Baju untuk si manja sememangnya ada banyak pilihan di pasaran, di mana salah satunya adalah romper bayi. Romper adalah pakaian sehelai yang biasanya dipakai oleh kanak-kanak dan bayi, yang mempunyai lengan panjang dan kaki panjang dengan kancing, zip, atau penutup lain di kaki untuk memudahkan tukar lampin.
Tambahan lagi, romper bayi kerap menjadi pilihan bagi ibu ayah kerana untuk memakaikan dan menanggalkan baju ini pun mudah saja!
Hanya sarungkan romper bermula dari kepala, dan teruskan dengan kaki. Masukkan kaki anak melalui lubang yang disediakan untuk kaki dan siapkan dengan butang bahagian butang di celah kelangkang.
Tips Memilih Romper Bayi Yang Terbaik Untuk Si Manja
Dengan lambakan pilihan rompers di pasaran, pasti membuatkan ibu rambang mata ingin membuat pilihan yang mana satu. Untuk memudahkan anda, ada beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli baby rompers.
Antara tips pemilihan romper bayi yang terbaik adalah:
Pastikan material kain romper tidak tebal atau terlalu nipis. Sebaik-baiknya, pilih yang selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik supaya si manja tidak berpeluh dan selesa sepanjang masa.
Elok juga kalau beli baju yang diperbuat daripada cotton, atau yang menyerap peluh.
- Cari yang mempunyai bukaan depan atau bawah
Baju yang praktikal sangat diperlukan ya untuk bayi, terutamanya yang memudahkan pengurusan seharian.
Bayi yang aktif perlukan pemakaian baju yang ringkas kerana mereka banyak bergerak, tambahan lagi senang bagu ibu ayah menukar lampin bayi dengan membuka butang baju sahaja.
Sebaik-baiknya berada di luar baju anak. Ini bagi mengelakkan kulit bayi bergesel dengan tag yang boleh melukakan kulit bayi.
8 Pilihan Romper Bayi Yang Bagus di Pasaran
Buat ibu ayah, tak perlu pening lagi nak mencari romper anak yang selesa dan cantik, kami akan senaraikan beberapa jenama yang menjadi pilihan kami di theAsianparent.
8 Romper Bayi Terbaik Di Pasaran
| Poney Jasper Long Sleeve Bodysuit Terbaik Berkualiti | | View Details | Beli di Shopee |
| Disney Costume Hoodie Romper Terbaik Dengan Hoody/Penutup Kepala | | View Details | Beli di Shopee |
| CAMELLIA Muslin Cotton Baby Romper Dress Terbaik Material Selesa Dipakai | | View Details | Beli di Shopee |
| NAME IT Clothing Autumn Romper Terbaik Bukaan Depan & Bawah | | View Details | Beli di Shopee |
| D’LARA Flounce-trimmed Ribbed Cotton Romper Terbaik Corak Floral | | View Details | Beli di Shopee |
| Spaghetti Strap Bodysuit Sleeveless Terbaik Tanpa Lengan | | View Details | Beli di Shopee |
| Plaid Print Short Sleeve Romper Terbaik Kemas & Bergaya | | View Details | Beli di Shopee |
| Banana Long Sleeve Plants Hoodie Romper Terbaik Comel & Murah | | View Details | Beli di Shopee |
Romper Bayi Terbaik Berkualiti
Romper jenis material kapas menjadi pilihan kerana ia bukan sahaja tampak comel, malah sangat memudahkan kerana hanya mempunyai tiga butang di bahagian bawah baju.
Selalunya romper jenis ini dipakaikan pada waktu malam atau ketika dalam perjalanan dalam kenderaan yang berhawa dingin, ini kerana bayi pasti rasa selesa dan nyaman sahaja.
Apa yang kami suka?
- Baju panjang dengan corak ikan
- Garis leher bulat
- Saiz biasa
- Butang depan
- Lengan panjang
- Mudah regang
- Kain kapas
Romper Bayi Terbaik Dengan Hoody/Penutup Kepala
Baju bayi jenis ini menjadi pilihan yang bagus di kalangan bayi yang kerap beriadah. Baju dengan lengan pendek pastinya lebih selesa apabila si manja dibawa berjalan-jalan dan diletakkan di dalam stroller.
Bagi bayi yang sudah boleh berjalan, lagi mudah untuk dia meneroka tanpa batasan kan? Pakaikan saja pelindung kepala sekiranya cuaca panas atau terlalu sejuk!
Apa yang kami suka?
- Dilengkapi hoody
- Garis leher tinggi
- Sesuai untuk bayi berat biasa
- Material campuran kapas
Romper Bayi Terbaik Material Selesa Dipakai
Wah, cantiknya romper dress yang ini ya! Baju bayi berkain kapas 2 dalam 1 ini mempunyai motif lembut seragam dengan reka bentuk lace yang selesa untuk pergerakan bayi. Boleh sorokkan butang rompers di dalam kain.
Buat ibu ayah yang mempunyai anak perempuan, pastinya akan tertarik dengan romper jenis ini. Ia bukan sahaja tampak comel dan feminin, malah sangat sesuai dipakaikan ketika menyambut hari jadi atau sesi playdate.
Apa yang kami suka?
- Romper dress dengan lace
- Material kain cotton
- Lembut dan bermotif dengan garis leher persegi
- Corak minimalis buat anak nampak comel
- Sesuai untuk apa-apa majlis istimewa
Romper Bayi Terbaik Bukaan Depan & Bawah
Romper seterusnya menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai bukaan yang sangat mudah, malahan di kedua-kedua bahagian depan dan bawah!
Nah, baju yang tampak kemas ini memang senang nak pakaikan dan tanggalkan terutama untuk tukar lampin.
Apa yang kami suka?
- Romper depan crossover
- Warna senada
- Garis leher bulat
- Tidak berlipat
- utang pengancing
- Lengan panjang
- Material campuran kapas organik
Romper Bayi Terbaik Corak Floral
Ini juga merupakan salah satu pilihan romper bayi yang sesuai dipakaikan pada siang hari kerana materialnya yang sejuk dan tidak panas.
Butang yang tersedia di depan boleh dibuka sekiranya ibu ingin menanggalkan pakaian dengan mudah, tanpa menyebabkan anak tersepit dan kesakitan.
Apa yang kami suka?
- Datang dengan dua baju dalam 1 set
- Warna senada
- Garis leher bulat
- Butang kancing
- Lengan pendek
- Material campuran menyerap peluh
Romper Bayi Terbaik Tanpa Lengan
Romper tanpa lengan ini sangat sesuai dipakai dengan cuaca panas sekarang. Diperbuat daripada gentian kapas membolehkan ia menyerap peluh dan sejuk apabila dipakai. Anak pun tidak cepat meragam dan bebas bermain walaupun ketika waktu panas.
Apa yang kami suka?
- Selesa tanpa lengan
- Pelbagai pilihan warna untuk dipilih
- Material kapas menjadikan ia sejuk dipakai
- Mudah sarung dan dibuka
- Sesuai untuk anak perempuan
Romper Bayi Terbaik Kemas & Bergaya
Kalau tadi untuk anak perempuan, baby romper ini yang mempunyai rekaan garis petak-petak pula sesuai digayakan untuk anak lelaki. Ia mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan ibu untuk menyalin lampin.
Ibu ayah juga boleh memadankan baju ini dengan baju dewasa kerana coraknya yang begitu menonjol namun masih tidak keterlaluan.
Apa yang kami suka?
- Leher berkolar
- Lengan pendek dan ada butang di bahagian bawah
- Material sejuk dan tidak tebal
- Pilihan saiz untuk bayi dari 3 bulan hingga 1 tahun
Romper Bayi Terbaik Comel & Murah
Ala, comelnya bila si manja mengenakan pakaian romper macam ini! Dengan lengan panjang berserta pelindung topi sangat sesuai sekiranya dipakai pada waktu malam atau pada musim sejuk.
Pasti ramai mata memandang ke arah si comel ini apabila anda berjalan-jalan di luar.
Apa yang kami suka?
- Romper dengan lengan panjang
- Kain tebal dan berkualiti
- Mempunyai hoodie dengan tali, boleh ikat bila perlu
- Warna yang menyerlahkan penampilan si manja
Perbandingan Harga Romper Bayi Terbaik Di Pasaran
|
Jenama |
Harga |
Poney Jasper Long Sleeve Bodysuit
|
RM 49.00 |
Disney Costume Hoodie Romper
|
RM 29.90 |
CAMELLIA Muslin Cotton Baby Romper Dress
|
RM 35.00 |
NAME IT Clothing Autumn Romper
|
RM 20.56 |
D’LARA Flounce-trimmed Ribbed Cotton Romper
|
RM 35.90 |
Spaghetti Strap Bodysuit Sleeveless
|
RM 16.88 |
Plaid Print Short Sleeve Romper
|
RM 19.99 |
Banana Long Sleeve Plants Hoodie Romper
|
RM 22.33 |
Tips Pemakaian Si Manja Mengikut Keadaan Cuaca
Baju bayi memang comel tetapi sebelum anda memutuskan membeli lagi pakaian bayi, apa kata pilih jenis pakaian yang sesuai mengikut cuaca di negara kita.
Ini untuk mengelakkan si manja perlu pakai berlapis-lapis semata-mata untuk menghangatkan badan mereka. Sepatutnya tidak perlu sampai begitu sekali, ya.
Beriku merupakan beberapa tips pemakaian si manja yang sesuai mengikut keadaan semasa.
- Sekiranya bayi berada dalam suhu bilik, anda hanya perlu selapis sahaja lagi kain tambahan selain sepasang baju yang sedang dipakai. Contohnya, kain bedung atau selimut sebagai tambahan. Namun begitu, elakkan meninggalkan bayi sendirian di bilik dengan selimut kerana khuatir boleh menyebabkan mereka ditutupi selimut. Aksesori lain seperti topi, sarung kaki dan tangan tidak perlu.
- Jika bayi anda berada dalam bilik yang sejuk atau mempunyai pendingin hawa, pakaikan mereka topi dan sarung kaki sebagai tambahan supaya bayi tidak menggigil kesejukan.
- Jika bayi berada di luar rumah untuk bersiar-siar di taman, pakaikan mereka romper bayi yang nipis. Jangan pula sarungkan satu set pakaian yang membuatkan mereka berpeluh dan tidak selesa.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Sertai peraduan Breeze dengan mengisi borang di bawah dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sebanyak RM200!