Risiko Cacat Lahir Lebih Tinggi Jika Tidak Makan Asid Folik - Ibu, Jangan Sesekali Lupa Makan!

Mengapa ibu hamil kena mengamalkan asid folik ketika hamil? Ini info lengkapnya yang anda perlu tahu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asid folik memiliki peranan penting untuk perkembangan otak dan kesihatan janin secara keseluruhannya. Sebab itu, ada risiko kurang asid folik yang boleh berlaku jika ibu hamil tidak cukup mengambilnya, sehingga boleh mengganggu tumbesaran janin.

Apa itu asid folik? 

Kredit: ABC News

  • Asid folik merupakan sejenis Vitamin B kompleks yang berperanan membantu produksi sel darah merah.
  • Ia juga dapat membantu perkembangan otak dan spinal cord bayi serta mencegah anemia.
  • Dengan asid folik, anda dapat mengurangkan risiko cacat lahir pada janin.
  • Ibu disarankan mengambil kira-kira 400 mcg asid folik dalam sehari.
  • Asid folik harus diambil setiap hari ketika hamil, dan ia juga boleh diamalkan sebulan sebelum kehamilan.
  • Dos yang disarankan seperti ibu hamil (400mcg), trimester pertama (400 mcg), trimester kedua dan ketiga (600 mcg) dan ibu menyusu (500 mcg)

Baca juga: Kepentingan Asid Folik Untuk Pembentukan Janin, Elak Risiko Cacat Lahir

Risiko kurang asif folik pada janin 

Apabila ibu selalu ambil asid folik ketika hamil ia dapat mencegah pelbagai risiko yang boleh terjadi pada janin seperti:

Manakala risiko kurang asid folik bagi kesihatan ibu pula seperti berikut:

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Alzheimer
  • Mengalami beberapa jenis kanser
  • Komplikasi ketika hamil seperti preeclampsia
  • Strok
  • Penyakit jantung

Gejala dan risiko kurang asid folik

Biasanya ibu yang tidak mempunyai asid folik yang cukup mudah mengalami masalah anemia serta gejala lain seperti ini:

  • Wajah kelihatan pucat
  • Sering sakit kepala
  • Telinga berdegung
  • Jantung selalu berdegup kencang
  • Kurang tenaga
  • Penat yang melampau
  • Penurunan berat badan
  • Kurang selera makan
  • Depresi
  • Kelemahan otot badan
  • Diarrhea

Punca kekurangan asid folik

  1. Kurang kemampuan penyerapan asid folik secara genetik.
  2. Ibu sedang menjalani pengubatan serangkai yang boleh menyebabkan aktiviti penyerapan asid folik terbantut. Beberapa ubat tersebut seperti dilantin, methotrexate, sulfasalazine, triamterene, pyrimethamine, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan barbiturates. 
  3. Kekurangan asid folik juga boleh disebabkan kerana ibu hamil kurang mengambil makanan yang mengandungi sumber zat gizi seperti sayuran, kekacang, buah, gandum dan lain-lain.
  4. Minum terlalu banyak alkohol juga boleh menyebabkan penghasilan asid folik berkurang.
  5. Masalah usus kecil di perut wanita juga boleh menganggu penyerapan asid folik.

Ibu hamil memerlukan asid folik lebih banyak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Beberapa kategori ibu hamil ini disarankan untuk mengambil 5 miligram asid folik setiap hari sehingga usia kehamilan 12 minggu.

  • Pasangan memiliki cacat saraf.
  • Sejarah keluarga yang ada anak cacat saraf.
  • Menderita diabetes
  • Wanita yang mengambil ubat epilepsi

Makanan yang ada sumber asid folik

  • Sayuran brokoli, kobis, bayam, kacang hijau, jagung.
  • Kekacang seperti buncis, kacang merah, kacang soya
  • Buah avocado, limau bali, epal
  • Telur
  • Bijirin

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: JANGAN Skip Makan Asid Folik Ketika Mengandung, Ini Antara 5 Jenama Yang Bagus!