X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

(Video) Dekat 9 Bulan Tak Jumpa, Ibu Hampir Tak KENAL Anak Sendiri Buat Netizen Sebak!

16 Jun, 2020
(Video) Dekat 9 Bulan Tak Jumpa, Ibu Hampir Tak KENAL Anak Sendiri Buat Netizen Sebak!

Sudah lama tak berjumpa insan tercinta menyebabkan rintihan rindu terhadap mereka. Apa yang pasti inilah pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit!

Memandangkan seluruh negara berjuang habis-habisan dalam memerangi penularan Covid-19 sehingga terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir 3 bulan, paling tidak dilupakan adalah rintihan rindu pada ibu bapa dan keluarga yang berada di kampung.

Mana tidaknya, ia menjadi sejarah perjalanan Malaysia yang membuktikan bahawa seluruh masyarakat bekerjasama dengan para frontliners bagi memutuskan rantaian penyebaran virus misteri ini.

Rintihan rindu pada ibu tersayang

rintihan rindu frontliners pada ibu

Tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila petugas barisan hadapan sanggup mengorbankan cuti mereka untuk memastikan seluruh rakyat selamat dengan sentiasa berada di rumah.

Bukan sahaja golongan perubatan, anggota polis dan askar turut memainkan peranan cukup besar dalam ‘mendidik’ masyarakat agar mengikuti arahan PKP dan berjaga siang malam di pos kawalan.

Berikutan itu, pastinya mereka terpaksa berjauhan dalam tempoh masa yang lama daripada ahli keluarga tersayang. Tidak hanya berdepan kekangan masa, malahan faktor keselamatan turut menahan diri daripada pulang ke kampung.

Terbaharu, sebuah rakaman video penuh emosi telah dikongsikan menerusi laman media sosial telah menarik perhatian ramai dan ternyata ia membuatkan sesiapa sahaja berjurai air mata.

6 bulan di pusat latihan dan 3 bulan PKP

Klip video berdurasi lebih 3 minit itu telah memaparkan pertemuan dua beranak yang sudah hampir 9 bulan tidak bertemu. Difahamkan frontliner berkenaan berusaha untuk membuat kejutan istimewa pulang tanpa pengetahuan ibunya yang sedang mencari rezeki berniaga nasi lemak.

https://www.facebook.com/fopdrm/videos/286576399151218

Malah dia juga sempat menyamar sebagai pembeli. Melihat bahawa ibu langsung tidak menyedari susuk tubuh anaknya, dia terus mengatakan bahawa ”saya anak makcik.”

Namun, detik bahagia ini bertukar dengan penuh kesyahduan apabila reaksi ibunya terkejut besar dengan kepulangan yang tidak disangka-sangka itu.

Tatkala dia masih terpinga-pinga melihat kelibat anaknya, pemuda berkenaan terus memeluk erat wanita yang sangat dirinduinya selama ini.

Video rintihan rindu ini telah berjaya mencecah tontonan ratusan ribu. Malahan kebanyakan netizen turut mengakui sebak melihat betapa rindunya seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan keluarga atas urusan berkhidmat pada negara.

frontliners berjumpa ibu

Frontliners Malaysia diiktiraf oleh dunia

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak Covid-19 sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia.

Beliau telah menyifatkan pengiktrifan ini diperoleh hasil daripada peranan yang dimainkan oleh kesemua petugas barisan hadapan dan masyarakat.

Bagi pihak kerajaan, beliau menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu dikawal dengan baik.

Para barisan hadapan sanggup mengambil risiko berdepan sesuatu yang cukup asing, tidak pernah mereka tangani sebelum ini.

Muhyiddin turut melahirkan perasaan gembira apabila mengetahui para frontliners kini sudah mempunyai masa bertemu ahli keluarga masing-masing serta berterima kasih kepada ahli keluarga kerana memahami dan merestui tugas mereka.

Petugas kini kelihatan ceria, sihat dan bersemangat untuk terus bekerja membasmi penularan Covid-19 sehingga tiada catatan kes baharu direkodkan.

Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan mengambil langkah terbaik dalam mengekang penularan wabak, namun usaha ini akan jadi sia-sia tanpa kerjasama semua pihak.

Para barisan hadapan bukanlah seorang wira, ada ketikanya mereka menangis apabila terpaksa meninggalkan orang tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

melepaskan rindu pada ibu

Bukan itu sahaja, para petugas turut perlu memastikan bahawa keadaan selamat selepas selesai bertugas dan pulang ke rumah dengan menanggalkan pakaian kerja di luar rumah, masuk ke bilik air dan membersihkan diri.

Mereka juga dilanda risau dan ketakutan kerana setiap hari amat terdedah dengan pesakit yang berisiko (positif Covid-19) dan membawa ‘pulang’ virus ini ke rumah serta menjangkiti ahli keluarga lain.

Justeru, seluruh anggota masyarakat dinasihatkan agar tidak begitu selesa memandangkan perjuangan menentang Covid-19 ini masih belum selesai. Amalkan norma hidup baru dalam seharian, kerap menjaga kebersihan, memakai topeng penutup muka dan elakkan berada di kawasan sesak.

Sumber: Pnews, Harian Metro

Kredit foto: Google

Stories Rakan Kongsi
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Resilience: How Your Parenting Style Can Help Nurture Your Child’s Resilience
Resilience: How Your Parenting Style Can Help Nurture Your Child’s Resilience
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhargai-ibu-bapa-anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • (Video) Dekat 9 Bulan Tak Jumpa, Ibu Hampir Tak KENAL Anak Sendiri Buat Netizen Sebak!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham