan laut kedalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

Mudah sahaja kan resepi spaghetti aglio olio ini? Selamat mencuba di rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Steamboat Ala Johnny Yang Meriah & Sedap, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!

Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highland, ‘Hidden Gems’ Yang Wajib Dikunjungi!

Baca juga: Makan Tiram/ Oyster Mentah Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan, Ini Penjelasan Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan