X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Sup Tulang Thai Yang Power & Mantap, Hirup Kuah Sup Panas-Panas Memang Sedap!

4 min bacaan
Resipi Sup Tulang Thai Yang Power & Mantap, Hirup Kuah Sup Panas-Panas Memang Sedap!

Resipi sup tulang Thai adalah hidangan yang kaya dengan rempah ratus dan bahan-bahan segar, menghasilkan kuah yang penuh rasa dan nutrisi

Sup tulang adalah hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi tinggi khasiat dan mampu meningkatkan selera. Resipi sup tulang Thai wajib anda cuba di rumah kerana ia dapat memikat selera orang tersayang.

Dibuat dengan merebus tulang untuk masa yang lama, sup ini kaya dengan kolagen, mineral dan asid amino yang bermanfaat untuk kesihatan diri.

▲▼Isi Kandungan

  • Resipi Sup Tulang Thai
  • Cara Masak Sup Tulang
  • Sup Tulang Sesuai Makan Dengan Apa?
  • Tips Buat Sup Tulang Sedap
  • Manfaat Sup Tulang Untuk Kesihatan

Resipi Sup Tulang Thai

Bahan-Bahan Sup Tulang:

  • 500 gm tulang lembu (lebih sedap guna tulang rusuk)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai (titik)
  • Cili api (ketuk-ketuk sikit)
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit kayu manis bunga buah pelaga
  • Jus limau nipis
  • Buah tomato

Cara Masak Sup Tulang

  1. Rebus tulang lembu bersama 1 biji bawang besar yg dipotong 4, halia, lengkuas, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga empuk.
  2. Tumbuk lumat bawang putih. Panaskan minyak tumis bawang putih yg ditumbuk tadi hingga kekuningan.
  3. Masukkan 2 biji bawang besar yg dipotong 4, cili api dan daun limau purut yang diramas sedikit. Kacau rata.
  4. Tuangkan bahan yang ditumis tadi dalamm periuk sup dan sekiranya air sup berkurangan boleh tambah air lagi
  5. Masukkan 2 sudu makan sos ikan. Masukkan garam dan gula. Bila dah mendidih perahkan limau nipis ikut citarasa masing-masing.
  6. Akhir sekali, masukkan buah tomato yang dipotong empat. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun sup atau daun ketumbar. 
  7. Siap dan selamat mencuba!

resipi sup tulang thai, sup tulang, resepi sup tulang, rempah sup, sup gearbox

Sup Tulang Sesuai Makan Dengan Apa?

Sup tulang adalah hidangan yang serbaguna dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis makanan untuk menjadikannya lebih enak dan berkhasiat.

Berikut adalah beberapa idea sup tulang sesuai makan dengan apa:

1. Nasi

Sup tulang boleh dihidangkan dengan nasi panas. Ia menjadikannya lebih memuaskan dan lengkap.

2. Roti

Roti seperti roti ciabatta, baguette, atau roti perancis boleh digunakan untuk mencelup ke dalam sup. Roti menyerap sup tulang dan menambah tekstur yang enak.

3. Mi

Mi beras, mi telur, atau mi soba boleh ditambah ke dalam sup tulang untuk menjadikannya hidangan mi sup yang sedap. Mi akan menyerap rasa sup dan membuatkan hidangan ini lebih sedap.

4. Ubi Kentang

Jika anda atau ahli keluarga sudah bosan makan nasi atau mee, anda boleh gantikan sumber karbohidrat dengan memilih ubi kentang.

Penambahan kentang memberikan tekstur yang lembut dan mengenyangkan pada sup, menjadikannya hidangan yang ideal untuk keluarga.

Tips Buat Sup Tulang Sedap

  • Pilih Tulang Yang Betul: Tulang yang mempunyai banyak sumsum seperti tulang lutut atau tulang rusuk akan memberikan rasa yang lebih kaya dan kandungan nutrisi.
  • Masa Memasak: Memasak dengan api perlahan untuk masa yang lama dapat membantu mengeluarkan semua rasa dan nutrien daripada tulang.
  • Bahan Tambahan: Anda boleh menambah sayur-sayuran seperti kentang, labu, atau bayam untuk variasi dan pemakanan tambahan.
  • Penyimpanan: Sup tulang boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga seminggu atau dibekukan untuk kegunaan jangka panjang.

Manfaat Sup Tulang Untuk Kesihatan

Air rebusan sup tulang terbuat dari tulang haiwan dan tisu, biasanya lembu, ayam, atau ikan, yang direbus dalam air dengan api kecil selama 10 hingga lebih dari 20 jam bersama herba, sayur-sayuran, dan rempah-ratus.

Kajian menunjukkan bahawa air rebusan sup tulang dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

  1. Meningkatkan Imuniti: Asid amino seperti arginin, glutamin, dan sistin yang terdapat dalam sup tulang telah terbukti meningkatkan imuniti manusia dan haiwan.
  2. Melegakan Selesema dan Bronkitis: Penyelidikan menunjukkan bahawa sup tulang, termasuk sup ayam, dapat membantu mengurangkan gejala selsema dengan mengeluarkan mukus, membuka saluran pernafasan, dan memudahkan pencernaan. Kajian yang diterbitkan dalam Chest, jurnal rasmi American College of Chest Physicians, mendapati bahawa sup ayam membantu mengurangkan gejala selesema. Selain itu, Dr. Irwin Ziment dari UCLA menyatakan bahawa sup ayam mengandungi asid amino sistin yang menyerupai ubat acetylcysteine untuk bronkitis.
  3. Melawan Keradangan: Asid amino seperti sistin, histidin, dan glisin dalam sup tulang dapat membantu mengurangkan keradangan, terutama L-glutamin yang bermanfaat untuk mengurangkan keradangan usus. Penyelidikan dalam Chest juga menyimpulkan bahawa manfaat anti-radang sup ayam mungkin menyumbang kepada pengurangan gejala selsema.
  4. Menguatkan Tulang dan Gigi: Kajian mengenai nutrien untuk kesihatan tulang menunjukkan bahawa pembentukan tulang memerlukan bekalan nutrien yang mencukupi seperti kalsium, protein, magnesium, fosforus, vitamin D, kalium, zink, tembaga, boron, besi, vitamin A, vitamin K, dan vitamin C. Air rebusan sup tulang yang dicampur dengan sayur-sayuran dan daging atau ikan menyediakan sumber yang baik untuk semua vitamin dan mineral ini.

Elianti Jawahir

Baca juga:  Elakkan Isi Ketam (Filamen Sticks) Dalam Diet Anak, Boleh Mudaratkan Kesihatan Si Manja

Baca juga:  100 Senarai Barang Dapur Yang Wajib Ada & Tips Shopping Barang Dapur

Baca juga:  Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resipi Sup Tulang Thai Yang Power & Mantap, Hirup Kuah Sup Panas-Panas Memang Sedap!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham